Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label eating places. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label eating places. Papar semua catatan

Rabu, 16 Disember 2015

JJCM : Restoran D'Garuda, Plaza GM Klang

Assalamualaikum,

Hari ini macam biasa lah aku ke "pejabat" kedua selepas rumah aku. Tak lain tak bukan ke Plaza GM Klang lah, mana lagi kan? Sejak zaman masih bekerja sampailah bekerja sendiri, sini lah tempat aku ulang-alik datang cari barang niaga. Dari zaman GM Klang atas tanah hinggalah sudah bertingkat-tingkat. Mekla hanya mampu ambil barang sahaja di sini, nak menyewa dan bersaing dengan taiko-taiko besar memang tak lah kan :)

Selalunya kalau datang sini mesti anak-anak nak ikut tapi memandangkan mama asyik kena "paw" aje, jadi aku hanya bawa seorang anak sahaja setiapkali keluar, samaada Haziq atau Husna lah kan sebabnya yang kecil-kecil susah nak uruskan, nanti buat lambat aje ;) Kalau bawa tak ramai tu bolehlah santai-santai minum dan makan dengan tenang. Ha ha Makan memang wajiblah sebab nanti mak buyong kelaparan, bila lapar mesti mudah marah (alasan!)

Ada restoran baru buka iaitu Restoran D'Garuda. Memandangkan food court GM Klang penuh, aku pun masuklah kat sini, tengok dari luar macam best je. Suasana ala kampung, Husna memang tak nak tapi disebabkan mama yang nak makan, maka dia kena lah ikut juga. Ha ha ha


Tempat duduk ada jenis bangku, tempat agak selesa dan suasana kedengaran lagu Allahyarhamah Saloma aje, sungguh nostalgia


Kami pilih duduk kat dalam sebab tak panas dan takde lah orang nampak sangat kami makan apa :P


Kalau nak makan kat "atas rumah" pun boleh. Dekorasi restoran ni memang menariklah, ala-ala kampung gitu


Menarik kan? Hiasan bukan main lagi

Menu kat sini lebih kepada pengaruh masakan padang (ke Bali) entahlah aku pun tak tahu tapi sekali tengok lebih kepada macam ayam penyet aje. Aku ambil Batokok ayam (RM10.90) sotong goreng RM8.90) nasi putih (RM2) dan untuk Husna orderkan dia Mee Soto Ayam (RM8.90)


Ayam tu lembut dan sambal dia sedap, tak pedas sangat. Sotong pula biasa-biasa aje dan sambalnya lain dari sambal ayam tu.


Mee soto Husna tak best langsung (pada selera aku) jadi lainkali kalau nak makan baik order nasi sahaja :)


Pandanlayer tea (RM5.50) dan Watermelon with pearl (RM5.50)


Jumlah semuanya RM41.70. Hermm, bagi aku harga agak mahal sesuailah dengan dekorasi kedai (kot). Kalau ikutkan memang tak akan masuk lagi lah (budget maaaa). Selalunya makan di food Court GM Klang dah boleh makan satu famili dah :) Tapi bagi kawan-kawan yang nak cuba silakan masuk, suasana memang tenang dan tak ramai orang.

Ini alamatnya :

Restaurant D'Garuda
GF-12 Block A
GM Klang Wholesales City
Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanik Capital,
41200, Klang, Selangor

Hingga bertemu lagi. Bye!

Khamis, 13 Februari 2014

JJCM ~ Makan Maggie Ketam


Assalamualaikum,

Maaf lama menyepi :) Ya Allah ada banyak cerita yang berlaku sepanjang bulan ini tapi mood untuk berblogging sudah menjunam ke laut. Nak salahkan siapa tu?

Oklah, demi untuk tidak membiarkan blog ini terus diapit rasa misteri kehilangan tuan blog, jom cuci mata dengan gambar maggie ketam yang menjadi santapan tuan blog semasa pulang bercuti di kampung sempena cuti tahun baru cina yang lepas.

Tapi kali ni minta maaflah sebab aku dah lupa nama kedai yang kami pergi. Kalau ingat pun memang tak nak promote di sini memandangkan kedai makan itu tidak memenuhi spesifikasi yang kami tetapkan. Cewah! Memang makanan yang dimasak sedap cuma adalah beberapa perkara yang aku tak suka tentang kedai makan ini.

Harga semangkuk maggie ketam di sini adalah RM25. Berbaloi tak? Bagi aku hanrganya agak mahal memandangkan maggie tu sikit sahaja. Tetapi isi dalaman seperti udang, ketam dan pelbagai jenis makanan laut memang marveles lah! Segar-segar pula tu. Tapi kalau nak puas hati, baiklah masak sendiri di rumah :P

Oklah, itu sahaja. Bertemu kembali di entri seterusnya :)

Jumaat, 20 September 2013

Sambut Hari Tua Sang Suri Di Secret Recipe

Assalamualaikum,

Rabu yang lepas (18/09/2013) sudah genap 13 tahun eh! (sila terbalikkan nombornya) aku dilahirkan di dunia ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah Alhamdulillah terima kasih Allah di atas nikmat usia yang diberikan. Malam sebelum itu merasa seharian demam kerana bengkak susu, penangan makan durian terlampau banyak. Rasakan!, semakin usia bertambah semakin banyaklah pula sakitnya. Jadi kenalah sentiasa bersyukur dan menghargai setiap nikmat kesihatan yang Allah berikan. Azam baru sempena bulan kelahiran mahu lebih berdisiplin dalam makan & minum; mahu teruskan amalan pemakanan sunnah dan juga mahu makan vitamin tambahan.

