Kalau nak tahu, kami ni memang suka menjajah shopping mall, baik time ada duit ka takda duit ka..Kalau time takde duit menjajahlah secara berhemah;P Tapi dah jadi kebiasaan kalau asal petang Jumaat lepas balik kerja je zass ke mana-mana kitorang nak p sebab pk esok kan cuti..Hehehe..Anak-anak pon, kalau masuk je dalam kereta terus tanya "kita nak g mana ni papa??" Isy..isy..isy..Sebab tulah papa & mama korang ni poket asyik kempis aje tiap-tiap bulan..Nak entertain anak dah kejanya!!
Selalunya ke Jusco Bukit Tinggi tapi kali ni en suami tak nak dah g sana. Bosan katanya..Pastu pula dah jemu ngan selection makan kat sana *eh balik-balik beli tapau nasi unagi je bukan g dine in kat fancy restaurant pon* so kali ni kami semua ke Sunway Pyramid pula. Tak jauh dari rumah, dalam 15-20 minit ikut KESAS highway.
pemandangan dari entrance nak masuk parking. Tinggi siot kat sini, kembang kempis aku tahan napas sebab tak nak kereta kami terreverse ke belakang, padahal takde apapon, kata naik dengan PRO..hehehehe *nampak tak singa tu*
itulah pyramidnyaa..Banyak kali datang sini tapi tetap lupa nak kira ada berapa piramid kat dalam ni
Macam biasalah, anak-anak aku confirm pakai baju tidur punya (sebab ambil dari nursrey diorang terus) & bukannya aku kesah pon diorang ni sememeh ke ape, AAK!! Bukan apa, malas nak tukar-tukar baju segala ni, biarlah orang nak cakap macam anak orang kampung masuk bandar ke apa..
Tapi Haziq kami suh pakai sweater yang dia pakai bila p sekolah sebab kat sini kan sejuk & dia tukan budak athma so faham-faham jelah..Silap gaya boleh sakit so bila pakai sweater ni kuranglah sket tahap kesejukan yang boleh membawa kepada kebatukan;P
Kitorang sampai pun dah nak Maghrib so apa-apa p solat dulu, baru best nak jalan-jalan cuci mata. Sementara tengah tunggu en suami solat, aku duduklah kat depan kedai ni, siap ada maskot besar dok panggil budak-budak suh datang dekat dengan dia.
Ghupe-ghupenya, kalau nak bergambar kena beli barang dalam kedai tu..Pandai sungguh diorang tarik perhatian budak-budak termasuklah anak-anak aku;P
Haziq dok tolak Husna suh p rapat, dia sendiri penakut..apa daaa Haziq ni
tengok Husna siap g tepuk menatang tu lagi, Haziq lari kecewa *padahal takut*
tengok Husna siap g tepuk menatang tu lagi, Haziq lari kecewa *padahal takut*
lepas tu pergi balik, aku duduk pegang stroller Ashraf sambil tangan ambik gambar sambil dok jerit "Haziq, salamlah dengan benda tu" Hambik kooo..mama yang over!!
nilah kedainya..lepas tu memang Haziq "pau" aku suh beli gula-gula kat dalam tu tapi aku just belikan hak paling murah sekali *dasar kedekut*
ini budak, tunggu sudah besar sikit mesti suka "pau" mama juga ni
masa ni dah tak terkawal lagi dah, Haziq & Husna masing-masing masuk kedai tu macam mak bapak diorang yang punya & start sentuh-sentuh barang dah, masa ni cepat-cepat aku panggil diorang supaya kembali ke pangkal jalan semula..Then tak lama lepas tu, en suami datang & turn aku pula untuk solat
Lepas aku solat, en suami komplen lamanya..Alah, baru kena jaga sekejap pon dah bising..Hehehe..Baru dia tahu betapa susahnya nak handle 2 orang kanak-kanak riang duduk tepi kedai gula-gula ni;P
Lepas tu p makan & then masuk Jusco sebab nak beli hadiah untuk budak department aku yang nak kawin esoknya (Sabtu 2hb Julai). Dengan budget RM100 aku dapat beli 2 hadiah iaitu rice cooker jenama Elba yang 1.2L (rasanya tapi yang besar tu) dengan harga RM69 (promosi kalau tak harga RM80) & 1 set pinggan mangkuk couple set dari Claytan (juga promosi pada harga RM29.90)..
Tunggu diorang balut segala then tibalah masa untuk pulang. Agak stress juga sebab semua lif penuh & macam kami ni yang berstroller segala, haruslah tensi sebab asal aku muat, en suami tak xdapat masuk sekali. Tapi Alhamdulillah, akhirnya dalam pukul 12 sampai rumah juga, itupon sempat lagi singgah beli A&W root bir float on the way balik Shah Alam, minum dengan lega sebab anak-anak (kecuali Husna yang kaki susah tidur punya) sudah ketiduran;)
Esok sambung entry kursus pula;)
4 ulasan:
klu my kids pun sure takut..err i means sarah le..nmpk maskot jek ngeri hahahahah..syahmi klu ada kawan dia berani :)
heheh..husband farah pon bising kalu lama-lama bersiap. kita ni nak paka tudung lagi, nak tunggu turn kain sembahyang lagi. heheh. tu mujo xpaka mekap. kalu nak tepek mekap pulok xtau lah. hehe
Iman klo tgk maskot dan yg sewaktu dengannya memang takut. Rajin uols berjalan yer. Kita pon dah lama tak gi SP.
zaila
lynn pun mmg suka sgt hr jumaat..sbb after balik keja mmg akan bawak anak jalan2..tpt wajib singgah Jusco AU2-anak2 suka pg sana..dan makan kenny rogers.
skrg dah dok jauh..rajin g Alamanda..rumah ke Alamanda dlm 20minit shj..
Catat Ulasan