Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label NuffNang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NuffNang. Papar semua catatan

Rabu, 16 April 2014

Kenapa Cek Nuffnang Belum Sampai Lagi Walaupun Sudah Cashoutkannya?


Assalamualaikum,

Hari ini aku ingin kongsikan satu ilmu yang baru aku tahu mengenai Nuffnang. Aku telah mendaftar menjadi ahli Nuffnang sejak tahun 2009 lagi. Bermula dari status Glitteri (hanya menyiarkan iklan dari Nuffnang sahaja dan bukan dari syarikat pengiklanan yang lain) sehinggalah taraf aku diturunkan kepada Non-Glitteri beberapa bulan yang lepas. Memang tak seronok bila diturun taraf kerana aku perasan jumlah buffered earning aku juga tidak bertambah-tambah :(

Apakan daya, aku malas nak bising dengan pihak Nuffnang. Mungkin ada hikmahnya. Jadi beberapa bulan yang lepas, aku telah meng"cash outkan" akaun aku yang berjumlah RM200+. Hampir sebulan lebih berlalu tetapi bayang batang hidung cek pun masih belum dapat. Jadinya, aku terus email kepada support group Nuffnang semalam dan hari ini terus dapat jawapan dari pihak mereka. Memang cepat juga tindakbalas mereka :)

Aku "copy-paste" di sini jawapannya :

Hi Zaila,

Thanks for writing in!

As shown in our record, you have requested cash-out on 6th of February 2014. 

Nuffnang pays its Non-Glitterati members 60 days(30 days for Exclusive members) after every end of the month from their cashout request date for Glitterati members. Upon then, the cheque will be compiled and sent to the bank for legal processing before delivered to your registered address. The processing and delivering by the bank will take about 2 weeks time.

Therefore, if you have attempted to cashout on 06/02/2014 as shown in our system, therefore your cheque should arrive around 14th of April 2014. 

We'll advise cashing out near the end of the month to maximize earnings cashed out and minimize relative wait time. After all, as long as the cash out is within the same month, it will be processed at the same time.

Hope this clarifies. Thank you and have a nice day! :)

Cheers,
Vanessa Chan
Community Relations 
Nuffnang Sdn Bhd

www.nuffnang.com.my

Terjawab sudah segala teka teki. Nasib lah aku teringat juga akan bayaran tu, bayangkan dari bulan 2 lagi aku menunggu. Setakat ini masih belum mendapat sebarang cek lagi dari encik posmen. Mungkin esok atau lusa akan sampai. Takpe, kita sabar menanti :)

Bagi mereka yang tidak tahu, blog merupakan tempat aku menjana pendapatan pasif sejak tahun 2009 lagi. Sekurang-kurangnya dapatlah juga duit poket untuk buat shopping. Boleh mendaftar dengan #Nuffnang nanti ya!

Laluan iklan :


Bagi sesiapa yang mahukan servis mencetak kad kahwin, bunting atau banner perkahwinan atau iklan majlis, boleh hubungi kawan aku iaitu En. Farhan Zakaria. Beliau mempunyai kedai percetakan di Kota Bharu. Ini maklumat kedai tersebut :

3sprint - One Stop Printing Solution

Sentosa Signs Station
Lot 383, 5315-C, Tingkat Bawah,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu, Kelantan.
09-743 4339 (T)     09-743 5339 (F)

Fanpage : 3S-PRINT

Bagi sesiapa yang mahu beriklan di blog ini, boleh hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/Whatsapp : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Bye! Assalamualaikum.

Jumaat, 30 Ogos 2013

2 Lagi Buffered Earning Dari Nuffnang, Terima Kasih RHB, Dove & Digi

Assalamualaikum,

Biasalah kalau hujung bulan macam ni, saja suka-suka buka laman web Nuffnang untuk lihat jumlah kutipan terkini duit hasil dari berblogging. Alhamdulillah, rezeki lagi bila dapat 2 lagi iklan dari Dove dan juga Digi. Terima kasih kerana memilih blog aku sebagai medium untuk menyiarkan iklan. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang promosi Dove, boleh klik sini https://www.facebook.com/DoveHairMalaysia


Semoga iklan Dove & Digi berlari-lari (running) lama di blog ini :)

Oh! Terima kasih juga buat RHB yang menyiarkan iklan sejak dari bulan May 2013 lagi. Alhamdulillah mungkin kerana sekarang ini sedang berlangsung peraduan di laman web RHB (baca sini http://www.rhb.com.my/Whats_New/cards/gear-up-for-our-100-year-celebration/ )
Ada hadiah kereta untuk dimenangi..Perghhhh best tuuu


Alhamdulillah..Walaupun bayaran tak banyak (jika dibandingkan dengan blogger otai tetapi cukup menggembirakan hati aku dah). Usaha bertahan di dalam dunia blogging sudah membuahkan hasil. Biar lambat asal dapat duit. Pada teman-teman blogger yang baharu sahaja menceburkan diri ke alam blogging, jangan mudah berputus asa. Sentiasa jadikan blog kita sebagai tempat rujukan / memberi maklumat yang berguna, Insya Allah bahagia apabila membahagiakan orang lain.

Bak kata Prof. Dr. Muhaya, dalam setiap apa yang kita lakukan, niatkan diri ikhlas kerana ALLAH bukannya untuk mencari penghargaan manusia. Bila mengharapkan penghargaan manusia, silap sedikit akan rasa dikhianati, kecewa, dipergunakan dan macam-macam lagi. Tetapi kalau kita niatkan kerana ALLAH, walau diuji, dicela, dicaci kita akan terus meneruskannya kerana yakin dengan kekuasaan ALLAH :) Jangan putus dalam mencari keredhaanNYA

Oklah, setakat ini sahaja, salam Jumaat buat semua, selamat berhujung minggu dan jangan lupa singgah jenguk ruang pengiklanan SOHO Direktori dimana di sini menghimpunkan segala jenis perniagaan yang ada di Malaysia. Bagi mereka yang ingin menempah ruangan iklan, boleh hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app/ viber : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jumaat, 12 Julai 2013

Nak Duit Raya Percuma Tak???