Terima kasih juga buat yang mengingati dan memberikan ucapan harijadi buat aku. Terharu rasa hati, di facebook, whats app, sms, email. Terima kasih tak terhingga di atas ingatan. Semoga Allah merahmati dan melimpahkan rezeki dan juga umur yang panjang juga buat kalian semua. Ikatan silaturrahim ini semuanya terjalin kerana Allah atas kehendakNya, semoga semakin bertaut erat walaupun kita sudah berbeza pegangan :) (Pegangan tu bukan maksudnya agama ya cuma mungkin ada kawan-kawan yang bekerja sedangkan aku tidak bekerja, ada kawan yang tidak berniaga sedangkan aku suka berniaga)

Ucapan paling berharga sudah pasti dari en suami dan keluarga. Macam biasalah, mesti minta kek dengan en suami. Bila sebut sahaja kek, sudah pasti terbayang kek Secret Recipe yang memang menjadi kesukaan kami sekeluarga. Jadinya malam itu en suami bawa kami makan di Secret Recipe Giant Kemuning Utama. Harijadi mak tapi anak-anak yang terlebih suka!


Kek baldu merah (RM10.00/sepotong)

Rasa kek red velvet di sini rasanya macam kurang "kick" berbanding yang red velvet yang aku tempah melalui adik kawan aku dulu. Boleh rujuk iklan ini :




Abang sulung Haziq sudah tercabut giginya pada hari Selasa yang lepas. Masa tu tengah goncang-goncangkan gigi terus tercabut. Alhamdulillah tak keluar darah yang banyak pun. Sekarang Haziq dah macam gangster!


Si manis Husna memang suka makan kek:)


Si nakal Ashaff pun nak makan tet (kek). Ya Allah memanglah budak Ashraf ni antara penyumbang darah mama naik. Setiap hari suka sangat buat adik baby. Mulut pun bukan main "lebat" bercakap, suka sangat mengadu domba dekat papa kalau abang dan kakaknya tak mahu bermain dengannya.


Yang ni pula bibik eh! majikan ketiga aku selepas Allah & Rasulullah :) 

Nak ceritalah sikit tentang Secret Recipe sekarang ini, rasanya dah lama aku dan keluarga tak keluar makan di sini. Kalau ada pun hanya singgah beli kek sahaja. Hari tu, memandangkan semua masih belum makan lagi, kami makan malam di situ. Apa yang boleh ditulis di sini, aku agak kecewa lah sedikit dengan "presentation" makanan dan layanan di sini. Pekerja ada dua tiga orang berdiri kat bahagian kaunter tapi nak tunggu hantar makanan agak lama juga. Sudahlah diminta pinggan kosong tunggu lama baru dapat, sampaikan aku yang pergi ambil sendiri. Isy isy isy rasa macam tak patut dan tak padan dengan harga yang dikenakan.

Hari itu juga kami makan bertemankan lalat. Memang rasa cukup terganggu di situ. Bayangkan satu tangan nak makan satu tangan nak halau lalat. Harap-harap lepas ini Secret Recipe akan lebih menjaga tahap kebersihan premis mereka kerana mana-mana Restoran Secret Recipe yang aku pernah pergi pun kesemuanya ada lalat *garu kepala* Agaknya lalat suka berada di tempat yang manis-manis (kot) Hanya andaian semata-mata. Ke sebab tak ramai manusia yang masuk jadinya ada haiwan yang bernama lalat pula yang masuk? Sekadar gurauan ya!


Pan Grill Dory With Lobster Sauce (RM18.50). Sayur tu memang tak segar, sampaikan warna pun dah berubah


Spaghetti meatball kesukaan Haziq (RM16.50) agak banyak juga sampai boleh makan kongsi dengan Husna dan Ashraf


Fried Rice Satay (RM15.50) pilihan en suami (patutlah makin lama seluar makin mengecil ya bang?)

Alhamdulillah kenyang juga walau makan dalam keadaan biasa (kelam kabut melayan anak-anak). Terima kasih en suami kerana melayankan anak tekak mengada seorang isteri.

Terima kasih pada semua yang memberi ucapan dan ingatan buat diri. Sayang semua. Doakan moga diri ini makin bertambah baik selaras dengan bertambahnya usia. Mohon Allah sentiasa tunjukkan jalan yang benar dan lurus dalam perjuangan hidup ini.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Isnin, 16 September 2013

JJCM ~ Nasi Arab Hadramawt Palace lah Pula

Assalamualaikum,

Bertemu lagi dalam siri jalan-jalan cari makan. En suami memang penggemar nasi arab, kalau ke luar negara sudah pasti itulah menu yang akan dicuba di setiap negara yang beliau pergi. Baik di Dubai, Turkmenistan, Uzbekistan, Oman mahupun ke negara Asia seperti Thailand, Filipina mahupun Myanmar, sudah pasti menu nasi arab akan dicarinya. Mungkin cara penyediaan mereka berbeza tetapi selalunya rupa dan rasa nasi arab dari setiap negara adalah sama iaitu berlaukkan kambing!

