Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label not so so so happy moment in my life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label not so so so happy moment in my life. Papar semua catatan

Selasa, 6 Disember 2011

Ahkak Nak G Dusun Yo!!!

Bukan ke dusun doriyanlah yang..tapi ke Dusun Eco Resortlah yo!! *nak jadik rapper ke asek asek yo*

Selangor cuti 3 hari minggu ni sempena keputeraan DYMM Sultan Selangor which is fall on Sunday so best bila drag cuti sampai Isnin;) Dikesempatan itu, office aku ada anjurkan kursus ala-ala motivasi kepada semua staff wanita kat sini..Alah, tak ramai pon tapi dari awal-awal lagi kami disuruh tandatangan pada yang berminat nak pergi..Macam biasalah aku gedix melebih nak pergi juga *dasar tak sedar diri dah tua anak 3* tapi konfemlah tak boleh nak bawa laki & anak kan..Masa tu ahkak tak kira, best je rasa bila fikir sesekali dapat ke luar negara masuk hutan segala..ala-ala feel close to nature gitu..

Tapi makin dekat makin rasa macam tak nak pergi..huhuhuhu..First of all, of courselah sebab faktor usia kan *uhuk uhuk* Seingat aku, kali terakhir aku join benda-benda macam ni back when i was in UPM semester 1 yo!! Bayangkan betapa bertenaganya aku masa ni..Kalau tak silap masa tu kursus BTN (Biro TataNegara) buat kat Bukit Keluang Besut..dalam-dalam tak nak tapi terenjoy juga;-) Masa tu seronoklah sebab ramai kawan-kawan sebaya..Kalau sekarang..herm..boleh kira berapa orang yang sebaya ngan aku *uhuk uhuk* so aku rasa amatlah tak sesuai kalau aku nak panjat memanjat, berkayak segala T______T" Kalau set bujang konpemlah suka, siap cadangkan bermalam 2 malam kat situ..huhuhu

Aku cuba membayangkan yang aku akan enjoy this weekend but i guess i'm not..Seriously aku takde mood, malas nak fikir sebab aku rasa aku dah membazirkan 3 hari cuti doing the thing that i don't like it / enjoy it..Kalau kursus "Macamana nak shopping / Seharian di KLCC or whatsoever" mungkin aku boleh pertimbangkan lagi kot:P Tapi this kind of activity..herm...Malas nak cerita;(

Tambah sedih bila patutnya aku boleh luangkan cuti aku ni balik kampung jumpa mak ayah aku..Seriously macam dah lama sangat tak jumpa diorang *kali terakhir balik pon raya pose dulu* Herm...stupid me..Kalaulah aku tak gatal bagi nama masa tu;(



Naseb baiklah 2 hari 1 malam aje..Herm...

Moral of the story : Jangan gatal nak ikut orang..baik fikirkan diri sendiri & famili aje..bila dah WAJIB pergi, nak kansel pon takde guna..kenalah pergi sebab kompeni dah bagi komitmen bayarkan semua..Lepas ni kalau ada lagi..konpem aku tak nak..biarlah orang kata kera sumbang ke apa, aku dah tak layak nak sertai benda-benda macam ni...ahkak dah tua yo!!

Isnin, 4 Julai 2011

Al fatihah Buat Makcik Yam

Selama ni, Zaila tertanya-tanya juga mana kelibat Makcik Yam yang selalu singgah bertanyakan khabar anak-anak Zaila. Zaila sendiri pun kali terakhir menjengah blog beliau pada bulan berapa dah & pelik juga bila melihatkan blog itu sudah lama tak berupdate..

Rupa-rupanya, baru je dapat tahu dari Wan yang Makcik Yam (ibu mertua kesayangan Wan)telah pun kembali ke rahmatullah pagi semalam. Terkejut, sedih & air mata ni memang laju je mengalir. Walaupon hanya kenal arwah sekadar di alam maya tetapi terasa seperti sudah agak lama mengenali arwah. Zaila harap agar kawan-kawan dapat menghadiahkan bacaan al fatihah & semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Boleh baca entri ini, ini, ini dan ini. Sesungguhnya pemergian arwah memang dirasai..

Jumaat, 22 April 2011

Movie Review : The Blind Side

Bila aje Zaila terlihat iklan cerita ni di channel HBO last week, i said to myself "i must watch this movie!!". Alah, bukan cerita baru pon, dalam sekitar 2009 tapi this movie is based on true story of Michael Oher "Big Mike" (Quinton Aaron) a homeless and traumatized boy who become an All American Football Player with the help of generous lady Leigh Anne Tuohy (Sandra Bullock). source from here.





Awal-awal cerita memang sedih bila ia menceritakan tentang Big Mike yang homeless tapi cukup semangat untuk ke sekolah & minat dengan bola. Memandangkan tubuhnya yang besar telah menarik minat coach Burt untuk memasukkannya ke dalam football team tapi masalah besar apabila Big Mike ni terlalu lemah dalam akademik yang tidak melayakkan dia untuk bermain di dalam team football tu. Sedih sangat bila ada scene tu dia berjalan dalam hujan bawa beg plastik & hanya menumpang tidur di kedai dobi & gym sekolah sebab Big Mike tak suka balik ke rumahnya iaitu somewhere di tempat yang dihuni oleh orang yang bermasalah. In fact, his mom was a drug addict & tak ingat pon siapa ayah Big Mike yang mana satu.





Sedih ok..Awal-awal lagi Zaila dah menitiskan air mata because he reminds me of my cousin. Eh bukan nak cakap cousin Zaila homeless tapi badan cousin Zaila ni lebih kurang Big Mike ah juga & how i miss our childhood. He also quite lembab among his siblings & memang betul-betul teringat kat dia lah. Nowadays ni, Zaila dah jarang sangat berjumpa dengan dia & kalau jumpa pon, there's nothing that we can talk...maklumlah masing-masing dah sibuk dengan urusan keluarga masing-masing kan..



