Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 12 Julai 2011

Sesi Menternak Lemak di Kenny Rogers

Ni lagi entry masam sebab benda ni berlaku hari Selasa lepas (05/07/2011) tapi aku rasa nak cerita juga sebab kalau aku xcerita nanti aku tak ingat, bila aku tak ingat, sia-sia jelah aku ambil gambar sebagai kenang-kenangan kan..Kata blogger, haruslah bercerita kan..kan..*iyakan aje*

Alhamdulillah, haritu rezeki terpijak sebab ada orang nak belanja makan Kenny Roger's. Kalau keluar makan dengan member merasalah juga masuk Kenny Roger's tapi kalau keluar ngan anak-anak aku, konpem diorang nak masuk KFC punya!! Apelah diorang ni, ada makanan mahal berkhasiat, nak juga makan KFC..Padahal kalau order KFC, seketul ayam belum tentu habis;P

Kami ke Kenny Roger's Jusco Bukit Tinggi sebab dekat ngan opis. Tiba je di sana, ada surprise kek rupanya untuk aku



rupanya haritu birthday akak senior opis aku

nilah birthday girl lady nya;P

hak pakai baju pink paling lawa tulah aku;)



Aku makan macam biasa r control ayu, amik quarter meal & ice lemon tea je walaupun yang lain sibuk nak try macam2 perisa air (pasal orang belanja kan, haruslah try yang pelik-pelik) tapi tulah, rugi belanja orang macam aku ni, tak reti & malas nak cuba sesuatu yang baru..Balik-balik teh ais ngan ice lemon tea jugak yang aku cari;P




Tapi aku ada order side dish yang ni;- Tambah RM5.50 sahaja & sedap gila!!
lupa namanya tapi kek coklat & dalam kek tu ada choc lava ditambah pula dengan topping ice cream..sedap weh!!



Hari Jumaat lepas, en suami pula belanja aku makan Kenny Roger's..Mana tak ternak lemak weeehhh..2 kali makan KR dalam seminggu..Pecah rekod ah..Pasni komplen..komplenlah..lemak tak hilang-hilang;P *err, bukan KR tu rendah kalori ke* hehehe;P

2 ulasan:

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

lyn peminat tegar KR..sedapnya muffin dia..

Lily@MamaZaraZareef berkata...

huhu..kite suka sangat KR ni tau..tp lame giler dah tak pekena..bile2 kena ajak hubby gk ni..terliur tgk entry zaila..=p

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^