Malam Sabtu yang lepas kami sekali lagi ke Restoran Hadramawt Palace yang terletak berhampiran dengan KLCC. Sanggup meredah hujan semata-mata mahu makan nasi arab yang sedap di tekak kami. Alhamdulillah, malam minggu pelanggan pun tak ramai sekejap sahaja selepas memesan makanan terus dapat makan:)


gambar : google

Rupa-rupanya ada beberapa lagi restoran nasi arab yang bernama Hadramawt di sekitar KLCC. Mula-mula mencari restoran ini sampai sesat kami di sekitar Bukit Bintang. Iyalah! Kami ini orang kampung sesekali masuk bandar pening juga:)

Ini adalah alamat Restoran Hadramawt ini. Lokasi adalah berhadapan dengan Prince Court.

Restoran Hadramawt Palace
No 251, Jalan Bukit Bintang,
55100, Kuala Lumpur

Phone No : 03-2143 3333

Malam itu kami makan lamb madghout 1kg untuk satu famili. Tambah ayam untuk anak-anak tapi rasanya lain kali tidak perlu memandangkan anak-anak semuanya suka makan kambing!


Lamb Madghout 1kg (RM46.00) memang nampak banyak tapi tak sangka pula habis. Haziq aje makan bertambah 3 kali. Adakah faktor hujan yang membuatkan mereka lapar atau kerana memang mewarisi perangai papa yang sukakan nasi arab :)


Ashraf pun makan juga cuma kena rajin suapkan. Kalau nak harapkan dia makan sendiri memang tidaklah sebab banyak bermain dari makan.


Boleh like fanpage mereka di Hadramawt Palace


Restoran ini terdiri dari bangunan 2 tingkat. Yang kat atas ni adalah tingkat atas, ada bilik-bilik macam bilik mesyuarat gitu; sangat sesuai untuk dijadikan majlis peribadi dan bagi mereka yang mahukan "privacy" bolehlah naik ke tingkat atas (dengan syarat mestilah datang lebih dari tiga keluarga) kerana kalau dua orang tak kan nak makan dalam bilik besar kan? Siapa yang pernah menonton telemovie "Cinta Halal" mesti akan ingat scene Fahrin Ahmad tengah makan, haaa lokasinya adalah di sini :)


Pekerja di sini semuanya berbangsa Arab tapi ada juga orang tempatan & juga Indonesia yang menjadi pelayan. Makanan pun boleh order dalam Bahasa Melayu aje jadi tak payah nak susah-susah "spekaing" dengan Pak Arab ini =P


Hiasan dalaman restoran ini biasalah banyak bercirikan Mediterranean punya stail. Ada banyak gambar-gambar tergantung dalam restoran ini.


Yang kat depan en suami ini semuanya pelayan mereka. Bukan pelanggan yaaaaa


Akhir sekali gambar anak dara yang hanya memakai baju tidur sahaja. Asalnya memang nak keluar makan dekat-dekat sahaja tapi entah mengapa malam tu tetiba en suami mengajak makan nasi arab sahaja. Isterinya hanya mengikut sahaja memandangkan ai ni semua pun telan :)

Alhamdulillah, kenyang perut suka hati

Nantikan kemunculan blog baru aku iaitu Jalan-Jalan Cari Makan yang akan memuatkan tempat makan menarik yang pernah aku dan keluarga makan. Alang-alang berblog, biar sampai ada manfaatnya. Insya Allah

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Sabtu, 29 Jun 2013

Jalan-Jalan Cari Makan ~ Restoran Chop & Steak, Sri Serdang

Assalamualaikum,

Lamanya tak post entri jalan-jalan cari makan di sini. Al-maklumler setiap kali kami keluar makan dok berhempas-pulas dengan anak-anak, tak sempat nak keluarkan handset untuk ambil gambar pun T___T"

Takpun sebab masing-masing perut dah kelaparan tahap gaban so tak sempat nak jadi "mental" sekejap..hihi

Tapi hari Sabtu yang lepas aku sefamili & adik ipar aku keluar makan malam di salah satu restoran makanan barat yang cukup terkenal di kalangan pelajar UPM iaitu Chop & Steak yang terletak di Sri Serdang. Aku ni nama je lepasan UPM, duduk pula dekat Kolej 11 (kira dekat juga dengan restoran ini) tapi sekali pun tak pernah masuk makan kat sini masa belajar dulu. Mungkin masa tu takde kenderaan nak pergi jauh-jauh so redho jelah makan makanan makcik cafe @____@