Eh, sambung cerita pasal Big Mike ni. Sampailah dia berjumpa dengan Leigh Anne yang kesian kat dia lalu menumpangkan dia bermalam di rumahnya. Leigh Anne ni seorang kaya & tengoklah gayanya, dengan handbag Gucci, bawa BMW 5 series, owh..cukup bergaya..Tapi yang bagusnya keluarga Leigh Anne ni semuanya baik-baik & sejak Big Mike menumpang di rumahnya, Leigh Anne telah bertekad untuk mengambil Big Mike secara sah & bermula di sini bermacam cara telah digunakan oleh Leigh Anne untuk membantu Big Mike menaikkan CGPA akademik Big Mike.



Secara keseluruhannya, this is a happy ending movie *walaupon a bit sad in the beginning* & agak bosan bila banyak adegan lawan bola amerika ni..Kalau macam kami ni, memang tak faham apa pon pasal game tu;D



Apa yang Zaila nak kongsi adalah tentang ketulusan hati Leigh Anne ni. Walaupun Big Mike ni orang kulit hitam & berasal dari kejiranan yang miskin, tapi itu tidak menjadi halangan untuk membantu Big Mike. Memang pada mulanya kawan-kawan Leigh Anne (yang kaya) ada menyindir tindakannya tapi Leigh Anne dengan tegas telah bertekad yang tiada apa dapat menghalang dia dari terus memberi kasih sayang kepada Big Mike. Alangkah bagusnya kalau semua manusia di dunia ini mempunyai sifat macam Leigh Anne ni kan?? Tidak mengambil kira warna kulit, darjat, harta & paras rupa sebagai ukuran untuk sebuah persahabatan.



Well, Zaila dulu masa kecil-kecil (when i was in primary school to be exact), i always feel that i'm the ugly duck dalam kelas. Seriously because at that time muka Zaila ni tidaklah secerah orang lain (dah nak buat macamana kan..keturunan) & tipikal orang kampung & sesetengah cikgu akan bagi layanan pada awek-awek cun dalam kelas (taraf awek cun orang kampung adalah budak perempuan yang datang haid awal & muka pula cerah & nak-nak kalau mak bapak diorang penjawat kerajaan seperti posmen atau nurse). So kat sekolah Zaila tu adalah seorang cikgu Bahasa Inggeris (lelaki) yang Zaila namakan dia sebagai Sir A..Well, mulut dia ni sangat-sangatlah cabul / suka cakap main lepas aje & ada one thing yang Zaila tak suka kat dia sebab dia ni lebih kurang gatal r juga.



Dulu, mak Zaila pernah bekerja di kantin sekolah Zaila & dia pernah menceritakan balik pada Zaila yang ada seorang cikgu lelaki cakap dekat Zaila sebagai "anak kel*ng mano tu?" when he first saw me at the canteen. Boleh bayang tak macamana perasaan seorang ibu bila mendengar anaknya digelar macam tu?? Maybe at that time dia tak tahu yang mak Zaila ada kat situ tapi itulah..Kalau sekarang nak je cakap kat Sir A ni supaya cakap tu jangan main lepas aje, tengoklah kiri kanan dulu!! Sir A ni juga merupakan jurulatih rumah sukan Zaila & masih ingat lagi yang Zaila tak pergi latihan sukan & then esoknya dia panggil semua orang yang tak datang masuk ke kelas Tahun 6 & you know what?? Dia start cubit di perut masing-masing termasuklah Zaila. Cubit pula bukan dari luar tapi masukkan tangan dalam baju kita. Boleh imagine tak betapa malu (sebab itu kelas jiran Zaila) & masa tu memang murid-murid cukup takutkan cikgu..Kalau sekarang, mahu Zaila buat report yang Sir A ni dah buat "sexual harrasement" dekat pelajar. Betul tak??



Actually banyak sangat perangai Sir A ni yang menyakitkan hati bila dikenang kembali tapi biarlah..semuanya sudah berlalu & Zaila takde simpan perasaan dendam pun cuma kecewa sedikit dengan mentaliti dia yang begitu pentingkan luaran sahaja. Even dia add Zaila dalam facebook pon Zaila accept sebab Zaila nak suruh dia tengok "inilah anak Mok Limah yang suatu masa dulu dia cakap anak kel*ng"..Aaah, sudah cerah sedikit yaaa?? Maklumlah, zaman dulu mana ada duit nak pakai fair & lovely kan;D



Paling tak suka bila everytime balik kampung, kalau pergi ke pasar Ramadhan tu mulalah jumpa makcik-makcik yang keypoh tanya "ngajar kat mana??" Agaknya diorang ingat semua orang kampung tu asal keluar dari kampung je sebab pergi mengajar jadi cikgu;D Tapi it's ok, selamber je Zaila jawab "Dok eh, kito kijo kilang jah" & then boleh tengok muka diorang berubah..Hahaha..Seb baik Zaila dah kahwin, kalau tak..mahu diorang tak buat menantu;D



Ops, melalut sampai ke mana dah Zaila ya..Memula nak buat reiew movie je tapi tak disangka tersingkap memori lalu pula..Sorry yaaa..Takde niat pun nak tuduh mentaliti orang kampung Zaila ni maam tu..tak semua orang berfikiran macam tu..Agaknya orang-oang yang duduk dekat hulu-hulu je kot sebab line internet kan tak sampai kat situ *so how come nak wujudkan email 1Malaysia ni??* so jangan marah ya..cheersssss



*Happy Weekend folks*











Sabtu, 17 Julai 2010

Kesian Nur Ameera Husna

Sorry for the long silence. Nak wat camne, mood berblog pon entah ke mana. Agaknya Zaila dah ketandusan cerita kot. Hahaha. Bukan ketandusan, actually banyak sangat nak cerita tapi semuanya berkaitan pasal rumah, bisnes, rumah, bisnes so tak naklah korang jemu baca kan;D