Assalamualaikum,

Amboi...bila cakap nak duit raya percuma cepat-cepat aje korang klik yaaaa??? Hihihihi
Sebenarnya ni haaaa Nuffnang sekarang tengah berbaik hati memberikan blog aku duit raya. Alhamdulillah, dua lagi Buffered earning (BE) berlari-larian (running) di dalam blog ini. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..Memanglah betul kata ustaz, Ramadhan adalah bulan rahmat, bulan Allah turunkan nikmat-nikmat Allah; tidak kiralah dalam apa jua bentuk sekalipun.


gambar ihsan google (Surah Ar-Rahman ayat 51)

Terima kasih buat Nuffnang; FORD & KL SOGO Raya 2013 yang telah memilih blog aku sebagai tempat untuk menyiarkan iklan mereka. Alhamdulillah..Moga dapatlah tambah duit raya nanti. 


Alhamdulillah juga sejak Ramadhan tiba, tak putus-putus rezeki lain masuk. Tempahan kerepek juga menerima sambutan yang luar biasa. Makin banyak tempahan makin buat aku berdebar-debar. Mohon pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan. Di sini aku ingin mengucapkan terima kasih buat ejen-ejen kerepek yang banyak membantu aku dalam mengambil tempahan. Hebatnya bekerja dari rumah. Hanya berhubung melalui email, facebook & whats app sahaja. Tapi ada juga yang aku berkunjung ke rumah mereka. Terima kasih kerana sudi bekerja untuk aku :) Insya Allah, kita doakan moga Allah permudahkan segalanya. Hampir mencecah 300 kg tempahan, hati aku semakin berdebar-debar..Ya Allah, moga dipermudahkan segala urusan. Amin..

Di bawah ini adalah kisah seorang ibu yang bekerja dari rumah yang banyak memberikan sumber inspirasi & aspirasi kepada aku juga :

"Saya bersyukur dapat menjadi ibu yang tinggal di rumah sepenuh masa dan juga bekerja di rumah sepenuh masa. Alhamdulillah dapat juga membantu suami sedikit sebanyak walaupun dia tidak pernah minta dibantu. Bidang yang dulunya saya benci tapi kini ia menjadi sumber pendapatan dan sesuatu yang saya suka buat dan saya sayang bisnes saya ni. Kini saya adalah imej mak saya suatu masa dulu. Bekerja dari rumah supaya dapat sentiasa bersama anak-anak, melihat mereka membesar di depan mata tanpa terlepas satu detik pun. Masa adalah sesuatu yang sangat bernilai. Mungkin ada ibu-ibu yang sibuk bekerja dan tanpa sedar anak-anak sudah bekerja dan berdikari dan mungkin berasa ralat kerana masa lebih banyak terluang di pejabat dari bersama keluarga tercinta. Kalau difikir masa sehari 24 jam, berapa jam yang terluang bersama anak-anak? Biasanya orang bekerja keluar seawal jam 6.30 pagi, ditambah kesesakan jalanraya, akhirnya pulang ke rumah jam 7 malam. Mungkin tidur jam 10 malam. Maka cuma ada 3 jam untuk diluang bersama keluarga.

Saya yakin ramai ibu yang bekerja di luar sana ingin menjadi ibu yang tinggal di rumah sepenuh masa and bekerja dari rumah. Saya rasa kebanyakan kita mampu lakukan cuma setiap mereka perlu kenalpasti kekuatan masing-masing, contohnya ada yang pandai menjahit, memasak, membuat gubahan dan sebagainya. Itu semua boleh dijadikan punca pendapatan dari rumah. Sekarang bukan zaman mak saya lagi yang cuma pasarkan kuih dia di kedai-kedai kopi. Zaman sekarang zaman gajet dan internet. Semua itu boleh dijadikan alat pemasaran. Ibu-ibu semua boleh gunakan pemasaran yang ditawarkan percuma seperti email, FB, Blog dan ruang iklan percuma seperti Mudah.my.

Saya suka melihat perempuan Melayu berjaya dalam bisnes. Untuk itu saya sentiasa menyokong apa-apa bisnes yang diceburi oleh wanita melayu terutama yang bergelar isteri dan ibu. Untuk itu saya juga membuka bisnes saya untuk dikongsi oleh orang lain. Contohnya saya ada program affiliate di website saya yang memberi komisyen atas setiap pembelian pelanggan. Affiliate cuma perlu promosi produk-produk dari website saya melalui apa-apa strategi contohnya FB, Blog, Youtube dan sebagainya.
 Kemudian saya juga menawarkan khidmat pada Dropshipper dan Reseller. Kebanyakan mereka juga ada bisnes sendiri jadi daripada menjadi pesaing, ada baiknya bekerjasama supaya tiada lagi hasad dengki di kalangan orang melayu. Ini juga salah satu sumbangan saya pada sesiapa yang berminat untuk buat pendapatan tambahan dari rumah tanpa perlu modal. Droshipper dan Reseller yang bekerjasama dengan saya bukan sahaja terdiri dari ibu-ibu tetapi ada juga bapa-bapa.

Bekerja di rumah ada cabaran tersendiri
Bekerja di rumah tidaklah semudah yang disangka. Ada cabaran tersendiri kerana perlu menguruskan rumah, suami dan anak-anak serta dalam masa yang sama perlu uruskan bisnes. Perlu bijak mengatur masa. Kalau ada yang berniat berhenti kerja untuk bisnes dari rumah maka perlu perancangan awal serta pastikan jumlah pendapatan yang diperlukan setiap bulan supaya semua bil bulanan terbayar. Juga perlu tentukan jumlah modal awal. Paling penting adalah usaha yang berterusan dan yakin dengan bisnes yang anda ceburi. Insyallah di permudahkan Allah. 



Fauziah Ahmad, www.mybabyberries.com."

Ada banyak lagi kisah wanita hebat yang bekerja dari rumah di dalam pakej ini :
Dapatkan harga kasih sayang dari aku iaitu hanya RM100 sahaja. Boleh tempah melalui

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / whats app : 012-3228651

Nota : Walaupun bayaran dari Nuffnang untuk setiap iklan kadang-kadang hanya sebanyak RM0.25 sehingga RMXX.00 tapi aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya ada juga rezeki yang masuk. Walaupun ambil masa berbulan untuk kumpul RM50 tapi Alhamdulillah sekurang-kurangnya ada juga dari tiada. 


Bagi sesiapa yang berminat untuk memulakan langkah pertama berniaga melalui online, boleh mendaftar di dalam kelas kelolaan aku untuk bulan Julai iaitu kelas asas blog & fanpage sekarang. Di mana aku akan memberikan langkah demi langkah untuk memulakan sesuatu perniagaan melalui kaedah blog dan fanpage. 