Ya Allah sudah hampir 8 tahun aku meninggalkan UPM dan sudah lama juga aku tidak menjejakkan kaki di sana memandangkan adik ipar aku yang juga pelajar UPM dah lama habis belajar, kalau tak kompom memang akan masuk ke dalam UPM hantar dia..hihi Banyaknya kenangan masa zaman belajar, Alhamdulillah Allah berikan aku peluang untuk menghabiskan ijazah kejuruteraan aku, walaupun sekarang berkesudahan menjadi surirumah sepenuh masa tapi aku rasa mungkin satu hari nanti segala ilmu yang aku belajar dulu boleh digunapakai dalam hidup aku. Insya Allah, kerana Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Oklah, nak cerita pasal restoran ini pula; bagi mereka yang teringin nak makan menu makanan barat bolehlah ke sini di alamat :

Restoran Chop & Steak,
No.20, Jln 6/10, PKNS Seri Kembangan,
73300, Seri Kembangan,
Selangor

Harga makanan kat sini memang berpatutan. Rasa pon boleh tahan sedap & diterima tekak kami. Hari tu kami orderkan spaghetti untuk anak-anak, black pepper steak untuk aku, sirloin steak untuk adik ipar, en suami makan apa dah lupa & tamak sikit kami tambah order chicken chop lagi satu..hihi Konon nak suruh anak-anak makan tapi kesudahan papa dia yang habiskan sampai kekenyangan tahap gaban & sampai tak boleh drive balik Shah Alam. Malam tu kami bermalam di Kajang. hihi


aduh! spaghetti memang menjadi kesukaan anak-anak terutamanya si cilik Ashraf Hariz, sepinggan penuh ni kongsi 3 beradik. Semua kenyang muka pon happy:)


Tengok gambar sekali lagi buat lapar, daging memang lembut & kuah black pepper memang kena dengan citarasa aku. Tapi kentang agak sedikit kurang masak. Apa-apa pun semua licin:)

Cuma chicken chop sahaja macam tak berapa kena dengan selera kami; mungkin masa tu masing-masing dah kekenyangan & terpaksa habiskan menjadikan chicken chop tersebut tidak sedap berbanding lamb chop..HAHA

Restoran ini dibuka pada pukul 5 petang sampai pukul 2 pagi. Memang sentiasa penuh dengan famili yang bawa anak-anak makan di sini. Servis agak lambat hari tu memandangkan ramai pelanggan yang menunggu order. Kalau nak cepat boleh order chicken chop atau kentang goeng dahulu supaya anak-anak tidak bising kelaparan. Air pula didatangkan dalam gelas besar & memang puas hati sebab tiada adegan berebut air. Surau juga disediakan di sini sekiranya kita mahu solat Maghrib dahulu.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, boleh baca review dari Kakimakan.com di sini (kakimakan,com/Restoran Chop & Steak Seri Serdang)

Semoga bertemu kembali dalam siri jalan-jalan cari makan keluarga kami:) bye!

Rabu, 6 Mac 2013

Bila Anak Ramai, Nafsu Makin Kurang?

Assalamualaikum,

Tajuk adalah takde kena mengena dengan aku yaa..saje bikin gempak je tu=P

Bila ada anak ni, selalunya kita sebagai ibubapa mesti dok fikir nak gembirakan hati anak-anak aje. Especially time dapat gaji, kenalah kan bawa anak keluar makan kat luar sekali sekala. Bagi diorang makan apa makanan yang diorang suka. Tapi kan, tapi kan, sejak dah ada anak ramai kecil ni, nafsu nak makan kat luar rasa macam dah tak macam dulu. Ke faktor usia eh yang membantutkan rasa nak bersiap keluar makan? ke pengalaman makan dalam keadaan huru-hara yang membuatkan aku takde nafsu nak keluar makan eh?

Demi anak-anak, gagahkan jua bersiap-siap hari Ahad yang lepas ke Jusco. Walaupun pada mulanya bagitahu tak nak keluar rumah nak duduk diam-diam berhibernasi layan TV tapi bila tengok anak-anak dah siap, en suami dah spray perfume, eh! takleh jadi ni so gagahkan diri bersiap ala kadar & pukul 12 tengahari kami keluar juga ke Jusco. Nasib baiklah Jusco ni dekat ngan rumah tapi berputar-putar jugalah mencari parking! Haisy..orang Malaysia ni memang banyak duit kan? Hujung minggu penuh je shopping mall=D

Sampai Jusco haruslah cari makan dulu kan so tanya budak-budak ni & diorang cakap nak makan Pizza Hut..Nasib baik nak makan pizza, kalau buatnya nak makan Setarbak, kopak bapak kamu!!
Tapi haritu punyalah ramai manusia, mungkin masa tu dalam waktu lunch hour so memang setiap meja dah penuh, ada kosong pon meja kecil & sebelah meja kami ada couple muda tengah dating & masuk sekali dengan kami. Meja aku ni sudahlah kecil pastu ada stroller kat tengah-tengah meja antara kami & couple tu, pastu Ashraf pula mula-mula papa dia pegang tapi lepas tu keadaan jadi tak terkawal sebab this little master ni nak duduk atas meja main pinggan sudu lah pulak!

Serious aku rasa huru-hara sangat. Bila sampai makanan lagi huru-hara, nak-nak bila makanan sampai..HAHAHA Macam nilah nasib orang beranak ramai & masih kecil ya? Jom layan gambar aku sempat ambil masa tengah pujuk Ashraf dari mengamuk. Memang mencabar keimanan sungguh kalau bawa dia keluar, semua dia nak main & pegang..Huh!!