So cara paling senang adalah menghimpunkan semua cerita dalam satu entry. kan senang;) baca jek & semua kategori pon ada. Pasni tengoklah mood Zaila, kalau rasa ok akan berupdatelah blog kalau tak..Biarkan aje berhabuk kat sini;D

Ok, kita mulakan tentang anak-anak buah hati pengarang jantung Zaila. 6hb yang lepas adalah birthday anak bongsu setakat ini Zaila. Hari-hari abang dia yang sibuk menuntut janji mama untuk belikan kek untuk mereka (birthday gurl takde pon sibuk-sibuk nak kek tapi abang dia lak yang lebih) so petang Sabtu yang lepas kami ke Secret Recipe's beli choc indulgence;) Tapi kami beli 4 slices je memandangkan kami ni kedekut tak suka sangat makan kek (walaupon kek itu sedap giler) *saje je saikokan otak supaya tak beli the whole kek*

Haziq macam biaserlah over giler nak tiup lilin. Agaknya sampai basah kot atas kek tu kena tiup dengan dia & for birthday gurl pula, macam biaserlah buat muka control je *seb baik dia tak reti tuntut hadiah lagi*
sekarang ni pantang lalu depan SR, memang akan tuntut kek!!
kan muka birthday gurl yang sangat control ayu;D *tu bukan tangan i ya, tangan i tak banyak bulu;D*

kek budget;D

Owh, pagi tu juga anak dara Zaila terjatuh depan bilik air. At first kami ingatkan jatuh biasa je tapi pastu baru persan yang kaki Ameera tak boleh nak jalan. Mungkin ada urat yang terseliuh kot. Tapi masa tu kami fikir yang Ameera hanyalah mengada-ngada & mahukan perhatian *like always* so kami just sapu minyak angin & suruh dia berjalan macam biase aje (teruk kan)

Tapi hari ni setelah hampir seminggu kejadian tu berlaku, Ameera masih tak daat berjalan dengan baik. Cikgu taska mereka cadangkan agar kami bawa Ameera pergi berurut. Mula-mula tu cuak juga kan sebab maklumlah kami ni tak reti sangat benda-benda yang melibatkan urut-urut ni, especially budak. Takut terjadi apa-apa yang makin teruk je. Tapi bila fikirkan keadaan Ameera yang berjalan terjungkit-jungkit, kami gagahkan diri pergi juga.

Memang sahlah urat kaki Ameera terkehel sedikit. Salah kami juga yang membiarkan benda ni berlarutan. Sepatutnya the day Ameera jatuh lagi kami kena bawa Ameera jumpa pakcik ni so that dia boleh betulkan terus tapi be me yang memang tak tahu sangat pasal urut mengurut & tambah pula tak kenal sesiapa yang boleh dipercayai, so kami malas nak fikir sangat pasal benda tu.

Mama really-really sorry my dear;(

Lepas je pakcik tu betulkan urat, nampak Ameera makin confident melangkah. Insya Allah, kalau masih nampak teruk kami akan bawa ke hospital untuk menjalankan proses x-ray. Doakan moga anak dara Zaila akan cepat sembuh je;)

Bercerita tentang rumah pula, haritu Zaila ada bagitahu kan yang projek membuat wiring bersama BIL akan disambung so minggu lepas juga kami ada memasang lampu spotlight kecil (warna putih) untuk dihalakan di dinding yang ada wall paper tu. Memang kawasan situ agak gelap so dengan adanya sedikit cahaya akan menyerlahkan kecantikan dinding tersebut. Paling tak tahan bila sanggup tukar mentol dari lampu kuning ke warna putih. Over taksub putih kan?? hahahaaa
Lepas tu kawasan bawah tangga pula kami letakkan mentol (pon warna putih) juga. Actually bawah tangga tu dah berfungsi sebagai butik Mari Kelih Zaila dah. Iklan sat : Sesiapa yang berminat untuk berniaga tudung, bolehlah contact Zaila ya (email : zailamohamad@yahoo.com)
cakap je nak kaler apa & corak apa;)
pilih jangan tak pilih
jangan risau, patung tu dah takde kat situ dah;D

Bercerita pasal biz Zaila pula, ada banyak cerita mahu dikongsi. Ada yang manis & ada yang pahit. Tapi takderlah pahit sangat tapi masih agak sakit hati juga bile memikirkannya. Tapi kita kongsi yang manis dulu. Sebelum tu, Zaila nak iklan sat : "Pada sesiapa yang ingin menjual hanger tudung ala IK.EA tu, bolehlah dapatkannya dengan Zaila pada harga yang berpatutan"
Percaya atau tak, hari ni Zaila mendapat sale RM2100 dengan menjual hanger tudung ini SAHAJA. *Alhamdulillah syukur nikmat* So while benda ni masih hangat di pasaran, please grab this golden opportunity before someone else grab it!! Tak kisahlah korang ada di mana pon tapi selagi ada minat untuk berniaga, anda pasti akan berjaya;-)

Ok, berita kedua gembira juga insya ALLAH sempena Ramadhan ini Zaila akan membuka booth di Bazaar Ramadhan Summit (tapi booth # & lokasi masih lagi dalam perbincangan until further notice). Tak sabar rasanya. Harap-harap tahun ni adalah sedikit habuan untuk Zaila & hubby (orang paling kuat), untuk emak (penyuntik modal), untuk abang Lan & kak Asy (penyuntik semangat), arggghhhhh..Pendek kata semua oranglah!! Ramadhan kan bulan yang penuh berkat. Insya Allah juga setiap RM1 dari jumlah pembelian semasa bulan Ramadhan akan didermakan kepada mereka yang memerlukan. So sambil membeli sambil beramal. Detailnya akan Zaila sediakan nanti sebab masih menunggu maklumat daripada ustaz yang bertanggungjawab;-) *Tapi jangan ingat dengan membeli barang Zaila pula korang boleh menderma, so tak kisahlah kalau tak nak beli pon* Cuma Zaila memang dah niat awal-awal lagi ni, nak sedekahkan RM1 dari setiap pembelian kepada mereka yang memerlukan. Insya Allah.