Salam kasih sayang & selamat berpuasa :)

Selasa, 9 Julai 2013

Rezeki Ramadan 2013~Terima Kasih Nuffnang, RHB, Drypers, Coke, Sunsilk & Maybank


Assalamualaikum,

Malam tadi check akaun Nuffnang, Alhamdulillah rezeki Ramadan :) Ada 5 BE sedang berlari (running) di dalam blog kelolaan aku. 4 di blog ini & 1 di blog bisnes online. Moga duduk sini lama-lama, nanti makin bertambah tabungan aku..hihihi

Kenapa para pengiklan seperti RHB, Maybank, Coke, Sunsilk & Drypers memilih blog aku sebagai medium untuk menyampaikan iklan mereka? Salah satunya kerana blog aku ini tergolong dalam golongan blog mak-mak yang mana pembaca terdiri daripada golongan kaum ibu. Sesuai sangatlah kan kalau nak letak iklan lampin pakai buang, syampoo, makanan kat sini. Al-maklumler mak-mak kan suka tahu apa produk terkini di pasaran :)

Bagi mereka yang ingin menyertai kelas asas blog & fanpage, pengambilan Julai masih lagi diambil. Semalam baru sahaja seorang suri mendaftar untuk belajar berniaga menggunakan teknik blog & fanpage. Walaupun sudah biasa berniaga online melalui kaedah dropship, tapi masih lagi ingin menimba ilmu dalam penulisan blog dan fanpage. Syabas buat Puan Haslelawaty Mohd Arpa. Nantikan kemunculan beliau di dalam blog ini. Kisah seorang surirumahtangga yang mempunyai 2 hero & gemar berniaga. Hari ini beliau ke Vietnam mencari barang dagangan. Moga dipermudahkan segala urusannya.

Buat kaum suri di luar sana, ayuh keluar dari kepompong. Berniaga zaman sekarang tidak perlu susah-susah untuk keluar dari rumah. Semuanya ada hanya dihujung jari sahaja. Antara nak dengan tak nak sahaja. Kalau berminat nak tambah duit poket dengan berniaga secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran, boleh belajar buat blog & fanpage dahulu. Cepat PM saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms . whats app : 012-3228651
Facebook : https://www.facebook.com/zaila.mohamad

Selain dari dapat belajar, dapat juga mengutip pengalaman & tips hebat lagi berguna untuk diaplikasikan ke dalam kehidupan harian. Ingat, walaupun kita bekerja dari rumah tapi jangan sekali-kali mengabaikan kebajikan suami dan anak-anak. Mereka lah yang menjadi tunggak kejayaan kita. Tahniah buat suri hebat lepasan ijazah pelbagai bidang yang memilih untuk berkerja dari rumah kerana tidak mampu untuk berpisah dari keluarga. Insya Allah, moga Allah permudahkan kalian dalam mencari rezeki. Pada yang masih antara dua untuk melepaskan kerjaya, bolehlah berniaga sambil-sambil sahaja. Tak dapat banyak, sikit pun jadi yang penting sudah ada blog tapak asas sebagai platform untuk berniaga. Bukan mudah untuk membina sebuah empayar, semuanya memerlukan masa dan pengorbanan.

Bagi mereka yang memerlukan konsultansi secara online. Cepat-cepat hubungi aku :)

Boleh dapatkan pakej WAHM di atas sebagai persediaan untuk memulakan langkah yang pertama.

Salam kasih sayang!

Selasa, 4 Jun 2013

Alhamdulillah Rezeki Blogging Lagi


Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah rezeki masuk lagi hari ini. Tak sangka hari ni "gaji aku" dah masuk. Walaupun sudah tidak bekerja tapi syukur dengan rezeki kurniaan dariNYA. Di saat hati sedih mengenangkan ayahanda di kampung, ada berita gembira yang sedikit sebanyak dapat menceriakan hati ini:)

Insya Allah akan ada beberapa projek akan menyusul nanti sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini. Pada yang berminat untuk cari extra income boleh PM aku di email (zailamohamad@yahoo.com) atau PM di facebook (Zaila Mohamad) atau di whats app 012-3228651. Yang penting kenalah rajinnnn..tu je kunci utama untuk dapat duit lebih:) Disclamer : aku bukan nak suruh jual ubat kuat yaaaa *wink*wink*

Selain itu, pada yang berminat untuk mulakan perniagaan menggunakan blog / fanpage, bolehlah PM aku juga kerana aku ada beberapa projek usahasama dengan penulis buku Jana RM Dari Rumah yang terkenal iaitu Pn. Masayu Ahmad untuk melatih mereka yang betul-betul berminat untuk menjalankan perniagaan melalui online. PM aku sekarang nanti aku akan bagitahu langkah demi langkah untuk memulakan perniagaan tu.

Oklah..bye semua!

Selasa, 26 Februari 2013

5 Buffered Earning, Terima Kasih Nuffnang!!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah! Hari ni buka tengok akaun Nuffnang, ada 5 iklan tengah running dekat blog aku:) Walaupun hanya 1 untuk blog ini tapi sudah cukup membuatkan aku tersenyum. Penyumbang terbanyak untuk duit poket aku of courselah blog Welcome II My Life ni kan..Yang lagi 3 tu entah bilalah nak aktif balik..Tapi takpelah, asalkan ada juga iklan berbayar, walaupun sedikit lama-lama jadi bukit:)

Duit dalam tabung pon makin bertambah, takpe kita biar duduk dalam tu lama sikit, nak cash out bila dah cecah 3 angka *tapi entah bilalah tu* Setakat ini, aku masih belum terniat untuk tekan butang cash out tapi tak tahulah kot-kot next time tangan ni gatal nak tekan kan..Mari kita tengok sampai bila boleh bertahan..kuikuikui

Pada mereka yang masih belum dapat cash out duit Nuffnang tu, jangan sedih..jangan cepat give up..kadang-kadang kena belajar juga dengan mereka yang otai *yang pasti bukan aku sebab blog aku ni blog picisan sajork* kena tahu apa faktor yang boleh tarik orang baca blog kita kan? Macam blog aku ni sekarang dah jadi blog gambar makanan sudah, kalau gambar menarik takpe, ini gambar dari kamera amatur..tapi tetap buat korang tergoda kan? kan?