Masa ni duduk eloklah sekejap bila ada makanan depan mata, kalau tak..jangan harap nak duduk diam, ketuk meja dengan sudulah! menangislah, meronta nak turunlah T_____T"


ni je makanan yang sempat aku ambil gambar; haritu aku makan baked cheese rice..Yaaa hari minggu adalah hari menternak lemak..HAHAHA Masa makanan sampai baby Azzam pula sedar menangis..Alolololo sudahler tempat tu sempit nak menyusukan pon susah so berlarilah aku ke tandas (ingatkan ada tempat menyusu rupanya takde) nasib baik toilet orang cacat tu besar so menyusu kat situ lah sekejap. Kalaulah Azzam Haneef baca ni bila besar mesti dia cakap "Euuuuuwww menyusu dalam toilet" HAHAHA Dah nak buat camno nak, takkan mama nak selak depan budak laki yang tengah couple tu, karang marah pula gelfren dio:P


Husna request nak makan pizza so order pizza kecil untuk dia. Nasib baik makan. Alhamdulillah anak perempuan ni senang sikit nak jaga, dengar cakap & kurang bermain masa makan.


Comey anak tino Mek La ni *eceh puji anak sendiri pulak*


Anak laki walaupun dah besar macam Haziq ni masih nak perhatian kita. Kadang-kadang suka main dengan makanan. Memang geram sangat-sangat sebab sudahler kita ni sibuk dengan adik, dia pon sama naik perangai macam adik. Lepas dapat "upah" dari papa baru behave..HAHAHA Biaserlah Haziq, sesekali mesti kena bagi upah manja supaya dengar cakap sikit:P


Masa mula-mula rajin en suami melayan Ashraf tapi makin dilayan makin menjadi-jadi so terpaksalah letak dalam kerusi budak tu..HAHAHA Memanglah haritu kami makan dalam keadaan kelam kabut, mungkin sebab ada baby Azzam yang masih kecil kot & haritu pon dapat tempat yang tak sesuai, sempit, bising, panas, pastu kiri kanan ada pelanggan yang lain. Sebelah kiri en suami ada sorang pompuan (tak tahulah bujang ke mak orang) tapi dia makan sorang-sorang, nampak rilek je kunyah makan slow-slow telan dengan tenang. Kami ni, kalau boleh tak payah kunyah telan terus..HAHAHA

Lepas je makan terus balik rumah..Dah tak koser nak jalan-jalan cuci mata kat shopping mall. Haisyyy nampak sangat dah takde nafsu nak jalan-jalan. Lepas ni kena makan kat rumah jelah, jimat duit jimat tenaga!! OKlah thanks sebab sudi baca entri yang tak berilmiah ni..Sekadar meluahkan perasaan saja..Cepatlah besar duhai anak, mama nak makan dengan tenang:P

Bye!

Isnin, 4 Mac 2013

JJCM~Restoran Mohd Chan Kota Kemuning (Lagi)

Assalamualaikum,

Jumaat malam yang lepas kami ke Restoran Mohd Chan lagi. Kali ni lepas solat maghrib je terus keluar dari rumah. Rasa ralat sangat haritu sebab masa teringin nak makan kuey teow daging, kami sampai lambat so kebanyakan meja dah penuh so terpaksalah makan di Pak Hailam Kopitiam.

Alhamdulillah, dapat makan di dalam walaupun pada mulanya semua meja sudah diletakkan tanda RESERVED. Al maklumler malam cuti kompom-kompom ramai yang call buat tempahan. Melihatkan kami yang ada baby kecil ni, terus staff restoran bagi kami duduk kat dalam restoran. Bagus juga sebab kalau makan di luar agak kurang selesa kerana meja yang kecil & kawasan yang sempit, kalau dapat pula sebelah orang hisap rokok lagi kesiankan baby kan so memang beruntung sangat-sangat kalau dapat makan kat dalam. Dengan iringan lagu Westlife (TV asyik dok tayang konsert Weslife je, agaknya tokei dia big fan of Westlife kot.HAHAHA) & tempat ber air-cond, lagilah sedap baby Azzam tidur!

Tapi walaupon baby Azzam tidur, tetaplah tak boleh makan dengan tenang sebab kena melayan si Ashraf yang aktif tu. Tak nak dah makan bersuap, semua nak buat sendiri dah! Memang haru birulah kalau keluar makan dengan anak-anak! Tapi tetap mahu keluar makan juga kan..yerlah sekali sekala kenalah tambahkan lemak di badan ni:D


Macam biasa order set dim sum..anak-anak tak berapa suka sangat..tapi mereka makan juga cuma tak makan banyak


Kali ni aku tak order dah kuey teow daging, en suami suruh order menu ni *lupa pula namanya* tapi gabungan kuey teow dengan yee mee ke. seperti biasa portion memang besar sampaikan terkejut beruk aku sebab takut tak habis..tapi habis je..dasar perut stokin kan..Owh yang pasti rasanya sedap & harga pon boleh tahan murah (bawah RM10 je) so memang berbaloi-baloi kalau tak nak makan nasi



En suami order nasi dengan sweet sour fish. Rasa ikan tu biasa je..tak suka pula laki aku ni..mungkin sebab rasanya yang terlebih masam..