Ok, berita sedih pula, Sepanjang hampir 2 tahun terlibat dalam dunia perniagaan ni, akhirnya Zaila terkena juga. Terkena apa tu?? Bukan ilmu hitam *Ya Allah, minta jauhkan perkara sebegini* tapi kena tipu. Tapi Alhamdulillah tak banyak pon (tak sampai RM200 pon) cuma agak terkilan jugalah sebab yang PENIPU besar ini adalah orang Melayu yang juga penganjur GT Bazaar yang pernah Zaila sertai sempena Pesta Buku & Youth10 dahulu. Sepatutnya Zaila akan berniaga di PWTC hujung bulan ni sempena Tilawah Al-Quran Antarabangsa tapi dek kerana si organizer yang lebih dikenali sebagai Berrybunch ni atau dalang keparatnya yang bernama Adlin Abu Bakar ni telah menipu orang PWTC lebih kurang RM50k dengan memberikan cek tendang, so segala bazaar-bazaar lain juga telah dibekukan *setakat nilah, tak tahu pula kalau ada juga*

Herm, nantilah Zaila buat entry khas so that all of you boleh ambil pengalaman dari apa yang telah terjadi ke atas Zaila. Tapi nak kena karang ayat baik punya supaya Zaila tidak menyumpah seranah si Adlin Abu Bakar tu. It's ok kalau dia nak larikan duit Zaila & partner yang seciput tu, tapi kesian pada mereka yang bayar mahal-mahal untuk dapatkan booth di situ. Kalau tak silap Zaila, kali terakhir Zaila masuk web mereka (sekarang ni dah tak boleh masuk sebab dah disuspend perkhidmatan) harga sewa setiap booth ada yang cecah puluhan ribu memandangkan waktu bazaar itu dijalankan adalah sempena Tilawah Al-Quran Antarabangsa. Kesian kan..tapi nak buat macamana, pelbagai usaha sedang dilakukan untuk mengheret si Adlin ni ke muka pengadilan so let just pray that orang macam ni tak akan terlepas dari hukuman yang sepatutnya dia terima.

Oklah, jam pon dah menunjukkan 3 pagi. I guess i better go to sleep now. Harap-harap malam ni mimpi idea untuk update blog esok;D

Rabu, 19 Mei 2010

Tutup Blog

Pernah tak kawan-kawan terfikir untuk menutup aje blog kawan-kawan?? Tak pernah ek?? Agaknya Zaila seorang jelah yang dilanda virus "ingin menutup blog"..Hehehee

Entahlah, of late ni Zaila rasa macam sudah tidak ada apa yang menarik untuk dikongsikan. Bukan tak ada cerita yang menarik tapi entahlah..mood untuk berblog tu sudah hilang entah ke mana..Dulu bukan main semangat lagi, tapi sejak dua menjak ni..Agaknya mood berblog sudah tertinggal di rumah lama kot??;D

Well, Zaila nak tanya kawan-kawan ni, patutkah Zaila tutup aje blog Zaila yang dah nyawa-nyawa ikan ni. Pada mereka yang pernah menjadi silent reader Zaila, speak out your voice, tunjukkan diri anda..Tolong bagi semangat kat Zaila yang lemah ini;( Apa-apa cadangan mahupon kata-kata semangat amatlah dialukan..Tapi kalau nak kutuk pon boleh juga * kasi Zaila semangat sket *

Herm..apa-apa pon, Zaila nak berdiam diri dulu * silent is better than talking right now *
Tengoklah camne..Zaila rasa every blogger will face the same situation as me..Bila dah kekeringan idea, bila dah tak ada semangat, bila dah bosan dengan orang sekeliling yang suka bercerita tentang kita, bila dah bla bla bla..macam-macamlah alasannya..so guys, what do you think?? should i or should i not??

Ahad, 8 November 2009

~~Hari Yang Penuh Emosi~~

Memang hari ini hari yang penuh emosi bagi Zaila..Buka je facebook, rata2 orang dok sumpah seranah penyokong Kelantan..Memanglah diakui, Zaila pun malu dengan tindak tanduk segelintir penyokong Red Warriors tu tapi janganlah terus menghukum semua penyokong Kelantan dengan mengeluarkan kata2 yang kesat..Contohnyalah kan, ada yang cakap penyokong Kelantan perangai macam beruklah, kera sumbanglah, takde otaklah..huh sungguh takde insurans mulut diorang ni!!! Memanglah kata2 itu DITUJUKAN kepada penyokong Kelantan yang tak profesional tu tapi at least fikirlah sikit perasaan kawan2 kita kan ai lah tu..Huhuhuhuhu..seb baik mak bapak Zaila tak pernah ajar cakap kasar walaupon dengan orang yang sakiti hati kita so takperlah, Zaila diamkan aje..walaupon hati ini sedikit sebanyak terguris;(

Biaserlah tu, adat bermain..ada yang akan menang dan ada yang akan kalah..Zaila pon terkejut juga dengan perangai tak bermoral tindakan penyokong Kelantan tapi tak adalah sampai nak kutuk2 bodoh bangang segala & of course andaikata penyokong N9 juga melakukan yang sama, Zaila tak akan post kat fb ke tweeter ke mengutuk tindakan mereka..yang sudah tu sudahler..malas nak fikir atau baca komen2 tak membina dari "mereka"..

Dek stress punya pasal, hubby mengajak Zaila & anak2 keluar cuci mata bersiar2 di Jusco Bukit Tinggi..dapatlah mengubat lara di hati ni walaupun sekejap..Sampai aje, kami terus mencari kasut baru untuk si kecil Ameera..Maklumlah kasut lamanya sudah tidak muat walaupon hanya beberapa kali aje dipakai;) cepat sungguh anak dara Zaila membesar!!!

model tengah buat catwalk;)

kali ni beli saiz yang besar sket..kalo pasni tak muat juga, beli selipar jepunlah kasi Ameera;)

Upin ngan kembarnya;)

Abang Amirul yang tengah kacau daun adik catwalk

Hi, nama saya Ameera!!!

semua benda dia nak sentuh!!