Alhamdulillah, sepanjang 4 tahun menghabiskan masa dekat blog ini, UV blog ini sudah meningkat. Terima kasih pada yang sudi membaca / follow blog aku ini. Insya Allah aku tak akan berhenti dari menulis/berkongsi pengalaman hidup aku. Aku rasa memang aku perlu untuk berblog, sebab di sinilah aku boleh "lari" dari rutin harian aku yang sememangnya sangat stress..HAHAHA baru jaga 4 orang anak pon dah kecoh stress kan? Bila baca balik entri-entri aku yang lama, ada rasa kelakar & sometimes rasa bodoh pon ada juga:D Tapi tak kisahlah, inilah yang dikatakan pengalaman hidup kan? Terima kasih juga pada yang sudi tinggalkan komen, aku mengaku memang teruk dalam membalas komen tapi deep down from my heart i really appreciate it:)


Terima kasih buat Nuffnang. Pada yang masih belum mendaftarkan diri sebagai Nuffnanger, baik buat cepat-cepat..


View terkini..memanglah tak segempak orang lain tapi cukup menggembirakan diri aku. Buat apa nak stress-stress bandingkan blog kita dengan blog orang lain. Yang penting aku happy dengan pencapaian diri sendiri. Terima kasih buat semua pembaca! Semoga blog ini akan terus maju & dapat menyumbangkan pendapatan yang tetap untuk aku..hehehe

Terima kasih juga pada pengiklan yang sudi memilih blog aku sebagai medium untuk memasarkan produk mereka. Pada mereka yang ingin memasarkan produk / jualan di blog aku, bolehlah email terus kepada aku zailamohamad@yahoo.com Insya Allah tiada bayaran dikenakan. Sekadar menolong secara ikhlas:)

Thank you *lambai tangan macam retiss*

P/S : baru dapat email dari wakil Huggies untuk join event diorang!!
P/S/S : Nuffnang, please please bagi aku peluang buat sponsored entry..hehehe Mana tahu kan..tuah ayam nampak di kaki, tuah blog nampak di..............(sila isi tempat kosong)

Rabu, 21 November 2012

Samsung New Side By Side Refrigerator

*Sticky entry for the next 48 hours*

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak bercerita tentang salah satu peralatan elektrik yang penting WAJIB ada di dalam rumah kita. Tak lain tak bukan iaitu peti ais..Zaman sekarang ni kalau takde peti ais susah, mana nak simpan segala bekalan barang basah seperti ikan,udang, daging, sayuran, buah-buahan, susu & segala macam benda lagi. Kalau tak ada peti ais, jangan haraplah semua benda tu akan bertahan lama kan?

Teringat lagi kenangan masa awal-awal kawin dulu, beli peti ais yang satu pintu saja sebab masa tu manalah ada duit sangat & ahli rumah pon masih belum bertambah lagi. Alhamdulillah, setelah hampir 6 tahun bersabar, kami akhirnya redha juga bahawa saiz peti ais juga perlu bertambah selaras dengan pertambahan ahli keluarga..hehehe

Pada sesiapa yang tengah mencari-cari peti ais tu, aku nak berkongsi dengan korang semua peti ais side by side terbaru daripada Samsung. Design memang moden & sesuai sangatlah bagi mereka yang isi keluarga ramai kerana peti ais ni memang besar!!

Jom baca sedikit info tentang peti ais ni :


KUALA LUMPUR, Malaysia – 14 November, 2012 – Escalating energy prices and environmental impact from home appliances are among the two major concerns of consumers today. To address these concerns, Samsung Malaysia Electronics, the global leader in digital media and digital convergence technologies introduces its new side-by-side refrigerator with Twin Cooling System™.
Samsung’s Twin Cooling System™ controls the refrigerator and freezer independently with two separate evaporators and precise electronic control. The system supplies an adequate amount of cool air to each compartment independent of the other to allow the refrigerator compartments to maintain a 43% level of humidity. Because each compartment conserves its ideal temperature, cool air does not travel through the same duct, thus eliminating the transfer of odours between the freezer and refrigerator areas.
The new side-by-side refrigerator by Samsung also encapsulates elements of energy saving with the incorporation of nine individual smart sensors to analyse environmental condition and using pattern to ensure food freshness.  The inclusion of Samsung’s Digital Inverter Compressor help to lower operation noise level up to 41 db/A, while enhancing the side-by-side refrigerator’s energy saving feature.
“Today’s modern consumers are technologically-savvy and care very much for the environment. We at Samsung took that into consideration when conceptualising our new side-by-side refrigerator. We injected Samsung’s innovative technology into the refrigerator, and added a touch of contemporary feel to the overall look to exemplify how technology and beauty could go hand-in-hand,” said by Kwon Jae Hoon, Managing Director of Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd.
“As an award winning innovator in consumer electronics and home appliances, we will continue to up the ante to provide smart digital appliances that will enhance the lives of consumers,” Kwon added.



Paving its way into revolutionising smart home solutions, the new Samsung side-by-side refrigerator combines technology with beauty. It utilises a Multi Flow technology to enable cool air to flow out through multiple outlets for even cooling throughout the freezer. As a result, foods are kept chilled and better preserved.
Samsung’s side-by-side refrigerator comes with a Mini Drinks Bar that opens softly with a simple touch. Consumers can now have drinks and snacks without opening the main refrigerator door, which reduces energy consumption.
LED Interior Lighting in Samsung’s side-by-side refrigerator is strategically-placed and energy-efficient to emit less heat – an attention to detail that many consumers would appreciate, given how everyone strives to play a role towards preserving the environment.
Last but not least, Samsung’s side-by-side refrigerator is built with the style-conscious consumers in mind. Its premium image is enhanced with contemporary-looking recessed handles and hidden hinges for an overall neater design, yet minimalist in nature through its selection of high-end colours – Shiny River White or EZ Clean Steel.



Memang luas kan? Macam-macam boleh sumbat dalam ni..Kalau surirumah macam aku ni memang suka sangat bila peti ais penuh macam ni:)



Ini pula bahagian freezer (sejuk beku) di mana ianya berasingan dengan peti sejuk yang sebelah lagi so jangan risau, makanan tidak akan bercampur dengan barang basah seperti ikan so tiada masalah bau di sini



Zaman sekarang ni, suhu pon dalam digital..Takde masalah dah kalau terlampau sejuk atau tidak sejuk. Lagi satu yang paling best takde dah ketulan ais (frosting ke hape namanya) yang akan keluar memenuhi freezer jika suhu terlampau sejuk..