Bapak serba boleh!! Dah biasa dah buat sambil pegang baby sambil suap anak & sambil makan..hehehe Kalau nak anak ramai kena jadi macam en suami..adegan air tumpah, kuah tumpah, nasi tumpah sudah sinonim dengan kami ni..hehehe Nak buat camno, anak terlampau aktif sampai tak terkawal..

Malam tu anak-anak aku makan nasi ayam. Thanks Mokra (adik ipar) sebab belanja kami makan. Moga bertambah murah rezeki Mokra..cepat-cepat bertemu jodoh yang baik yaaa

Pada sesiapa yang berada area Kota Kemuning, aku sangat-sangat rekemenkan Restoran Mohd Chan ni, makanan sedap, servis ok & harga pon tak mahal mana. Serious puas hati kalau nak makan makanan cina muslim, eloklah ke sini aje!

Oklah..bye bye. 

Selasa, 11 Disember 2012

JJCM~D'Arab Cafe Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum,

Hari ni Selangor cuti sempena keputeraan DYMM Sultan Selangor..tapi kami tak ke mana pon memandangkan en suami pon keluar bekerja juga..Tapi takpe, kita layankan gambar nasi arab yang aku makan malam sabtu yang lepas! Memang keluar tanpa dirancang pon memandangkan bosan sangat asyik terperap di rumah so keluarlah kami anak beranak mencari sesuap nasi..eceh!

En suami terus ajak makan nasi arab di Seksyen 7..Bininya yang memang sukakan makan nasi arab mengiyakan sajaaaaaaa *mana tak makin naik lelemak di badan tu*

Mula-mula tu plan nak makan burger di situ tapi sekali tokei kedai burger kawen daaaa so TERpaksalah kami makan nasi malam tu:P Memang ramai orang di D'Arab ni tapi servis cepat memandangkan ramai pekerja. Malam tu kami order set lamb kabshah untuk 3 orang makan;


Sekejap je datang sedulang nasi. Set ni dah siap sekali dengan air sirap untuk 3 orang so takyah nak pening-pening nak order air apa dah..Harga adalah RM38 berbaloi dah untuk 2 dewasa & 3 kanak-kanak. Alhamdulillah anak-anak pon suka!! Mungkin nasi disertakan sekali dengan kuah sup so ala-ala nasi daging gitu..Kalau ada chicken kanshah konpem diorang cakap nasi ayam:P LOL

Tapi nasi arab ni kalau mula-mula makan memang rasa sedap tapi lama-lama akan muak..bagi aku ler..kalau korang tak tahulah camne kan..


Pada yang berminat untuk merasakan sendiri penangan nasi arab ni, bolehlah ke sini :

D'Arab Cafe
Lot 3, Ground Floor,
Kompleks Anjung 7,
Jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7,
40000, Shah Alam, Selangor

Phone No : 03-5511 2460 / 03-5511 2464 / 03-5511 2471

Ada banyak juga cawangan mereka yang lain..itu kena tanya tokei sendiri lah yaaaa:P

Jangan lupa juga untuk like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Isnin, 3 Disember 2012

JJCM~Makan Seafood Di Pantai Bagan Lalang, Sepang

Assalamualaikum,

Dua hari cuti ke mana kamu semua? Kami Alhamdulillah dikurniakan hari minggu yang sentiasa sibuk dengan aktiviti terutamanya hari Sabtu. Seawal pagi lagi ke Genius Aulad untuk mendaftarkan Husna..Terima kasih buat en suami yang bersusah payah membanting tulang demi memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik. Melayang juga RM800+ untuk pendaftaran sekolah anak perempuannya ini. Itu belum termasuk lagi yuran bulanan Januari @_____@

Minggu depan giliran berhabis untuk Haziq pula..Yuran & kelengkapan sekolah masih belum dibeli memandangkan sekolah Haziq ni pakaian tak sama dengan sekolah kebangsaan..Takperlah, semoga ada rezeki lain yang akan mendatang..In Shaa Allah

Oklah,lupakan perkara itu..Adatlah kan kalau anak nak bersekolah..Jom layan gambar makanan yang aku makan di salah sebuah kedai makan di Pantai Bagan Lalang pula. Iya, petang Sabtu tu kami ke sana..Mula-mulanya nak survey tempat gathering keluarga & mahu bermalam di sana sekiranya ada chalet yang kosong tapi rupanya penuh semua! Dah alang-alang sampai di sana, haruslah makan makanan laut kat Pantai Bagan Lalang ye tak? Kalau tak rugi je datang jauh-jauh:P

Kami makan di Restoran Bayu Malam, berhadapan dengan Pantai Bagan Lalang. Cuaca malam tu biasa-biasa sahaja, takde angin sepoi-sepoi bahasa pon..Kebetulan malam tu ada perlawanan bola antara Malaysia & Indonesia, sambil makan sambil layan bola..Nasib baik kami sampai awal, kalau lambat agak ramai juga pelanggan yang datang.