Pastu g jenjalan cari makan..beli lagi unagi..nak kulit cantiklah katakan;P

Haziq ngan mata stimnya;)

Memandangkan mood sudah lewat petang, kami terus balik ke rumah..Niat hati untuk menderma mencari seluar kerja pasal seluar banyak tak muat dek kerana makin gemok terpaksa dibatalkan aje..Mungkin hari lain aje..Tunggu mood bertukar ceria semula;)

Pada kawan2, jangan terasa ya..Emosi Zaila tak berapa nak stabil ni..pada orang Nogori, tahniah diucapkan!!! Walau ape pon, go more Kelate go more!!!

Khamis, 6 Ogos 2009

Jiwa Kacau..

Zaila tengah merajuk ngan hubby ni..pasai tu jiwa kacau..tapi dia ngan senang hati jer bole p office buat keje..argghhhh!!! geramnyer...

Jumaat, 26 Jun 2009

Sakit Hati..

Hari ni terasa hangin sangat2..makin hari makin meluat tengok muka orang tu..rase macam nak berenti jek..tapi aperkan daya bila kenangkan anak2..aku gagahi jua..tapi memang serious aku dah xtahan dengan perangai orang tu..sengal!!!!!

Nak update blog pon xder mood!!!!

Sabtu, 9 Mei 2009

Muhasabah diri..

Sajer nak post artikel2 ini..boleh ambik sebagai panduan & pengajaran..nowadays i'm also learn so many things..never trust someone who is close to you but i guess nobody is perfect in this world..so do i..so better baca artikel ini..amik pengajaran disebaliknya..
this article was taken from the internet;

MENJAGA LIDAH!!!

Pada pendapat saya, sikap yang paling penting sekali buat masa ini adalah MENJAGA LIDAH. Dari lidah terbit segala-galanya. Kemanisan dan kepahitan. Kita tidak mempertikaikan andainya yang terbit itu adalah kemanisan. Tetapi kita mempertikaikan andainya yang terbit itu adalah kepahitan. DAN KEPAHITAN ADAKALANYA MENGAMBIL TEMPOH YANG LAMA UNTUK DIMANISKAN SEPERTI SEDIA KALA.

Sikap inilah yang amat penting (MENJAGA LIDAH)khususnya para pendakwah yang berada dalam arena politik tanah air. Untuk makluman kita semua, setiap orang Islam adalah pendakwah!!! Pengalaman saya melihat dan anda semua melihat sendiri dengan mata zahir dan batin bahawa di arena politik, beberapa PERADABAN yang dianjurkan oleh Islam seolah-olah terlepas kebelakang. Masing-masing ingin menegakkan kebenaran 'pasukan' sendiri hinggalah terlupa peradaban Islam. BURUK SANGKA, MENGUMPAT, MERENDAH- RENDAHKAN SESEORANG, MEMFITNAH DAN LAIN-LAIN SIFAT MAZMUMAH BERLELUASA DALAM ARENA POLITIK. Sedar atau tidak ahli keluarga, sanak saudara, kawan-kawan,teman rapat dan sebagainya yang kita amat kenali telah melakukan perbuatan yang menyalahi peradaban yang dianjurkan Islam. Tetapi, apakah peranan sebenar kita menangani/mengambil berat masalah umat ini?

Saudara kita Rizal telah menyebut:
"Tanggungjawab minimum untuk tidak mencederakan saudara kita dengan tangan dan lidah bukan hanya untuk saudara semazhab, sealiran, sekumpulan dengan kita tetapi adalah untuk semua yang tergolong di dalam keluarga besar umat Islam."

Benarlah kata-kata saudara Rizal di atas. Yang haram tetap haram. Kalau mengumpat, mencaci, menghina, memfitnah itu dikatakan boleh/harus dalam arena politik maksudnya sesiapa yang terlibat(berkata tersebut) masih tidak memahami Agama Islam yang sebenar! Atau sudah faham tapi buat tidak tahu!!! Atau memandai-mandai mengatakan dia tahu hukum-hakam itu ini!!! Ini adalah salah satu masalah yang amat besar dalam masyarakat kita sekarang. Iaitu apabila yang tidak tahu hukum hakam dengan rasa bongkak dan sombong berani melanggar peradaban Islam yang suci lagi murni... Allah menyuruh kita bertanya kepada yang arif/alim/ilmuwan dan lain-lain istilah sekiranya kita tidak tahu akan sesuatu perkara. Adakah bertanya kepada seseorang itu melambangkan kita ini bodoh? Orang yang bodoh adalah orang yang mengaku dia sudah pandai!!! Bertanya adalah salah satu cabang ilmu. Mengatakan tidak tahu itu juga adalah salah satu cabang ilmu. Oleh itu jangan memandai-mandai mengatakan kita tahu itu ini sedangkan HATI kita mengetahui akan hakikat kelemahan dan kekurangan diri.

Semua umat Islam MESTI ingat bahawa Allah yang mengawal kita. Allah adalah tuan kita dan kita adalah hamba kepadanya. Jangan kita memandai-mandai naik kepala TUAN! Jangat ingat bahawa apa yang kita buat, tiada yang salah. Terpelihara segala-galanya.

Di sini dilampirkan sebuah cerita berkaitan tentang 'menjaga lidah'. Pada satu ketika, ada sekumpulan pendakwah Ikhwan Muslimun sedang berbual-bual. Tiba-tiba salah seorang dari mereka menyebut sesuatu yang memburukkan sahabat mereka. Maka seorang rakannya berkata: "wahai sahabatku, pernahkah engkau berperang di medan jihad(sekian) dan (sekian) ". Jawabnya: "Belum ". Tanyanya lagi: "Pernahkah pula engkau berperang di medan jihad (sekian) dan (sekian)". Jawabnya lagi: "Belum". Maka kata rakannya lagi: "wahai sahabatku, engkau belum pernah pun melukai seorang kafir, tetapi engkau telah pun melukai seorang muslim".

