Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 16 Mei 2011

Misi Untuk Kurus Semasa Dalam Pantang Tidak Berjaya;(

Hari ni Zaila dah mula bekerja;( So ini adalah schedule entry ya..Bila dah masuk office, rasanya dah tak boleh menjadi blogger tegar lagi..Sebab itulah gigih nak buat entry sebanyak mungkin. Sementara semangat berblogging masih ada, mari kita berusaha *chaiyyok*

Tambah semangat bila check Nuffnang dah ada dalam RM20++ since check out haritu. Tu belum tambah yang BE lagi..Kali ni semakin cepat duit bergerak, mungkin berkat dah 2 tahun berblogging tanpa rasa malu kesah apa orang nak kata kot. Betul kata blogger-blogger tegar, kalau nak lama bertahan dalam bidang ini, jangan cepat sentap. So Zaila pun amalkan prinsip itu & masih banyak yang perlu diperbaiki lagi. Terima kasih pada yang sudi follow blog Zaila yang tak seberapa ni. Pada yang meninggalkan komen, minta maaf sangat-sangat sebab tidak dapat membalas kunjungan tapi Zaila ucapkan salam perkenalan juga;)

Isy, kali ni bukan nak cerita pasal blogging..Nak cerita pasal berat badan Zaila ni..Adusss..makin mendegillah lemak-lemak yang ada ni. Al maklumlah tuan punya badan dah habis pantang & bila dah habis pantang tu, faham-faham jelah..makan pun mana nak berpantang;D Naseb baik kena chicken pox so nak tak nak ada certain food yang Zaila masih jauhi..Kalau ais tu, sesekali bila outing aje baru minum sebab kat rumah ni memang kami berpantang ais memandangkan ada budak athma dalam rumah ni..Hehehehehe

Bila masuk kerja ni lagilah Zaila risau yang amatssss sebab lagilah sukar nak kontrol makan kan..Mesti setiap masa nak mengunyah aje, sudahlah kerja pon duduk aje dalam air cond, huhuhuhu harusku kuatkan diri untuk mendisiplinkan diri ni..Kalau tak, sia-sia aje turun berat badan (ya walaupun sikit tapi turun 12kg juga) masa pantang haritu..Huhuhuu..Naseb baiklah seluar kerja & jeans masih muat disarung lagi, kalau tak muat..Nampak gaya dah cecah gemuk tahap kronik ni!!


Haritu sempatlah main-main try baju kerja segala..Haruslah cuba pakai dulu kan..Sebab setelah lama tak pakai (disebabkan pregnant dulu), kena juga tengok masih muat elok ke tak. At least boleh buat persediaan awal-awal..Jangan esok nak masuk kerja tetiba baru dapat tahu seluar kerja tak muat, haruslah daku ambil Emergency Leave dek tak nak masuk kerja dengan keadaan seperti barut nangka..LOL!! Tapi rasanya nak minta pengecualian dari memakai baju uniform kerja (setiap Isnin & Khamis memang semua staff kena pakai tak kira position apa pun) sebab haruslah sendat semua kan. Lagipun baju tu singkat sangat, dah tak sesuai lagi untuk Zaila yang berbontot besar ni

First time dalam sejarah Zaila nak tonjolkan diri dalam blog sendiri. Selama ni muka anak-anak aje yang keluar..Hahahaha..Jangan terkejut dengan tahap kegemukan daku & jangan pula mengata belakang ya *nanti korang gemuk baru tahu* Mak emo noksss-_____-

beli baju ni dari blog Princess Victoria dah lama dah..Masa lepas beli tu dah disahkan mengandung, confirm takleh pakai kan..Tapi sekarang pun rasanya takleh pakai juga sebab tak cukup piawaian (confirm en suami marah sebab ketat sangat) & perasan tak kain putih bawah baju tu?? Itu Zaila pakai bersama dengan X10der Dahlya..Kalau pakai baju singkat-singkat, bolehlah pakai dengan extender ni..Takderlah nampak tak sopan sangat..Actually dia didatangkan dalam pelbagai warna & siap ada inner tangan lagi. Boleh klik like pada facebook X10der Dahlya ni;) *zaman sekarang klik like aje kan*

see, betapa lebarnya ukur lilit lenganku..Huhuhu *abaikan cermin yang kabur sebab tuan rumah dia malas nak lap cantik-cantik semata-mata nak ambil gambar diri sendiri yang gemuk* Ada petua tak nak kecilkan lengan??

Haaa, tak puas tengok diri sendiri macam barut nangka, diriku cuba lagi ngetest baju-baju yang lain.


yang ni kaften separuh beli masa pregnant dulu sebab nak pergi kenduri kawen kawan Zaila. Masa pregnant boleh pakai, tak pregnant pon boleh pakai..i loikeeee..



ni pula blouse dari Topshop..Actually agak sendat dibahagian lengan. En suami marah kat Zaila "mama ni suka beli baju kecil-kecil, lepas tu tak muat pah tok paka". hehehehe..Ni teori orang perasan nak kurus Zaila, kalau beli baju kecil, seharusnya kita pun akan berusaha untuk kurus juga..Pasai baju ni mahal woooOOooo..rugi kalau tak dapat pakai!! *bukan sebab en suami yang bayarkan belikan*



nipun satu lagi..see the lengan?? Aiyoooo..i really need pati losyen halia Dunia Herbslah kan..

Apa-apa pun..bersyukur lagi yang Zaila masih muat untuk pakai seluar kerja *yang ni penting* & jeans..Tapi nak kena jaga makan sangat-sangat sebab asal terlebih sket, confirm akan naik berat badan ni..Takpe..takpe..kita cuba dulu tengok macamana..Harap-harap bila bekerja nanti, dengan kesibukan kerja (macamlah sangat) & kesibukan menjaga 3 orang anak, dengan berjaga malam lagi..Harap-harap bakal menguruskan Zaila..Jangan aku makin tension makin makan sudah;D




Teringin juga nak daftar gym tapi kat area rumah ni the nearest gym pun kat Jusco Bukit Tinggi..Area Kota Kemuning tak tahulah ada ke tak sebab tak pernah survey lagi..Kalau nak harapkan daku jogging petang-petang tak mungkin sebab habis kerja pun dalam pukul 5.30 & confirm pukul 7 baru sampai rumah. Nak jogging malam hari?? Gilo hapo*__*


Kalau hujung minggu pula memang boleh cuma nak kena jogging sensorang which is mak tak suka..Yerlah, kalau nak ajak en suami pula, siapa yang nak jaga baby Ashraf kan?? Fenat..fenat..




Apa-apa pon, let's just wait & see macamana..Kalau harusku makan Herbalife ke apa..Akanku makan..Kalau harusku berpantang nasi sebulan (atau lebih) akan ku pantang..Semuanya nak kurus punya fasal;D

5 ulasan:

Mag berkata...

napok kecik jah poho kk ila..

kasihredha berkata...

selamat memulakan tugas semula
chayokkk

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

zaila...if larat leh cuba skipping. sbb leh kecikkan peha n lengan jugak rs nye..

Sofya berkata...

zaila..
saya tgk awak taklah gemuk pun..
Yang penting sihat..
saya tak setuju kalau sampai tak makan nasi.. ambiklah makanan yang berkhasiat n kurangkan kandungan nasi tu..

Lily@MamaZaraZareef berkata...

klu tgk dr gambar2 nih, tkdelah nmpak zaila besar pon..mama zara zareef ni laaagggiiiiiiii gedabak..hehehehe

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^