En suami terus memilih binatang-binatang yang ada. Ikan-ikan di sini memang segar!! Harga ikan pada hari tersebut adalah siakap RM5.00 untuk 100gm, kerapu RM5.80 untuk 100gm, bawal RM4.50 untuk 100gm, ketam RM4.50 untuk 100gm, udang RM6.00 untuk 100gm, lala RM3.00 untuk 100gm & banyak lagi..


pilih jangan tak pilih

Servis di kedai makan ni agak cepat..Tak lama pon menunggu akhirnya menu yang kami order sampai. Antara yang kami order adalah
1) lala masak sambal : masakannya sedap cuma lala ada juga yang dah mati & tertutup..bila buka ada pasir T____T
2) udang 3 rasa : udang yang besar & segar..masakan pon sedap..kat sini takde menyediakan udang butter prawn kalau tak konpem kami order menu tu
3) sotong celup tepung : pon sedap, sotong segar..ratah macam tu pon dah sedap!
4) ikan kembung 3 rasa : ikan segar cuma masakan tu bukan kepada 3 rasa tapi lebih kepada sambal merah je:P
5) kailan ikan masin : fav aku..memang sedap!

Air pula kami order tembikai 1 jag & ABC satu mangkuk..cer teka berapa kami habis malam tu??


tengok gambar sotong ni rasa macam nak pergi makan lagi sekali:)


Total bayaran malam tu adalah RM80 untuk 3 dewasa & 3 kanak-kanak..Rasanya harga ni berpatutan dengan masakan & menu yang kami order ni..Seafood pon segar kecuali lala yang sedikit mengecewakan..Segar lagi lala yang aku beli di Kuala Selangor beberapa minggu yang lepas..

Pada yang ingin mencuba, sila ke Restoran Bayu Malam ni..Tapi kalau bercadang untuk bermalam, sila boking awal-awal penginapan di sini..Kalau tak, memang tidur tepi pantai jelah korang nanti:P

Jangan lupa untuk hulurkan sumbangan kita bagi membantu umat Islam di Palestin dengan cara :

taip : PALESTIN 10 / 5 / 3 / 1 (<< NILAI RM )
hantar ke 39111

SUMBANGAN ANDA AMAT DI HARGAI.. SEMOGA ALLAH SWT MEMBALAS KEBAIKAN ANDA. INSYAALLAH.. AMIN..

*** Others :-

sumbangan melalui e-banking :-

Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95 

Jangan lupa juga untuk like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Isnin, 19 November 2012

Tempat Menarik Di Cameron Highland

Assalamualaikum,

Hari ni lambat sket bersiaran..tengah adjust balik dengan jadual harian. Minggu lepas memang penat sedikit sebab cuti Maal Hijrah tu aku ke Cameron Highland, Sabtu pula ke Putrajaya sempena konvokesyen Haziq, semalam sempatlah duduk rumah mendobi & kemas-kemas balik apa yang patut..Hari ni pula ke hospital untuk check up, Alhamdulillah baby sihat & doakan semuanya akan berjalan dengan lancar nanti..Insya Allah!

Sementara masih fresh dalam ingatan ni, baik aku update gambar-gambar semasa percutian kami di Cameron Highland haritu. Percutian yang tidak dirancang memandangkan en suami tidak ikut & pada hari yang sama juga kami boking hotel. Alhamdulillah ada kosong di Heritage Hotel Cameron Highland. Harga pon standardlah kalau booking last minute; dalam RM270+ semalaman (nanti aku blog tentang hotel ini)

Aku ke sana dengan adik ipar aku. Bertolak pon agak lewat iaitu dalam pukul 2.30 petang dari Kuala Selangor. Anak-anak memang excited giler bila nak keluar jalan-jalan:) Di awal perjalanan memang lancar je traffiknya tapi bila dah sampai kat atas sana..Ya Allah jem giler!!! Hampir 2 jam perjalanan dari Kg Raja menuju ke Berinchang & Tanah Rata..Biaserlah, semuanya gara-gara pasar malam Berinchang tu..Salah kami juga sebab bertolak lambat kan..Tapi lepas je check in di hotel dalam pukul 8 malam, mandi & solat, kami keluar makan malam di kedai berhampiran hotel & sempat juga singgah ke Pasar Malam Berinchang walaupon masa tu sudah 11 malam! Best bila pergi lewat ni sebab orang pon dah tak amai & kebanyakan kedai jual murah sebab nak tutup dah kan:)

Balik hotel, terus terbungkang ketiduran kepenatan!

Esok pagi bangun awal-awal lagi sebab nak pergi petik strawberry (konon!) tapi hajat tak kesampaian bila semua tempat pon tak bagi petik strawberry:(

Dalam pukul 12 tengahari kami check out & meneruskan perjalanan pulang. Sebelum tu singgah lagi beberapa tempat yang direkemenkan oleh abang ipar..Sempat juga singgah di Pasar Berinchang untuk beli jagung mutiara yang sedap & manis tu!

