
Anak-anak Zaila ni kira bertuah juga sebab makanan KFC adalah dikira sebagai "makanan masih mampu" kami untuk dimakan dihujung bulan. Malah, kalau diajak ke Kenny Roger's diorang masih memilih KFC (kuat sungguh pengaruh iklan kan) sebab harga KFC yang masih rendah jika nak dibandingkan dengan jenama fast food yang lain *tak naklah bagitau kat sini kan, pandai-pandai koranglah nak buat perbandingan*
Nak pula ada hidangan terbaru dari KFC iaitu KFC OR Chicken Chop yang berharga RM9.90. Sepinggan hidangan dah dapat makan chicken chop with mushroom gravy, corn kernels, potato wedges & air mountain dew & kalau bernasib baik boleh dapatkan 1 KFC foldable trolley bag. Info kat sini ya..Apalagi, cepat-cepatlah ke KFC yang terdekat!!
Anak-anak Zaila memang bertuah sebab restoran KFC ada dekat dengan rumah. Kalau Zaila dulu, masa kecil-kecil boleh makan KFC hanya bila Kak Na balik bercuti sekolah & kalau nak makan pun kena naik bas ke Kota Bahru. En suami lagilah, zaman belajar di Universiti baru jumpa benda alah ni..Hehehehe..Budak sekarang memang bertuah (walaupun pada hakikat fast food ni tak elok untuk dimakan selalu)..
2 ulasan:
akak pun dah cuba chicken chop KFC ni...
kalau ke KFC akak suka tart telur dia dan potato wedges (cheese).
tak pernah lagi try ciken chop kfc nih..besh ekk..kena bwk zara pi terjah ni..hehehehe
Catat Ulasan