Dan Imam Malik Rahimahullah telah berkata mafhumnya : "Manusia ini tidak ma'sum(tidak terpelihara dari buat kesalahan)kecuali para Rasul dan Nabi. Setiap percakapan/kalam manusia diambil dan ditinggalkan melainkan penghuni kubur ini(Nabi Muhammad s.a.w)" - ketika itu beliau(Imam Malik) sedang mengajar di dalam Masjid Nabawi, Madinah Al Munawwarah.

Akhir kata, marilah sama-sama kita berusaha memperbaiki kelemahan dan kekurangan masyarakat yang bermacam-macam tabiat ini. Memperbaiki dengan "berhikmah" dan bukan dengan "bermegah" !!!!!

Selain itu, boleh baca artikel ini;


Dalam kehidupan sehari-hari, tidak jarang kita menemukan orang yang panas dan tidak tenang hatinya ketika melihat saudaranya, temannya, tetangganya atau orang lain memperoleh suatu kenikmatan dunia. Bahkan, kemudian berharap agar kenikmatan itu hilang atau hancur. Ia tidak senang dengan kebahagiaan orang lain. Dalam Islam, sifat tercela ini disebut dengan hasad (dengki). Imam Al chazali mendefinisikan hasad dengan “membenci suatu nikmat dan senang manakala nikmat itu hilang dan pemiliknya” (lhya’ ‘Ulumuddin 111/277).

Bahaya hasad
Begitu besar bahaya hasad, maka Allah swt dalam ayat di atas memerintahkan Rasul-Nya, Muhammad saw untuk berlindung kepada Rabbul Falaq (Tuhan yang Menguasai Subuh) dan kejahatan hasad. ini juga isyarat bahwa Nabi saw dan siapapun yang menyeru kepada kebaikan (da’i) pasti ada yang memusuhinya dan pasti ada yang hasad (dengki). Sementara ketenangan, ketenteraman, keselamatan hanya dapat ditemukan ketika selalu berada dalam dekapan Rabbul Falaq, Allah swt. Maka, ayat tersebut diawali dengan, Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasal Subuh” (QS Al Falaq [113]: 1).

Karena itulah, berdasarkan ayat tersebut para ulama bersepakat bahwa hasad itu hukumnya haram. Di saat menafsirkan ayat di atas, Imam lbnul Qayyim —rahimahullah- mengatakan, “Renungkan pembatasan Allah swt terhadap pelaku hasad dengan firman-Nya “ldzaa Hasad” (apabila ia dengki). Sebab, boleh jadi seseorang memiliki rasa hasad (terhadap orang lain), tetapi ia sembunyikan sehingga tidak berdampak negatif secara langsung terhadap orang tersebut.

Hasan Al Bashri pernah ditanya, “Apakah seorang mukmin itu juga hasad? Beliau menjawab, Apa engkau lupa apa yang terjadi pada saudara-saudara nabi Yusuf AS (yang hasad terhadapnya) ..“ (Badaai’u’t Tafsir, V/423-424).

Artinya, penyakit ini bisa jadi menimpa seorang mukmin disaat imannya turun dan lemah Juga didasari oleh larangan Rasulullah, “Jangan kalian saling membenci, saling hasad dan salirg membelakangi. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara” (HR Bukhari VIll/33). Bahkan, saking bahayanya, hasad dapat mer— berangus dan menghapus pahala semua kebaikakebaikan seseorang yang telah dibangunnya sekian lama.

Berarti shalat kita, puasa kita, sedekah kita, kerja dakwah kita, kebaikan kita terhadap anak, istri da keluarga kita dan kebaikan-kebaikan lainnya yang tela kita dirikan dalam kurun waktu yang sama, bisa hancur dalam waktu sekejap hanya dengan hasad!
Rasulullah telah menegaskan hal itu denga sabdanya, “Waspadalah kalian terhadap hasad. Sebab hasad itu memakan semua kebaikan sebagaimana api yang membakar kayu bakar” (HR Abu Dawud no. 425

Sebab-sebab hasad
Ada banyak faktor yang meyebabkan seseorang jatuh ke dalam hasad, di antaranya:
1. Kelapangan dunia dan berlomba-lomba mengejar dunia
Ketika dunia dilapangkan dan dimudahkan manusia, sementara mereka mengabaikan rambu-rambu syariat dalam berinteraksi dengan dunia, maka dengamudahnya mereka terjerumus dalam pertarungan perebutan dunia yang menggiringnyä kepada sifat hasad.

lnilah yang disindir oleh Rasulullah di hadapara sahabatnya, “Jika dibukakan atas kalian baras- Persia dan Romawi (atau dengan bahasa lain; kalian dimenangkan atas bangsa Persia dan Roma maka bagaimana sikap kalian?” Abdurrahman : - Auf ra menjawab, “Kami akan mengucapkan syukur sebagaimana yang Allah perintahkan kepada kami (yakni, kami akan memuji-Nya, bersyukur kepada-Nya dan memohon kepada-Nya tambahan karunia-Nya)”. Rasulullah SAW lalu bersabda, “Atau jangan-jangan tidak seperti itu. Tapi, kalian malah saling berlombalomba berebut dunia, lalu kalian saling hasad, kemudian kalian saling membelakangi (tidak bertegur sapa) den saling membenci atau yang semacamnya. Kalian lalu pergi ke rumah-rumeh kaum muhajirin, kemudian saling bertengkar (gara-gara dunia)” (HR Muslim no. 2962).

2. Melihat nikmat pada orang lain dan lupa kepeda Yang Memberi Nikmat Terkadang ketika seseorang melihat nikmat pada orang lain yang melimpah, sementara dia sendiri kekurangan dan tidak memilikinya, ia pun lupa kepada Yang Memberi Nikmat, Allah swt. Ia lupa bahwa Allah membagi kenikmatan-kenikmatan kepada para hambaNya dengan amat bijak. Ia lupa bahwa perbedaan kaya dan miskin sama sekali tidaklah berarti kecuali dengan takwa. Jika seseorang lupa semua mi, maka hal mi membuka jalan bagi syetan untuk menggodanya. Kenapa hanya dia yang dapat nikmat itu, kenapa saya tidak padahal secara skill saya lebih berhak, saya lebih senior dan lebih berpengalaman?

