Memang agak besar & dipenuhi dengan kedai-kedai mahupon kiosk-kiosk yang menjual pelbagai jenis barangan. Pendek kata memang "happening" ah berbanding dengan pasaraya Carrefour Bukit Rimau tu. Orang pon macam ramai je memenuhi pasaraya Giant ni, tapi tak tahulah kot-kot mereka juga sama macam Zaila iaitu ingin meninjau dulu keadaan di sana;) Bagus juga bila kediaman kita berhampiran dengan pasaraya sebab nanti bolehlah pilih pasaraya mana yang ada buat potongan harga. Contohnya kalau di pasaraya Giant susunya murah berbanding Carrefour, bolehlah singgah ke sana untuk membeli stok susu & begitulah sebaliknya. Zaila & famili memang kaki pasaraya pun, kalau hujung minggu tu tak sah kalau tak singgah menabur duit di pasaraya samaada Tesco mahupon Carrefour. Lagipun bukannya jauh & bertol pon so sambil-sambil bawa anak-anak bersiar, kami suka meninjau harga barangan di pasaraya tersebut *kalau murah tu terus beli sampai 2* Sampaikan Econsave depan rumah kami tak pandang dah;D
Jom layan gambar-gambar yang sempat diambil di Giant Kemuning;-
rugi tak pergi pada hari pembukaan, dengar cerita ada barang serendah 10 sen harganya!!
ada Restoran Subway kat sini;)
pasaraya di bahagian atas bangunan
ada peraduan juga bermula 02/12/2010 ~ 31/01/2011
ramai juga orang dekat Subway tapi malas nak masuk memandangkan kenyang lagi masa tu;)
butik pakaian pun banyak juga~ni yang best ni
di hadapan jalan masuk pasaraya Giant ni ada restoran berkembar Pizza Hut & KFC
paling best dibuka 24 jam tuuuuu
Alhamdulillah, Zaila bersyukur juga berpeluang beli rumah dekat dengan banyak kemudahan seperti pasaraya, hospital, sekolah, bank & macam-macam lagi. Pendek kata harga hartanah di kawasan ini sudah mencanak-canak naiknya. Suasana di sini pon tidak begitu sibuk dengan kesesakan jalanraya so memang best sangat-sangatlah bila keluar bersiar-siar. Baru je check harga kediaman Zaila yang sudah menghampiri harga RM300k, itupon rumah yang kecil..Kalau yang besar & lawa-lawa & gated haruslah cecah RM800k ke atas..Huhuhuhu..Apa-apa pon, berharap yang suatu hari nanti mampu membeli sebuah rumah kediaman yang menepati citarasa Zaila *rumah sekarang menepati tahap kewangan aje*
kediaman di kawasan Kemuning Utama yang berpagar *insya ALLAH*
7 ulasan:
sini ramai dah kurang gi giant..ramai sebok nak gi tesco sbb harga kat giant compared to tesco..tesco lagik murah..tapi tulaa kene bijak memilih..:)
cepat harga umah naik kan?:)
zaila
janji ada umah sendiri :) tuh yg lebih penting!!
Maya, tulah kadang2 ada benda murah d giant tapi mahal d tesco & begitulah sebaliknya..a'a, rumah sekarang mencanak-canak naiknya;)
Lynn, alhamdulillah..home sweet home ya gituuu
zaila, takpe...hidup ikut poket lebih baik dari ikut hangin kita. hehehe....so cam lyn cakap...as long as ada umah sendiri. itu sudah memadai kan. chewah...sentimentel plak.
ada Subway...bestnya!
rumah sy pun kecik je. tp yg penting, keluarga bahagia :)
amalina, agree with you..apa2 pon kebahagiaan dunia akhirat yang dicari;)
babe...best ek giant KU tuh...C4 bukit rimau x ramai org pun kan.....dah la mahai..beli huggies Hana..harga melampau....satu pek sampai 47 inggit...food court pun x best food dia...
semlm cakap kat hubby..lps nih leh kita susun beli brg dapur kat Giant, Tesco, C4 n Econsave..kekekekekeke
rumah kat kemuning utama x ada chance la nak beli skrg......paling murah pun 500k..sobbbbbb
Catat Ulasan