Jom layan gambar-gambar dari Instagram aku..Semuanya secara rawak, malas nak susun memandangkan pergi kali ni sekejap sangat. Tapi Alhamdulillah anak-anak & mak buyong happy sangat-sangat!



di hadapan salah satu Hotel di sana iaitu Smokehouse Hotel yang memang nampak sangat-sangat ke Inggerisan! Mana tak Enggerisnya, dalam RM400-600 semalaman @_____@


Ni antara lokasi wajib berhenti kalau ke Cameron Highland. Pertama kali aku ke sini & macam-macam ada! Paling best adalah Muallaf Corner! Macam-macam barangan strawberry pon ada dijual di sini..Cendawan pon ada!


Kaktus berbunga..siapa nak??


Kedai yang menjual fridge magnet ni berdekatan dengan kedai makan di Tanah Rata..Beli 5 untuk RM10.00
Berjaya juga anak bujang aku mengepau duit aku untuk benda alah ini:P *mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi*


Antara pilihan anak bujang..selamat mendarat di peti ais rumah kami dahpon:)


Singgah makan home made ais krim di salah satu kedai Muslim kat sana (lupa pula namanya tapi on the way dari Tanah Rata ke Berinchang masuk simpang belah kanan) RM2 sebekas!


Ashraf sudah dapat gula-gula strawberry..beli satu RM0.40 beli 4 RM1..Aku tengok di S-Corner seplastik RM10.00 untuk 20 batang lollipop strawberry..murah kan?


Lagi Smokehouse..hanya boleh pandang dari luar sahaja..huhuhu Tak boleh masuk sebab tak menginap kat situ


Di Kebun Strawberry..berpagi-pagi ke sini tapi tak boleh petik strawberry:(


Smokehouse lagi..sungguh kedesaan!


Anak-anak & gula-gula..bagai irama & lagu..tak dapat dipisahkan!


Lobi Heritage Hotel..


Ashraf Hariz yang aktif, sampaikan ada sorang uncle bagi 2 biji strawberry gemuk-gemuk pada dia:) Mana pergi semua orang suka dukung Ashraf:)


Tak boleh petik, hanya boleh pandang dari kejauhan sahaja!


Pelbagai jenis cendawan ada di S-Corner ni


Di hadapan Heritage Hotel Cameron Highland


bukti anak-anak kepenatan! Tidur nyenyak sampai ke pagi


bunga-bunga yang segar!


S-Corner Kea Farm Cameron Highland..Nampak tak kereta bersusun-susun sedang naik menuju ke Berinchang! Harus merasa jem di sepanjang jalan:P


Mak buyong yang tak sedarkan diri, 8 bulan berjalan ke sana ke mari:P LOL


Sarapan pagi di hotel yang tidak mengecewakan..Tengok sahaja aksi mak buyong makan!


Kata penjual; lagi merah strawberry tu lagi manis rasanya..tapi apa yang aku dapat rasa adalah masyam semuanya!


yang pasti jagung mutiara dari Cameron Highland memang manis!! baik rebus mahupon bakar..semuanya sedap!!


Aksi anak dara di bilik hotel..Baju yang dibeli di pasar malam hanya RM15 sahaja!


Lagi pemandangan di Smokehouse


Alangkah indah kalau rumah kita macam ni, petang-petang menghirup udara segar di balkoni rumah sambil minum teh panas..Oh! bahagia


Semuanya berkisar tentang strawberry & pink!!


Cuba intai ke dalam tapi tidak kesampaian!


Payung-payung indah tergantung


Ashraf pantang dilepaskan, mesti lincah berlari..teruja dengan suasana sejuk & masa ni baru lepas makan di deretan kedai di Dataran Tanah Rata..Harga makan di situ murah & sama sahaja dengan harga di kedai yang biasa kami makan di Shah Alam ini


Budak debab yang sukakan kedinginan cuaca Cameron Highland..Teringat Kundasang!


Berjalan sambil belajar..budak-budak zaman sekarang!


Jangan lupa singgah beli cendawan di sini (S-Corner)..segar & harga berpatutan..Sayur-sayur 8 plastik RM10 sahaja


Sempat lunch di Muallaf Corner; makan chicken pie, mushroom soup, scones, nasi lemak, teh tarik, home made strawberry milkshake..semuanya sedap!


Pertama kali mencuba scones..sedap!


Harga juga berpatutan..Jangan lupa singgah ya:)


Strawberry with cream & chocolates! Rasanya lagi sedap tanpa ditambah cream


Akhir sekali bunga segar dari Cameron Highland..Semuanya pada harga RM15 sahaja digubah sendiri oleh aku:) #patutlahcacamarbasahaja

Oklah, itu sahaja yang sempat dikongsikan..Actually ada banyak lagi gambar tapi susah nak upload..Cameron Highland memang best! Tapi janganlah pergi masa cuti sekolah atau cuti umum kerana kebestan itu akan hilang bila dapat makan jem FREE..hihi

Tapi bagi aku yang sudah sememangnya kalis dengan jem, bak kata kawan aku; darah RedWarriors mengalir dalam diri dek kerana setiapkali balik kampung pon makan jem, so apalah sangat setakat 2 jam jem di atas sana dengan pemandangan & pengalaman melihat sendiri ciptaan Allah di atas sana..Subhanallah sungguh cantik!!

Insya Allah, kalau ada rezeki boleh pergi lagi..terima kasih pada en suami yang mensponsor hotel kami:)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^