Tengoklah pandangan dalam peti sejuk Samsung ini..Memang besar & puas hati kan?? Kalaulah aku belum beli lagi peti ais, konpem aku rembat yang ni:P


Gambaran bila dipenuhi dengan makanan. Masih ada ruang lagi tu..Pada ibu-ibu yang menyusu & menyimpan stok EBM, elok sangatlah ada peti ais macam ni..kerlasss gitu:)



Secara jujurnya memang aku berkenan dengan design terbaru peti ais dari Samsung ni. Bukan apa, kerana aku sendiri memang menggunakan peti ais jenama Samsung juga (sama seperti gambar di bawah ini) cuma model yang kami beli adalah sedikit lama berbanding dengan model ini.




Apa yang membuatkan ianya berbeza dengan model terbaru adalah model ini mempunyai ruang storan untuk botol air yang terhad kerana terdapatnya kaunter air sejuk di luar tu. Konon-konon kalau dahaga bolehlah ambil gelas & menikmati air dari situ. Owh ya! air tu bukan automatik sentiasa ada ya, kenalah isi sendiri bila dah kering..Sekarang ni aku tak gunakan sangat sebab Haziq tu selalu je curi-curi minum air sejuk dari sini. Lepas tu mulalah batuk sana batuk sini. Yang lain-lain tu aku rasa sama je fungsi dengan peti sejuk terbaru dari Samsung ni:) Kalaulah boleh tukar dari peti lama ke peti baru, konpem aku tukar dah:P

Pada yang merancang untuk membeli peti sejuk, aku memang rekemenkan untuk beli peti sejuk jenis ini. Jimat tenaga & yang paling penting ruang storan yang luas!! Memang puas hati!! Pada yang berminat, bolehlah ke kedai Samsung berdekatan atau layari website Samsung.com/my atau terus ke akaun facebook Samsung https://www.facebook.com/samsungmalaysia

Pada Cik Anom yang bertanyakan aku ni dah jadi duta Samsung ke dalam previous entry, jawapannya tidak..Sekadar berkongsi info tentang barangan yang menarik yang kebetulan aku pon menggunakannya. Sekadar berkongsi pengalaman sendiri..Tapi kalau Samsung nak bayar pon, apa salahnya kan:P

Jangan lupa like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

Isnin, 12 November 2012

Jumpa Chef Anis Nabilah di Samsung-Chelsea FC Youth Football Camp

Assalamualaikum,

Ahad yang lepas aku ke Damansara Damai untuk event "Samsung-Chelsea FC Youth Football Camp"
Stress gila cari jalan nak ke sini, pelbagai dugaan yang mendatang..Nasib baiklah last-last tu jumpa..Kasi tunjuk sket beberapa keping gambar..Next entry lain kali yaaaaaaaaa;-


Husna & sepupu bersama chef selebriti Anis Nabilah!


Anak-anak terlampau kagum dengan mesin basuh Eco-bubble dari Samsung..Bukan setakat anak, mak anak pon kagum sekali *jeling en suami*


Ada demo masakan dari chef Anis yang super comel dengan menggunakan Samsung's microwave oven yang terbaru dari Samsung..Lepas tu chef Anis sendiri yang serve kami makan..ko hado??

Oklah, nantikan entri sepenuhnya nanti..Selamat bercuti sempena Deepavali..Apa perancangan korang nanti?? Aku sudah pastilah penuh dengan aktiviti..Semoga dipermudahkan segalanya..Aminnnn

Jangan lupa like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

Jumaat, 2 November 2012

Buffered Earning Blog, Terima Kasih Drypers Sungguh Ceria, Terima Kasih Nuffnang

Assalamualaikum,

Sekarang ni susah sangat nak dapat Buffered Earning untuk blog personal (blog yang korang dok baca sekarang nilah) tapi bila dapat tu, rasa syukur sangat-sangat sebab nanti cepatlah duit dalam tabung Nuffnang aku penuh:)

Semalam buka tengok ada satu kempen dari Drypers Sungguh Ceria yang beriklan di blog aku bermula dari 15/10/2012 lagi. Hari ni sudah dikreditkan RM19.86 dah pon..Terima kasih Drypers! Terima kasih Nuffnang! Agaknya blog aku menjadi sasaran Drypers kerana blog ibu-ibu kan..konpemlah sasaran diorang pon kaum ibubapak juga kan..


Tapi jumlah yang aku dapat ni bukanlah banyak sangat jika nak dibandingkan dengan blogger-blgger otai yang UV sehari cecah ribuan pengunjung..Tak kiralah berapa pon, yang penting syukur Alhamdulillah..dapat juga duit poket kan..Bak kata orang tua-tua "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit"

Kalau tengok kata carian terbanyak di blog aku adalah tentang Genius Aulad. Hujung-hujung tahun macam ni memang ramai ibubapa yang akan melakukan carian di internet untuk mencari pra-sekolah untuk anak-anak mereka. Kata carian kedua terbanyak adalah mengenai shopping di Vietnam. Yang ni aku tak heran kerana aku dulu pon macam tu juga, sebelum ke Vietnam, memang aku ada buat research dengan membaca pengalaman-pengalaman mereka yang pernah ke sana. Alhamdulillah sekarang aku pula yang memberi tips & panduan. Hampir setiap hari ada sahaja orang yang email kepada aku bertanyakan soalan mengenai Vietnam..Rasa macam kaunter pertanyaan pon ada tapi takpe, aku membantu sekadar yang termampu..So pada sesiapa yang ingin bertanya, jangan tinggalkan komen di blog ini kerana aku memang jarang balas komen tapi emailkan pertanyaan terus ke zailamohamad@yahoo.com


Insya Allah, kalau ada kesempatan aku akan cuba menjawab segala pertanyaan tersebut. Untuk memudahkan korang semua, aku dah buat senarai entri aku yang berkaitan dengan Vietnam di senarai "Segalanya Tentang Shopping Di Vietnam" seperti dalam gambar di bawah :-


Semoga bermanfaat untuk dijadikan panduan buat mereka yang ingin ke Vietnam. Bye!!

