Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 13 Julai 2011

Short Vacation to Cameron Highland

Akhirnya sampai juga aku di Cameron Highland kes terpengaruh Nora Elena punya fasal. Actually, aku pergi bukan dengan famili aku je tapi dengan adik beradik en suami yang lain. Kira ni first percutian keluargalah ni. Memula tu ramai yang setuju nak join sama tapi last2 ramai jugak yang kensel last minute dek ada urusan masing-masing. Tapi tak kisahlah sebab even yang pergi hanya 4 famili pun dah cukup meriah sebab abang sulung laki aku ada 7 orang anak, hak abang no.2 ada 5 orang pastu campur anak aku 3..Pendek kata semuanya ada 11 orang dewasa, 15 orang kanak-kanak..Tak ke ramai tu..Ada 5 buah kereta semuanya..Kalau semua dapat pergi, harus sewa 2 bijik bas ni;P

Kami pergi asing-asing sebab datang dari lain-lain tempat. Kiranya janji nak jumpa di Apartmen yang adik ipar aku booking siap-siap iaitu Carnation Park di Tanah Rata. Nanti aku review pasal apartmen ni, kami sewa 2 unit & each of it ada 3 bilik..Sangat-sangat selesa untuk kami yang pergi ramai-ramai ni. Tapi aku lupa nak snap gambar so aku leh cerita based on pengalaman ajelah ya;P

Aku antara orang terawal sampai..Kami bertolak dalam pukul 8.30 pagi, keluar ikut KESAS, jalan sket dah start jem penangan road block dek Bersih pagi tu. En suami melencong nak masuk ikut NKVE, pun sama jem yang teruk juga, seb baik sempat melencong ikut Guthrie HIghway..Kami berhenti RnR Tapah untu breakfast & sambung perjalanan ikut jalan Simpang Pulai, jangan ikut Tapah pasai orang kata jalan dia xelok..Alah, jalan Simpang Pulai yang elok sket dari Tapah tupon aku boleh pening..First time aku pening naik kereta..Jalan balik Klate pon xsepening ni tau;P

Alhamdulillah sampai atas sana dalam pukul 2..Mak aih, punyalah jauh Tanah Rata ni ya..Sampai2 je terus makan bekalan MIL & adik ipar aku bawa dari rumah lagi. Bertambah-tambah kami makan, lepas tu duduk kejap..then next gerombolan sampai..Masa tu aku pening-pening lagi..Sempat ketiduran sekejap & petang tu gagahkan juga keluar p pasar malam kat Berincgang *sorry takde gambar sebab tak koser nak keluarkan kamera pasai ramai sangat manusia kat situ, lagi satu sibuk jaga anak-anak sebab takut hilang dek celahan orang yang ramai tu*

Malam tu last konvoi sampai iaitu abang ipar aku dari Kuala Selangor. Memang meriah bila semua orang berkumpul. Abang ipar aku keluar p beli durian, ada yang tak nak keluar so masing-masing buat hal sendiri sambil tunggu durian balik;P Malam toksah cerita ah, memang sejuk tahap gigil..Apartment yang aku duduk ni takde kipas pon ko, duduk dalam tu dah rasa macam duduk dalam air cond dah kekdahnya..Naseb baiklah tuan punya apartment ada menyediakan banyak compforter so masing-masing duduk berselubung dalam comforter sambil hirup kopi panas, aaah bahagianya;)

Esoknya barulah kami plan nak lawat ladang strawberi, teh, bunga, bla bla..Inilah kalo main terjah tanpa plan..Sudahlah rombongan ramai so nak kumpulkan semua orang bersiap adalah sangat susah hoccay..Tambah-tambah cuaca yang sejuk buatkan masing-masing malas bersiap..Huhuhuhu..So kira kami check out agak lambat jugalah..Haisy..mesti korang berpinar mata baca entry aku kan??Hahaha..Naseblah..pasal aku malas nak buat part 1 part 2 pon..Gambar pun tak banyak ambil sebab tak bawak kamera & pakai hanset cabuk je..Tunggu gambar dari official photographer sudahlah;P

Kesimpulannya aku memang suka join aktiviti kekeluargaan macam ni, anak-anak aku ah paling suka sebab ramai kawan. Tambah pula anak-anak buah aku jenis suka melayan budak-budak so memang senang r, kalau aku tak sempat nak handle pun ada je abang-abang & kakak-kakak yang melayan Haziq & Husna tu;) Ashraf toksah cerita r, bergilir-gilir duduk atas sepupu, nenek, makcik pakcik dia..Seb baik perangai elok je kat sana..Time nak tidur je ada meragam sket..Hehehe..Bagus anak-anak mama ni;)

Ni ada sket gambar aku letak, takde ikut turutan pun, main hentam je, dahle susah nak upload gambar..

ni gambar Haziq dengan Mokra (adik ipar aku), tengok Husna tu bukan reti duduk diam kalo nak ambil gambar dia..Naseb baik ada kakak Izzah (sepupu diorang) yang tolong tengokkan Husna;)
Ni gambar depan strawberry farm tapi kami tak sempat masuk pun sebab datang lambat & semua strawberry dah selamat kena petik ngan orang lain..Tulah, sape suruh turun lewat kan..Takpelah..beli kat pasar jelah..Bukan mahal pon..sampai naik muntah aku makan strawberry kat sana;P


Jarang sangat boleh letak gambar laki aku kat blog ni pasal dia hensem terlajak


memang susah betul nak ambil gambar anak beranak..sorang tengok sana sorang tengok sini..Haisyyyy..

aku senyum tak ikhlas pasal takut tergelincir..Hahaha..curam weh!! *padahal penakut*


subhanallah, cantik ciptaan Allah!!!


kalau kat sana, rata-rata semua souvenir adalah strawberry yaaa


kaktus pelbagai bentuk & warna..rasa rugi pula tak beli haritu


Strawberry Farm yang aku singgah, actually ada banyak gile strawberry farm kat sana so jangan risau, kalau terlepas satu, kat depan ada lagi dan agi dan lagi..cuma nak masuk petik buah kenalah g awal-awal pagi sebelum buah habis kena petik;P

Tapi sayang juga sebab masa kami pergi tu, kebetulan orang Penang datang bercuti sempena cuti am negeri Pulau Pinang. Kebanyakan hotel semua fully booked & tempat makan toksah cakap ah, penuh belaka..Seb baik kitorang sewa apartment yang fully furnished, siap rebus jagung bagai ah..Memang syok kumpul ramai-ramai macam ni..Tapi next time nak kena planning masa elok-elok & siap sediakan aktiviti untuk anak-anak *penganjur, sila take note ya;P*

apa-apa pon, kami selamat sampai malam Ahad tu setelah 2 hari di Cameron HIghland..Herm, Isnin seb baik aku cuti tapi last-last sambung MC dek kerana sakit tekak & demam sekali..

3 ulasan:

Joy berkata...

best kan CH ni..sejuk damai aja...

DaZzlingLilLy berkata...

sangat teringin nak g cameron okes..tapi my hubby tak nak gi...dia cakap penat nak naik..hehe..

jane_doe3328 berkata...

zaila,
kalu balik klate naik keta, saya sokmo ikut CH nie. dari simpang CH tuh, 1.5 jam jer lagi nok sampai Gua Musang. Jalan pon besar cam hiway

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^