Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 9 Disember 2010

Deko Bersama IKEA

Malas nak cerita panjang sebab actually nak tengok "Donut" di channel Astro 104. Ingat lagi entri ni, nilah hasil kerja keras Zaila & suami yang terlalu suka pasang sendirik (do it yourself) barang-barang dalam rumah ni;-

Cermin & tempat letak toiletries ni semua kami pasang sendirik, berpeluh ketiak hubby!! Nasihat Zaila, carik cermin yang berpenjuru, senang untuk dipasang
Rail langsir ni pon kami yang pasang sendiri, kalau tak silap yang ni harganya dalam RM8.90 sahaja..Senang, main pakai sarung macam tu je langsir ni, takyah nak tempah-tempah langsir lawa, beli siap aje;)


Tempat untuk sangkut tuala, yang ni pasang dalam toilet & kalau tak silap harganya dalam RM69. Memang puas hati bila dapat pasang sendiri!!


Tapi yang paling best adalah rak rempah ratus ni;)

Lepas ni kalau ada sesiapa yang nak upah kami pasang peralatan di rumah korang, sila calling-calling ya;)

9 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

hehe kemas hasik keje zaila dan suami ye.. seronok n puas hati kan dapat pasang sendiri.. :)

Tie HT berkata...

mmg kemas je..pandai

Mdm MimaAzlina berkata...

amboi zaila..
takkan malam2 hari bertukang kot.. hehe.. nice..
tapi mmg best DIY kan.. rasa cam berbaloi segala penat lelah membuatnya

maya amir berkata...

zaila pasang sndirik camne? drill atau kasik lekat?

mrs adam berkata...

paling suka tengok nak rempah tu...

Lynn Abd Latib berkata...

samaler macam en papa kat umah..rajin sgt g ikea..baru nih beli bracket utk microwave..pasang sendiri,.drill bagai..nampak kemas gak!!

Zaila Mohamad berkata...

Lady, a'a..kami memang suka pasang sendirik je, bila tengok hasil rasa puas hati sangat-sangat;)

Tihara, thanks

i3na, hehehe bukanlah pasang tenah malam, gambar ni di ambil tengahari lagi cuma hapdet memalam je;D

maya, of courselah kena drill

mrs adam, kalau xsilap harganya dalam RM12++ untuk satu tu

Lynn, bravo untuk kita semua!!

phatgurl berkata...

akak guna drill brand apa dan berapa watt ye? kitorg ada satu tapi x bape power nak tebuk konkrit. plan nak beli sebijik lagi tapi x konfiden yg boleh tembus konkrit yg mana satu.

Zaila Mohamad berkata...

Phatgurl, akak pakai driller jenama Bosch tapi xtahulah pula berapa watt;D yang pasti mata driller nak kena tajam (baru)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^