Begitulah syetan memprovokasinya dengan beragam pertanyaan menyesatkan dan menyesakkan hati. Rasulullah mengingatkan, “.. ada dua hal yang tidak akan berkumpul/bertemu di hati seorang hamba; iman dan hasad” (HR An Nasaa’l no. 4317-4320).
Artinya, bahwa iman kepada Allah, Yang Memberi Nikmat tidak akan bisa bertemu dengan hasad selamaIamanya. Karena itu, seorang mukmin sejati tidak akan pernah hasad.

3. Takabbur
Seperti Iblis yang takabbur dan sombong, dengan mengklaim bahwa ia lebih baik dan mulia dan Adam dengan dalih bahwa ia diciptakan Allah dan api sementara Adam diciptakan dan tanah (Lihat QS Shaad:
71-76). Dan inilah hasad pertama yang terjadi di langit. Sedangkan hasad pertama yang terjadi di bumi adalah nasadnya Qabil terhadap Habil hingga membunuhnya sebagaimana diceritakan oleh Al Qur’an,
“Ceriterakanlah kepada mereka kisah kedua putra 4dam (Habil dan Kabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan kurban, maka diterima dan salah seorang dan mereka berdua (Habil) dan tidak jika terima dan yang lain (Kabil. Ia berkata (Kabil): “Aku pasti membunuhmu!” Berkata Habil: “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dan orang-orang yang bertakwa” (QS Al Maaidah [5]: 27).

4. Pembedaan perlakuan Seperti ketika orangtua berbeda dan pilih kasih dalam memperlakukan anak-anaknya. Atau perbedaan perlakuan atasan terhadap bawahannya. Hal ini telah terjadi pada saudara-saudara Nabi Yusuf as.

Terapi hasad
1.Memohon perlindungan kepada Allah swt seperti perintah Allah terhadap Rasul-Nya dalam ayat di atas. Kanenanya, surat Al Falaq adalah termasuk surat yang dapat membentengi seorang mukmin dan hasad, gangguan tenung dan santet.

2.Takwa dan sabar, sebagaimana firman Allah, “Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu” (QS Ali Imnan [3]: 120).

3.Taubat. Allah berfirman, “.. dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertobat kepada-Nya. (‘Jika kamu, mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampal kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyal keutamaan (balasan) keutamaanya..” (QS Huud [11]: 3). Demikian pula yang tercantum pada QS An Nuur [24]: 31.

4.Berbuat baik kepada orang yang hasad, seperti firman Allah, “Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyal keberuntungan yang besan” (QS Fushshilat [41]: 34-35). Lihatjuga QS Al Qashash [28]: 54.

5.Mengobati dengan ruqyah syar’iyah, seperti saat Jibril meruqyah Rasulullah dalam hadits diriwayatkan oleh Aisyah ra (HR Muslim no. 2185). Terkadang beliau saw meruqyah dirinya sendini, juga pernah meminta sahabatnya, Jabir RA meruqyah beliau (lihat hadits-haditsnya dalam Tafsir lbnu Katsir V/276-278).

6.Tawakkal (berserah diri) kepada Allah swt setelah semua ikhtiar dan usaha dilakukan. “Dan barang siapa yang bentawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (kepenluan) nya. “(QS Ath Thalaaq [65]: 3).

u can find this article in here : www.muslimbusana.com

Aku sedar aku juga manusia biasa yang xboleh lari dari melakukan kesilapan...Alhamdulillah, ALLAH telah bagi aku petunjuk agar aku pon tidak menjadi sebahagian daripada mereka..Pada semua, aku memohon maaf di atas segala keterlanjuran kata / perbuatanku & aku maafkan semua orang yang pernah mengata / mengutuk aku di depan / belakang aku..Moga ALLAH tunjukkan jalan yang terbaik buat mereka..

