Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 13 Mei 2011

Tentang Kad

gambar kat atas ni antara koleksi kad-kad keahlian yang ada dalam purse Zaila (kad Tesco lupa nak letak pasal en suami yang pegang)


Sedar tak sedar, Zaila dah kumpul hampir 10 kad keahlian (ke kesetiaan??) dalam purse ni. Tu belum campur dengan ic, lesen memandu, kad insuran Zaila, ic anak-anak, kad insuran anak-anak, kad bank..Fuuh, no wonderlah purse Zaila ni asyik tebal memanjang je;D Tebal bukan pasal banyak duit tapi banyak kad..Huhuhuhu


Kad ke 10 Zaila buat masa p shopping kat Mom's Care haritu. Masa bersalin haritu dapat banyak free voucher dari Mom's Care & salah satunya free keahlian selama 2 tahun so alang-alang benda free kan, siapa yang tak nak so sign up lah Zaila untuk menjadi ahli *walaupun dah tahu yang jarang-jarang boleh shopping kat sini pasal harga yang mak aih mahal kalau nak dibandingkan dengan kedai lain*. Lepas tu, SA kat situ siap cakap lagi dalam masa 6 bulan kena kumpulkan 600 points, kalau kurang daripada tu points tak akan di carry forward ke bulan yang lain, lepas tu kalau ada sale, points yang akan dapat adalah separuh daripada pembelian (kalau tak silap Zailalah, masa tu dah tak boleh nak concentrate dah pasal Haziq tenga buat perangai nak mainan yang ada kat dalam tu).


Same it goes juga bila masuk beli baju dalam Topshop. SA kat situ suruh buat kad keahlian juga untuk menikmati diskaun on every purchase yang kita buat. Tapi kalau item dah on sale tak bolehlah dapat diskaun lagi..Pandai betul marketing kedai ni kan. Seb baiklah masa bayar tu en suami yang bayarkan (refer entry ini) so takde maknanya dia nak sign up untuk jadi ahli. En suami siap cakap lagi "saya masuk kedai ni pun sebab ada sale, bukan selalu pun nak beli baju kat sini"..Hahahaha very direct to the pointlah laki aku ni;D


Apa-apa pun, Zaila bersetuju dengan en suami. Rasanya macam membazir aje bila buat kad keahlian & selalunya bukan free.."iya, puan kena bayar RM12 aje untuk setahun (takpun lifetime)"..Lepas tu p shopping kat kedai tu bukan tiap-tiap bulan pun so tersangatlah rugi & lepas ni tobat tak nak buat dah kad-kad keahlian macam ni. TAPI..ada tapinya..Zaila suka dengan kad keahlian dari Jusco, Bonuslink & Tesco sebab tempat ni memang Zaila akan tuju setiap bulan. Hampir semua pakaian kami, barang pakai kami beli dari Jusco & kalau barang-barang dapur pula beli kat Tesco.


Haritu yang kelakarnya bila nak beli stroller di Jusco baru perasan yang keahlian kad dah expired. Seb baik belum bayar lagi so cepat-cepat Zaila p customer serice & renew. Walaupun kena bayar RM12 untuk setahun, rasa berbaloi sangat sebab dapat redeem voucher RM60. Bolehlah juga guna untuk cover bayar kos stroller tu;D Tesco pun selalu hantar news letter & diskaun voucher dekat Zaila. Bolehlah guna untuk dapatkan diskaun masa membayar tu;) Tapi Zaila jarang juga shopping di Jusco memandangkan jauh dari rumah. Kenapalah Giant / Carrefour takde buat macam Tesco eh??


So Zaila buat kesimpulan;-

kalau kedai tu kita selalu pergi & memang WAJIB buat pembelian tiap-tiap bulan, lepas tu kedai tu pula dekat dengan rumah kita so memang setiap bulan akan singgah ke situ, then haruslah kita jadi ahli. Memang berbaloi kutip point melalui setiap pembelian yang kita buat. Kalau sekali sekala aje masuk kedai tu, toksahlah buang duit buat kad keahlian..Buang karen aje;D

1 ulasan:

linahilmin berkata...

i pun byk card2 ahli gini. tp letak kat card's holder, klu tak kembong wallet!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^