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

Rabu, 3 Oktober 2012

Duit Hasil Blogging

Assalamu'alaikum,

Hampir sebulan lebih selepas entri ini (Alhamdulillah Rezeki Blogging), semalam check akaun Nuffnang, dah cecah RM300+ Gumbiranya rasa hati tapi at the same time terus tamak nak kumpul sampai RM500 pulak..Takpe, cabarkan diri untuk berusaha dengan lebih keras untuk naikkan trafik blog, mana tahu rezeki advertisement pula yang akan mendatang:)


Unique visitor pon dah makin meningkat setiap minggu..dah konsisten 500+ sehari..Tapi kalau hari cuti tu kuranglah sket..Ehem ehem nampak sangat ramai yang surf baca blog time keje ek..Hehehe



Sejak duduk rumah ni, adalah masa untuk update blog secara konsisten..Selalunya 2 entri sehari tapi hak satu lagi aku lebihkan untuk promote barangan yang aku jual di gedung serbanika aku..Hehe sudah tukar nama fulak..Biaserlah, macam-macam aku jual sekarang ni:P Jangan lupa singgah beli tau

Kalau tengok statistik di Dashboard blogger pula, visitor aku dah cecah 1000k sehari (kecuali Sabtu Ahad)


Mungkin ramai blogger yang masih belum familiar dengan format baru blogger kan? Aku dulu mula-mula tak reti juga tapi sekarang rasanya lebih teratur & paling best boleh tengok statistik visitor kita hari-hari..LOL

Oklah, mesti ada yang tak faham aku dok membebel pasal apa kan..Kalau tak tahu bolehlah tanya, jangan malu-malu untuk bertanya, nanti sesat dalam dunia blogging..HAHA #rosakbahasaibunda

Dapatkan pelbagai makanan sunnah di MKS Gedung Serbanika Online 
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Rabu, 29 Ogos 2012

Alhamdulillah rezeki Blogging!

Assalamu'alaikum,

Dah lama rasanya aku tak belek akaun Nuffnang. Usahkan Nuffnang, nak update blog pon jarang-jarang sekali..Tapi hari ni macam free sket so sempatlah masuk webiste Nuffnang check baki duit hasil berblog #ntahapaapa ni..Hasilnya;-


Statistik pengunjung masih tak stabil tapi Alhamdulillah dah maintain 200+ UV sehari..Semalam 28hb cecah 500+..Pergh..ramai tu..ada apalah sangat kat sini tapi terima kasih yaaa kerana sudi singgah di sini:)

Pada yang tak tahu kenapa perlunya trafik yang tinggi? Of courselah untuk pengiklanan..bila trafik tinggi, advertiser (pengiklan) akan tertarik untuk meletakkan lebih banyak iklan & lagi lama kempen di siarkan di blog kita..lagi masyuk duit yang dapat:)

Pada peniaga online macam aku, of courselah akan memudahkan carian..tapi sekarang ni macam dalam mode rehat je..Insya Allah business will be back again..Ampun maaf pada yang email/sms minta quotation tapi aku tak balas:( Bukan apa, sejak jadi SAHM ni (tambah-tambah bulan puasa haritu tersangat tak larat) aku masih tak dapat cari momentum macam dulu..tapi hari ni rasa macam lain macam aje..ececece

Insya Allah, nak seribu daya..tak ndak seribu MALAS kan..kuikuikui #rosakbahasa


Alhamdulillah..akaun sudah cecah RM250++ rasa macam nak tamakkan diri tunggu sampai RM300 / RM500 / RM1000 pula..ecececeeee

So pada yang sedang bertatih-tatih dalam dunia blog..jangan mudah putus asa..Biar sikit lama-lama kaya..HAHAHA Bolehlah buat duit shopping bagi aku yang takde pendapatan tetap ni:)

Apa-apaon #chaiyyok Zailabinimdae..I know i can do it!!

Khamis, 28 Jun 2012

Kerana Vietnam!

Assalamu'alaikum,

sukanya bila tengok graf meninggi dari biasa. Al maklumler, mak blogger picisan saje..kalau reader bertambah mestilah melonjak suka!

Minggu ni dek kerana entry cerita pasal Vietnam je, reader sampai 800+ sehari..Kalau cecah 1000 mahu ada yang melompat ni:P



Ni entry dulu masa aku cerita Fasha mengandung tu..kemain lagi korang ya..kalau pasal retis, ramai je nak tahu ya:P


Oklah..tu je nak cerita..bye!

Isnin, 11 Jun 2012

Buffered Earning Terbaru, Terima Kasih Nuffnang!



Thanks Nuffnang!! Nak cash outkan duit yang terkumpul macam sayang sajork..Tunggulah banyak sket baru cash outkan..Hehehe

Nampak gaya, lepas ni aku akan jadi full time blogger + inilah mata pencarian aku as a Stay At Home Mummy (SAHM) nanti..Apa-apa pon..syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan..Moga bertambah-tambah rezeki aku & famili nanti..Aminnnn

Bye!

Selasa, 5 Jun 2012

Madagascar 3 Premiere Screening~Thanks Nuffnang!!



Assalamu'alaikum,

haisy..dah bersawang dah blog ni..baru berapa hari tak hapdet..hehehe..busylah dengan keje & tak suka sindrom ibu mengandung..memang malas sangat-sangat nak bercerita apa-apa walaupon dalam hati ni banyak cerita nak kongsi:P

Oklah, ingat tak entri aku yang lepas?? (My Favourite Animal Pal in Madagascar)..this is what i like being a Nuffnanger..lepas je submit entri tu, memang aku dapat 2 FREE tiket movie premier screening Madagascar 3 ni..senang kan? Thanks Nuffnang!!

Tapi sangat-sangatlah malang sebab apa yang dirancang tak kesampaian;( Apa yang aku rancang;-
- nak ambil cuti hari tayangan tu & bawa kids tengok
TAAAAAAPI...damn!! rupanya ada 1 tender yang aku tengah buat ni di extend ke 7hb pulak..Mula-mula extend dari 26hb Mei pastu extend ke 31hb pastu ke 7hb Jun plak..Damn!! i hate this tender..disebabkan tender aku tak boleh balik kampung..Sian anak-anak, hari-hari dok tanya bila boleh balik jumpa Tok Ayah:(

Ok, back to tiket free tadi..rupa-rupanya Mummy Iswatie pon dapat g tengok juga premiere screening tu..Jeles betul aku dengan dia ni..tiapkali Nuffnang bagi tiket free dia dapat g..al maklumler tengah praktikal dekat ngan en suami dia..kemain ya korang dating..So takpelah..aku register juga nama aku & dengan ikhlasnya aku bagi tiket tu kat diorang..HAHAHA rezeki Hani & Ichlas lah dapat tengok Madagascar..siap dapat jumpa dengan Peguin lagi..bertuah uolssss:)

Tadi Mummy Watie tag gambar Hani & Ichlas sebelum masuk tengok movie...Enjoyyyzzzzz..