Sabtu, 28 Mac 2009

Gagal lagi=(

This is a back dated entry..semalam tido awal coz i'm not in a good mood yesterday..feel really2 sad and frustrated..can't be describe by words..only god knows how i feel..and da story goes like this;
One of my accidentally friend of friend (kami menjadi rapat setelah berjumpa di PTD's assessment centre) text me to tell bout da result..at first i thought it was for mtest KPLI but she told me dat this result is for our last interview for PTD's position..Congrates to her becoz after 5 times trying without knowing da meaning of give up, finally she got her dream job when she was 6 months pregnant!!! Rezeki anak kan..
Well, of courselah aku menjadi xkeruan..supposed dalam surat panggilan interview it was stated that da result will be out on 6th of April, how come they release da result so early..tapi xkisahlah..since at dat time, i'm in da car to go for lunch with my colleagues, i text my ic no to her so that she can check my result also..after a long painful waiting, finally she reply my sms stated that "Mek, betol ke ic mu ni??nape dia kata nama xder dalam sistem??"..knowing that answer, i straight away know my result..ya..aku GAGAL!!! aku pernah terbaca dalam PTDportal for those yang dapat jawapan macam tu selalunya end up "Dukacita dimaklumkan bahawa anda gagal untuk jawatan ini"..Well, aku still mengharap lagi..aku text lak ke 39111 asking bout my result & still i've got da same answer..xpuas hati lagi, aku call talian hotline SPA..and yet i'm still got da same answer..so after 3x reading da same phrase, i finally judge down yang aku dah GAGAL..accept jerlah woi!! How i wish at dat moment da answer will be "Tahniah, anda berjaya" but nothing in da world can change it except ALLAH..at first, i'm not going to cry tapi air mata ni xleh ditahan2 lagi..sedih bila terbayangkan wajah suami & anak2ku..betapa suamiku mengharapkan aku dapat jawatan ini/any other gov post..Hubby, please forgive me coz i can't fulfill ur wish..i know i'm such a looser, i always make u sad, i know dat i can't make u feel proud with my achievement..i'm still at da bottom compared with my friends, they all end up to be a successfull person..all of them work as a gov officer, happy with their lifes now..i guess??
Nak dijadikan crite, hari ni aku ader exam mtest so early in da morning, after perform my Subuh prayer, i went to da bathroom to take a shower..guess what, xder air!!! so terpakselah mandi ala2 P.Ramlee dalam crite Bujang Lapok tu;p then suddenly got this msg from my nursery; "Sorrylah kak, kat nursery air xder, tq"..so faham2 sendiri r..baru je nak hantar Ameera so plan dah berubah..terpaksalah siapkan barang2 Ameera ntok dibawa bersama..So dalam kol 7.30 am we go out from our house..I'm taking this test at SMK Meru, Klang..since it sound Klang so we thot dat it's located near our house but we're wrong!!! We r stuck in da middle of massive traffic jammed in Bandar Klang..gosh, i'm so pressured..selalunya aku akan pilih Petaling Jaya as my exam's location tapi last year kn kat Gombak so i thot that this year i'll change it to Klang so dat it is easy for us to go for that place..huh..i'm totally wrong!!! Nyesal sangat2..Hubby did a search in GPS but he also didn't expect that the main road to Jalan Meru had been closed..mula2 tu buatlah U-turn tapi last2 end up balik jalan tadi and have to face da same traffic jammed..Damn!!Damn!!
Memang masa tu semangat aku dah luntur, dahler failed interview, then having another bad luck pagi2 buta lagi..terasa macam nak meraung jer..why all of these happened to me??Why??Why??Tapi i'm not going to give up so easily so aku carik jugak sekolah tu..Nasib baiklah jumpa..rupa2nya senang sangat nak g ke sekolah tu by highway..tulah, xsurvey lagi (usually last year we will surveyed first da place so dat we r not having trouble to finna it)..lesson taken..aku ni xsah kalo xwat salah..huhuhu..Masa aku masuk exam tu orang dah masuk paper yang kedua dah..dahler tinggal 10 minit jer ntok jawab 135 soalan (bahagian INSAK) so dengan xberfikir 2 kali aku menjawabnya..Alhamdulillah finish it at da rite time..third paper i've got is Verbal (BM) so aku jawab secepat mungkin then aku g kat pengawas exam tu to ask for his permission to answer for da first paper that i missed!! At first dier xbagi so dengan muka frust aku balik kat tempat aku n start to be a cowgurl..pe lagi tembak r..tapi suddenly he came with a set of question, "Jawab, bila cukup masa berhenti ek"..Syukur alhamdulillah..at least Allah answer my pray..so aku pon jawablah ala kadar (dahle kn buat calculation..kn lak ada masa dalam 15 minit..sempatlah jawab 20 out of 30..tupon blom tentu betoi semua!!!)
Aku habis exam kol 12 tghr..got call from my brother to meet up this evening to discuss bout my bussiness i'm having rite now..so decide to come back home..Dalam kereta, termenung sendirian (cewah, feelinglah plak) thinking bout my fate..why i am so so not lucky in finding da rite job for me..i mean da permanent job..so that i can sit with my husband n start to think bout our own home..dulu xnak beli umah lagi cox takut aku dapat keje gov so rasa rugi beli umah jauh ngan tempat keje..tapi after one interview, failed..and another, failed..hubby pon dah naik bosan dah sampai malas nak pk sangat coz takut frustrated..huhuhu..sampai tahap macam tu skali..
Tapi tiba2 aku teringat yang aku slalu berdoa kepada Yang Maha Kuasa; "Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusan kerja aku ya ALLAH, andai kata rezeki aku ntok bekerja dengan kerajaan maka permudahkanlah (interview) segalanya tapi andai kata rezeki aku dalam meniaga, maka KAU tunjukkanlah jalannya ya ALLAH"..Aminnnn..and now i realize why??can't you see??Rezeki aku adalah ntok menjadi seorang bussinesswoman=)..i know, maybe now i started with small little bussiness but who knows in da future kan??with full hardwork and courage i'm totally sure dat i will go further..and of course with a fully support by my lovely husband & family..Alhamdulillah, rezeki sekarang pon dah cukup ntok menampung kami anak beranak so why must i start mumbling bout my fate..Ya ALLAh, ampunkan dosaku kerna bersikap sedemikian rupa ya ALLAH..betapa naifnya diriku ini ya ALLAH..
Setiap manusia di dunia ni Allah datangkan dengan rezeki masing2 tapi antara lambat dan cepat sahaja..Kalau kita berusaha dengan lebih keras, Insya ALLAH pulangannya pon besar so let just bersyukur dengan segala nikmat & rezeki yang datang daripada-NYA..sorry guys kalo aku teremosi sedikit..bila berfikiran positif macam ni barulah aku dapat menerima segala suratan yang telah tertulis daripada Ilahi..Yang paling penting adalah usaha, doa & tawakkal harus sentiasa diamalkan dalam semua perkara..Insya ALLAH, baru kita akan merasa diberkati ALLAH..
So guys, these are da pics of my latest stock for my store..till then happy shopping=)

Rabu, 18 Februari 2009

MalasNyer...

Sejak dua menjak ni aku sangat2lah MALAS untok datang kerja..MALAS untuk mengadap muka "BSTN" tu, MALAS untuk menghabiskan keje2 yang bertimbun tu..MALAS untuk segala2nya..naper ek??
Somebody, please help me..xder ke pakar motivasi yang boleh tolong aku ni??Seriously, i feel bored with my daily packed lifestyle..nak kater aku ni busy sangat, xderlah tapi i guess maybe i'm not so so so so happy with my tuuuuuut has affected my life..rasa meluat, menyampah, benci n seangkatan dengannyer semua ada..hari2 nak datang keje pon MALAS..kesian kat aku=(

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^