Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 12 Disember 2010

Buat Apa Pembantu Rumah Lagi Kalau Sudah Ada Mereka

Bertuahnya Zaila bila dah dapat pembantu rumah..Bolehlah goyang kaki tengok movie je kali ni;)

Siapa pembantu rumah yang dimaksudkan tu?? Alaaaaa, orang tempatan je, tak mainlah ambik Indon mahupon Myanmar, ape kelasss kan;D Gambar kat bawah ni buktinya;-


apa kaitan dengan budak 2 orang ni pulak ya??
inilah dia pembantu rumah yang Zaila maksudkan tadi;)
yang ni pula ada talent sebagai Mak Mandur; tahu arah orang sahaja!!
si papa pula syok layan bola malam tadi antara Kelantan vs Kedah *yahoo, Klate mene*. Pandai betul dia guna tenaga anak-anak untuk melipat kain sedangkan itu adalah tugasnya;D Hehehehe..Actually bukan kami yang suruh tapi Haziq tetiba rajin pula malam tadi menolong papanya melipat kain. Kan bagus kalau hari-hari macam ni;)

Tapi jangan tertipu dengan kelicikan si Haziq ni, sekejap ajelah rajinnya..lepas tu mulalah..kube lana kembali bak kata oghe Klate;D Tapi tak apelah Haziq, janji ada juga semangat untuk menolong mama & papa mengemas rumah.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam zaila..hehe..tak apa lepas tu mereka kube lana ,ajar mereka membantu massa kecil lagi dgn harapan bila besar nanti rajin menolong..

Tie HT berkata...

mmg bagus sgt didik dari kecil..nak2 anak lelaki, besar nti ringan tulang tlg wife..bertuah lah jd menantu seksok..hehe

Zaila Mohamad berkata...

wsalam untie, harapnya macam tulah..moga mereka membesar menjadi anak-anak yang rajin menolong kami;)

Tihara, betul tu..nak kena asah sedari kecil lagi;)

zarin berkata...

bagus bagus haziq dah tunjuk sifat ringan tulang dari kecik lagi ;-)
keep up the good work boy!

maya amir berkata...

bagus..bagus..ajar dari kecik..nanti senang bile masuk asrama..heheh..jap..yg pompuan tu nombor 2 ye? kalau ye yg no 2 mmg slalu jadik mandur..mcm airell...heheh

Zaila Mohamad berkata...

Zarin, hehehe kadang2 je bila time angin rajin dia datang;)

Maya, a'ah..samerlah ngan Husna tu..tahu suruh abang dia itu ini aje;D

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^