Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 5 Ogos 2011

Antara Masak & Pasar Ramadhan, Mana Satu Pilihan Anda?

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 5 kita berpuasa. Sekejap je masa berlalu. Rasa macam tak sabar untuk balik makan jem ke kampung. Alamak!! tahun ni kena beraya rumah en suami;P

Setakat ni, aku masih lagi berpeluang untuk bangun bersahur, setiap hari memang dalam pukul 4.30 pagi memang terjaga, nak buat macamana..bukan setakat alarm telefon yang berbunyi tapi ada alarm sikecil cinonet yang suka nangis manja uhuk uhuk tiap-tiap malam buat aku cepat sedar. Harap-harap continuoslylah aku akan sedar sebab parah juga kalau tak bersahur kan;P

Ni saje nak cerita pengalaman berbuka dengan korang semua. Antara masak sendiri & beli di pasar ramadan (short formnya param), mana satu yang korang buat?? Macam aku, memanglah ikutkan suka je masak tapi kadang-kadang masa mencemburui aku (eceh)..En suami suruh masak time weekend aje tapi kan, setelah 2 hari aku membeli makanan di param, nampak gaya macamanapun aku kena masaklah weh..Tak kena dengan selera langsung!!

Hari pertama biasalah, masing-masing balik awal sebab semua macam mayat hidup jah mukanya *biaserlah hari pertama kan* aku sempatlah ke param Sri Muda, kat situ ada banyak gerai yang menjual masakan Kelantan & ada satu gerai tu sampai penuh orang kerumun. Padahal jual nasi kerabu & nasi berlauk aje..Tapi aku takderlah nak menunggu kat situ so aku belilah kat tempat lain. Nasi kerabu berlaukkan telur masin & solok lada : RM4 sebungkus, sebungkus untuk en suami, anak-anak aku belikan nasi ayam then aku beli murtabak ayam 2 ketui. Semua sekali berhabislah dalam RM22.

Balik rumah makan, tang nasi kerabu tu oklah rasanya sebab aku memang penggemar nasi kerabu so macamanapun memang akan habis;P cuma agak kecewa dengan murtabak ayam yang berharga RM2.50 sekeping tu..Sudahlah ayamnya berbau, kuah pula adalah sesudu dua, memang mengecewakan kami;(

Ok hari ke 2 pun aku singgah param juga, kali ni di Jalan Kebun on the way nak balik rumah aku. Kali ni beli lauk siap je sebab ingat balik rumah nak masak nasi. Aku beli ikan keli masak sambal RM8/2 ekor, gulai kawah RM5, nasi tomato RM4 untuk anak-anak &s edikit kuih. Pun berhabis dalam RM20++ juga. Bila berbuka, tersangatlah kecewa dengan gulai kawah tu..masin yang amat!! Teringat cerita P.Ramlee Bujang Lapok tu, agaknya diorang ni tertumpah garam kot masa masak gulai kawah ni;P


gambar hiasan hasil carian google


Hari ke 3 aku cuba untuk masak, walaupun sampai rumah pukul 6.30 tapi aku sempatlah masak nasi, buat sayur air dengan goreng ikan. Lepas tu pula ada ulam cicah budu..Memang terangkatlah bila makan nasi;) Aku ni jenis tak suka sangat makan nasi macam nasi ayam, nasi tomato & seangkatan dengannya. Lebih suka prefer yang ringkas sahaja tapi faham-faham jelah kan bila dah berumahtangga ni nak kena consider banyak perut yang nak makan. Tambah pula en suami jenis tak suka makan budu *ya, dia Kelate murtad* & tak suka makan pedas..Tu yang susah bila nak masak tu, seb baik western food, Japanese food ngan Nasi Arab dia ON, ada juga geng aku nak makan sesama;)

Semalam sempat buat bihun sup & hari ni plan nak masak siakap 3 rasa pula. Mudahan tercapai hasrat aku nanti;P


Klah, tu je nak bebelkan..so moral of the story, kalau kedekut macam aku nak jimat, baik masak sendiri di rumah..Biar ringkas janji puas hati!!!




























5 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

masoks endiri la puas hati deh. sini takdop param, lagu2 mano pong meme masok sendiri la hehe

INTAN berkata...

wah! bihun sup ngan siakap 3rasa! sedapnye...hihi..sy pun xtau nak masak apa hari ni.. =)

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

kalo ada duit berkepuk pun sedap lagi masak sendiri..

semalam alhamdulillah smpt jugak memasak..en hubby makan bertambah..

kenyang & puas hati !!

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

prefer masak sendiri. mkn sepuas hati.. even simple aja. tumis sawi..ayam grg kuntit dah..2 pinggan nasik..;)

kasihredha berkata...

kalau ikut hati memang nak masak sendiri...
tapi kadang2 penat dan tak sempat..terpaksa le beli juga.

Haahh oghe kelate dok make budu??? hihi

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^