Takpelah aku tak dapat tengok pon..mana tahu pasni leh bawa kids g tengok juga..

Owh..adik aku nak datang rumah so bolehlah belanja dia tengok movie & makan-makan..mesti best!!

Ok..bye bye

Isnin, 28 Mei 2012

My Favourite Animal Pal in Madagascar3: Europe’s Most Wanted

Assalamu'alaikum,

Bila aku nampak je iklan Madagascar ni di website Nuffnang (refer entri ini), terus aku cakap aku kena join this contest sebabnya;-

1) I know my kids would love to watch this movie. Kan sekarang dah ada iklan trailer Madagascar 3 so setiap hari juga Haziq suruh aku beli DVD Madagascar..Actually aku dah beli yang Madagascar 2 : Escape 2 Africa. Almost everyday anak-anak aku dok layan DVD sampaikan aku pon boleh hafal dah scene & dialog yang ada dalam tu T___T

2) Sekarang kan musim cuti sekolah so aku rasa this is the best time untuk bawa anak-anak keluar tengok cerita ni. Mesti kami dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama:)

Elok sangatlah tu sebabnya sekarang ni United International Pictures (UIP) telah berbaik hati untuk memberikan 30 tiket free kepada Nuffnangers untuk bersama-sama meluangkan masa menonton Madagascar 3 : Europe's Most Wanted ni pada 5hb Jun 2012 (Selasa) di GSC Midvalley Mall.

Terujanya aku!!

Madagascar tak pernah mengecewakan kami..Seriously tertunggu-tunggu setiap sambungan dari movie-movie yang terdahulu

Kalau ikutkan semua watak dalam Madagascar ni aku suka..Tapi aku list kan ikut kesukaan aku;-


1) King Julien : memang kelakarlah bila dengar loghat Indian dia tu.. Selalu perasan dia tu raja & boleh buat sesuatu yang related dengan Tuhan. Contohnya dalam Madagascar 2 : Escape 2 Afrika di mana King Julien mencadangkan binatang tu sediakan sacrifice kepada tuhan (gunung berapi) untuk kembalikan air di tanah Afrika..padahal sebenarnya air yang sepatutnya mengalir masuk sudah disekat & nasib baiklah geng Alex yang pecahkan empangan tu..Tapi mati-mati King Julien ni cakap yang pengorbanan dia diterima Tuhan so that's why air tu datang balik..Memang seorang yang berkeyakinan tinggi!!


2) Melman : aku suka juga sebab dia ni jenis yang lurus bendul..Tapi sangat baik hati..Melman ni rupanya menaruh hati pada Gloria si badak sumbu tu..Selalunya apa sahaja yang dia buat hanya untuk gembirakan hati Gloria..sweet kan?


3) The Penguins : Skipper, Kowalski, Private & Rico..Diorang ni penyeri Madagascar juga..Kalau tak, takkanlah sampai ada siri kartun sendiri..


4) Mason and Phil : Dalam Madagascar 2 : Escape 2 Africa, diorang yang bertanggung jawab membaiki kapal terbang yang dinaiki oleh team Alex..tapi last-last semua mogok sebabnya nak dapatkan kes cuti bersalin punya pasal..Siap ugut Skipper dengan gambar Skipper tengah berdating dengan patung Hawai tu lagi..Bijak!! Bijak!!


5) Marty : best friend si Alex. Mulut memang becok & tak pernah berhenti bercakap.


6) Alex atau Alakay : memang kesukaan aku juga & anak-anak aku. Mempunyai kepakaran dalam membuat tarian mimik muka & sangat-sangat terkenal d Central Park Zoo New York.

Pendek kata, semua watak dalam Madagascar aku suka!! Seriously aku teruja untuk menonton Madagascar 3 : Europe's Most Wanted!! Nuffnang, silalah berikan tiket percuma kepada daku!! please..please..please:)


Mesti semua tertanya-tanya apa pula pengalaman mereka kali ni..

Korang boleh tengok trailer kat bawah ni; Agak-agak siapa watak kegemaran korang??

Pada Nuffnangers yang berminat untuk sama-sama menyaksikan Madagascar 3 : Europe's Most Wanted, bolehlah buat entry yang bertajuk "My Favourite Animal Pal in Madagascar 3 : Europe's Most Wanted & submit di sini sebelum 31/05/2012.

Owh, aku harap aku juga tidak terlambat untuk menyertainya!!!

Rabu, 16 Mei 2012

Kerana Fasha Mengandung


Wah! Wah!
 graf mencanak sampai hampir ke 900 views..hehehe Semuanya gara-gara tentang Fasha Sandha yang sudah hamil tu..Hehehe Menumpang glemer Fasha:P

Sorrylah kawan-kawan..aku takde cerita menarik yang nak dikongsikan..huhuhu bye bye!

Rabu, 18 April 2012

Kisah Rumahtangga Orang Memang Best Baca!

Assalamu'alaikum,

Saja save gambar statistik entri aku untuk kenangan berblogging di masa hadapan..Antara entri yang menerima pageview paling tinggi iaitu dalam 633 sehari, jatuh pada 10 April 2012..Nak tahu apa tajuknya??

Oh!Suamiku (boleh klik untuk baca apa yang menarik sangat tentang laki ahkak)

Kalau kira haritu ada 1 je entri & bagi aku memang POWER r tajuk yang aku pilih tu..sampaikan mengalahkan entri Kalau ke Ikea Tak Sah Kalau Tak Makan Meatballnya (607 je pageview). Selalunya kalau buat entri Ikea, mencanak je view..hehehe tapi kalau cerita pasal hal rumahtangga laaaaaagi mencanak yaaa...

