Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 12 Disember 2010

Rahimah's Kitchen, Bandar Bukit Puchong

Bila membaca entry MrsAdam tentang Restoran ini, terus Zaila search di google untuk mengetahui lokasi sebenar restoran tersebut. Kebetulan semalam memang berniat untuk JJCM cakaplah malas nak masak terus perut berkeroncong bila saje melihat gambar nasi kerabu & nasi dagang di website rasmi Restoran Rahimah's Kitchen ni.

Dengan bantuan GPS & kebetulan juga kami pernah makan di sebuah restoran ayam kampung di sana, perjalanan ke restoran mengambil masa sekejap sahaja, cuma bila dah sampai di Bandar Bukit Puchong aje kami agak terkeliru tapi nasib baiklah terus pulang ke pangkal jalan & terus jumpa restoran tersebut (kalau tak, harus Zaila ke restoran ayam kampung dah jawab dia). Waktu kami tiba di sana tepat-tepat tengahari & of courselah perut sudah menyanyi-nyanyi lagu keroncong minta diisi;)

pemandangan di dalam Restoran Rahimah's Kitchen

tengok gambar makanan adalah sangat mengujakan

nasib baik tak ramai orang so sempatlah snap-snap gambar 

agaknya restoran ini masih baru lagi sebab macam ada gambar yang masih belum digantung sepenuhnya

Zaila order set nasi kerabu untuk empunya diri & set nasi kukus ayam berempah buat en suami & anak-anak (minta nasi tambah) manakala air pula adalah air bandung yang manis & air jus honeydew yang super gojes sedap!!

ini nasi kukus ayam berempah en suami punya

ini nasi kerabu empunya diri yang punya!!

Secara keseluruhannya, memang makanan di sini sedap & berpatutan dengan harga. Selain dari itu, mereka ada juga menyediakan masakan Pantai Timur yang lain seperti laksam, nasi dagang, ketupat sotong, nasi lemak ayam berempah, keropok lekor & juga makanan barat yang bila tengok gambar di menu rasa macam nak makan semua;)

harga pun boleh tahan juga


Zaila makan pulut panggang yang berintikan isi ikan bukan isi kelapa yang sungguh sedap!!

Jumlah keseluruhan makanan yang kami makan adalah cuma RM19 sahaja..Memang murah & berbaloi!! Pada sesiapa yang ingin mencuba masakan Pantai Timur, boleh berkunjung ke Restoran Rahimah's Kitchen di alamat seperti berikut;-

Rahimah's Kitchen
No.75, Jalan BP 6/3,
Bandar Bukit Puchong,
47120, Puchong,
Selangor

atau sila klik google map ini

6 ulasan:

Wan berkata...

telan air liur saya tngok nasik kerabu tuh!!

linahilmin berkata...

uiksss... murah nyaaaa!
harus kena masuk dlm my agenda coming weekend ni, dah lah mmg nak ke puchong utk checkup.. yey!

mrs adam berkata...

wah wah terus zass ke puchong cari nasi kerabu ye zaila.hehehe

Cikgu berkata...

alamakkk terliurnye...bleh ke saya nak add link blog zaila?

mohdandmeriam berkata...

salam zaila..eh..terliurnya nasi kerabu u tu..nasi kerabu siam ke yg tak ada tumis tu..nampak gaya kena gi makan nasi kerabu yatilah malam ni..

zailamohamad berkata...

Wan, rasanya memang sedap tapi kalo zaila masak laaaaaaaaagiii sedap *angkat bakullah pulak*

Lina, silerlah sila..i pon dah tahu kalo ngidam nak makan nasi kerabu leh p sini je;)

mrsadam, haruslah!! thanks for the entry;)

cikgu, sila-silakan add link zaila

wsalam untie, zaila xkira nasi kerabu siam ke, nasi kerabu apa pon zaila suka;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^