Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 10 Disember 2010

Tips Macamana Nak Dapatkan Ikan Salmon Murah

Ok siapa suka beli barang pada harga murah, sila angkat keyboard..Saya!! Saya!! Mesti semua orang suka kan..Kalau tak suka, memanglah otak dia ni ada something wrong somewhere;D Ok, siapa suka ikan salmon sila angkat keyboard juga...Errr, takde?? Owh sangatlah rugi kalau tak suka sebab ikan Salmon ni banyak khasiatnya (boleh digoogle sendiri) & Zaila pon memang pencinta Salmon!! Boleh refer entri ini dan ini.

Kali ni Zaila nak share tips macamana nak dapatkan ikan Salmon pada harga yang murah. Kami memang selalu praktikkannya & ternyata memang berkesan. Tapi syaratnya haruslah rajin menapak sedikit, kalau malas..yang tu takleh nak tolong ah;D

Caranya of courselah kena rajin ke pasaraya Jusco yang berhampiran dengan rumah..hehehe..Kami ni memang hantu Jusco *tapi pada awal bulan sahaja* so kadang-kadang selepas je balik kerja, ambil anak-anak kami terus ke zaaasss ke Jusco & sudah tentulah Aeon Bukit Tinggi yang hanya beberapa minit dari tempat kerja mahupon rumah kami;)

Sambil-sambil tu jalan-jalan dulu cuci-cuci mata, makan ke, apa-apa jelah yang korang nak buat tapi make sure tepat pukul 9 lebih korang ke bahagian sejukbeku (tempat jual ikan tu) untuk survey-survey apa yang ada. Selalunya pekerja Jusco akan sibuk menulis potongan harga pada ikan Salmon tersebut..Masa ni mulalah buat-buat tanya "Errr, kenapa dapat harga murah sangat ni??" & mesti pekerja tu akan jawab "Kami nak habiskan stok untuk hari ni, semua ikan-ikan ni fresh lagi ni" So dengan rakus apa lagi..Ambiklah fillet Salmon yang berkenan di hati;)

Ini hasil rembatan kami;-

3 keping ikan Salmon pada harga RM20.36 (potongan 50%) so dalam RM10.18 untuk semua tu atau RM3.39 untuk sekeping ikan Salmon..Murah bukan!!!

sempat lagi merembat marinated lamb shoulder pada harga 50% less juga

Banyak lagi makanan lain yang dikurangkan harga tapi yang paling menarik perhatian kami adalah ikan Salmon ah..So, apa lagi..sila praktikkan tips ini ya;-)

Kami memang jarang makan nasi waktu malam..Selalunya inilah yang kami ratah;-

seafood platter anyone??^__^

6 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

lady pun suka giler dengan salmon.. rasa dia ala2 terubuk gitu kan hehe

Zaila Mohamad berkata...

Lady, jangan lupa praktikkan tips zaila bagi ni..hehehe

OneWan berkata...

yummm yummm.. cam kebetulan lak, arini pon kitorg makan salmon gak! :D tp lamb tu nmpak sodap..

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

salmon masak kari..sila try!!mmg sedap :)

Tie HT berkata...

sedap nya.. :)

Kotaro Minami berkata...

still bole apply ke tip ni..?

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^