Amboiiiiiii..suka ya amik tahu hal rumahtangga orang ya:P







Hehehe..Takderlah..aku bukan nak salahkan reader aku..cuma aku perasan orang memang akan tertarik kalau letak tajuk yang "bikin panas" sket..Itu dipanggil teknik SEO (search engine optimization) *betulkan kalau aku silap sebab aku main bantai je ni, malas nak google* HAHAHA

Korang dah upgrade ke interface blogger yang baru?? Best juga sebab ada banyak fungsi baru macam statistik pageview macam ni..Hari-hari aku duduk study blog & entri aku..HAHAHA matiklah kena kutuk:P

Mula-mula macam pening tapi lama-lama tu dah boleh faham..cuma aku tak reti nak masukkan google ads dalam blog aku..Tapi rasanya haritu pernah kena reject dengan google sebab kandungan blog aku ni bukan English..Ntahlah..lantak p lah khan..Malas nak tukar2 bahasa..aku lebih suka macam ni..bahasa rojak ikut suka janji faham:P

Tapi duit dalam akaun Nuffnang tetap tak gerak-gerak..Haisyyyyy bilalah boleh cash out ni..hehehe

Pada yang sudi membaca blog picisan aku..terima kasih..pada yang mengata pon terima kasih..banyak pahala aku dapat..prinsip aku "aku berblog dengan berhemah" semoga apa yang dikongsikan ada manfaat & kalau ada entri berbaur riak..maafkan daku..aku hanya manusia biasa yang tak boleh lari dari melakukan kesilapan..baca & terima aku seadanya:)

Jumaat, 17 Februari 2012

Alhamdulillah!~ Terima Kasih Nuffnang!!

Assalamu'alaikum,

Semalam saja buka akaun Nuffnang, terkejut bila tengok ada 5 Buffered Earning tengah running kat blog-blog aku..Tapi dalam banyak-banyak tu, satu je running dekat blog personal aku ni which is Dutch Lady Friso GUT..hak lain semuanya di blog yang aku malas jarang update=P *nampak gaya kena rajinkan diri mengupdate blog ni*


Alhamdulillah..rasanya ni BE yang ke 3 pada tahun 2012;) *permulaan yang baik!*


Unique visitor (UV) pon dah meningkat..Kalau dulu hari weekdays UV aku dalam 100+ je sekarang ni dah boleh cecah 200+ sehari & aku rasa hari Khamis (15/02/2012) paling banyak dalam 300+..thanks uols!!

Mungkin ramai yang follow menu sihat aku (perasan!) takpun ramai tertarik dengan menu tortilla..Apa-apa pon, terima kasih pada yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni..Insya Allah ada rezeki aku buat giveaway..

Nota kaki : Alhamdulillah, hari ni dapat bonus dari kompeni:) Insya Allah next month i'm planning for a small celebration sempena birthday so bongsu:)

Rabu, 30 November 2011

Tutorial Macamana Nak Buat Iklan Churp-Churp

Kali ni aku nak buat tutorial Macamana Nak Buat Iklan Churp-Churp pula..Sekarang ni senang je nak buat duit..sambil tidur pon duit berkepok-kepok masuk..Eh ini bukan iklan MLM tau:P

Pada yang tak tahu, Churp-Churp ni lebih kurang macam adik kepada Nuffnang juga. Kalau Nuffnang kita jana duit melalui blog tapi Churp-Churp ni lebih meluas; maksudnya lebih banyak platform untuk sebarkan iklan contohnya melalui facebook, Twitter, MySpace & banyak lagi..Lagi ramai kawan kita ada, lagi bagus..Alah, macam bergosiplah kan..memula cakap kat si A pasal si polan macam ni macam ni then si A akan g cakap pula dekat si B si polan tu macam ni macam ni then kalau si B ni mulut tempayan juga, pasti dia akan cakap dekat si C, D atau sesiapa sahaja..Isy, tapi kita bukan nak bergosip tau..Buat apa gosip-gosip..buat dapat dosa sahaja so baiklah daftar Churp-Churp, kurang-kurang dapat duit!!

Pada sesiapa yang berminat, bolehlah register dulu di sini, kemudian bolehlah start sebarkan iklan..Caranya teramat-amatlah senang, tak payah nak fikir ayat vadevass segala..just follow the step sahaja..Dekat Dashboard ChurpChurp akan ada Social Sharing iaitu senarai iklan-iklan yang kita boleh share dengan kawan-kawan kita, kalau social seeding pula iklan yang diberikan kepada kita (setiap klik mungkin harga bayaran lebih mahal dari iklan Social Sharing)..


Macam gambar di atas adalah contoh Social Seeding yang aku dapat..Selalunya pihak Curp-Churp akan emailkan notification kepada kita untuk melakukan iklan tersebut..Cara nak share iklan palinglah senang sangat; Tekan butang sharing this campaign & akan keluarlah platform macam gambar kat bawah ni;-



Ada siap-siap msg yang kita boleh gunakan untuk share dengan kawan-kawan..Kalau rasa rajin nak sharing pakai ayat sendiri pon boleh!!! Tengok tu, boleh share campaign melalui facebook, Twitter, Yahoo Mail, Hotmail, blogger, wordpress, YMstatus & macam-macam lagilah..Macam aku, aku share kat akaun facebook & Twitter je, malas nak lebih-lebih sebab dasar pemalas kan:P

Just klik logo facebook & akan keluar window satu lagi macam gambar kat bawah ni:-


Pastu tulislah msg yang korang nak bagitau kat kawan-kawan dalam list facebook korang..Then tekan butang share..Senang kan?? Sekarang ni lagi senang bila kita boleh set siap-siap bila iklan ni akan keluar kat facebook & Twitter kita..laaaaaaagi senang..Kalau Nuffnang boleh cash out setiapkali duit dalam akaun kita cukup RM50 tapi dengan Churp-Churp ni kena tunggu genap RM100..Memanglah lambat tapi kalau kena gaya & cara, sekejapan je tu..Yang penting usaha harus kena ada..Mana ada duit nak datang bergolek-golek depan mata weiiiii...*ops laser tak stetmen aku ni*

Oklah, pada sesiapa yang berminat boleh klik link kat bawah ni & register cepat-cepat dengan Churp-Churp tau:P
pada sesiapa yang nak dapat duit bagi setiap iklan yang diiklankan, bolehlah join Churp-Churp..setiap klik menghasilkan pendapatan yang lumayan;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^