Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 8 Ogos 2011

Apa Persiapan Raya Korang Dah Buat?

Waaaah, puasa baru seminggu dah sibuk fikir persiapan raya;P

Well, macam nilah pompuan kan..suka fikir benda-benda yang remeh, kesian para suami yang kena membanting tulang 4,5,6 kerat pasal nak hulur pada sang isteri. Tak hulur kang, ada jugak yang tarik muka masam sepanjang hari *eh bukan aku tau*

Jom check, setakat mana yang dah korang buat;P

Langsir raya : corak yang aku suka jenis damask style, of courselah sesuai dengan wallpaper rumah aku tu. Tapi tahun ni rasanya macam tak tukar langsir kot sebab langsir yang aku tempah ni masih elok lagi *ayat sedapkan hati* & disebabkan kes kisah langsir rumahku ini, en suami ku bilang "mama tunggulah sapa lusuh baru tukar". Lagi tentang langsir di entri ini, ini, & ini.

biskut raya : yang ni aku main beli je, tak pernah buat walau sekali..Tapi teringin nak buat "projek kuih raya dengan anak-anak", walau sekadar cornflakes madu, hanya sekadar untuk membangkitkan semangat raya buat mereka yang tak puasa tu.





Malam 7 Likur : selalunya orang akan start pasang pelita keliling rumah tapi dah kerana kita ni tinggal di bandar so aku plan nak pasang lampu liplap depan rumah *itupon kena tunggu porch siap dulu*. Haziq ngan Husna mesti excited tengok lampu warna-warni kelip-kelip depan rumah dia nanti;)


Sofa raya : Kalau kompeni ada bagi duit raya imbuhan, rasa macam nak tukar je sofa kami yang kat rumah tu tapi kali ni tak nak beli set 1+2+3 tu memandangkan ruang tamu aku yang kecikagak terhad ni so nak kena pandai pilih & mix & match. Boleh baca Tips sebelum membeli sofa baru sebagai rujukan buat korang yang teringin untuk menukar sofa;) *tapi hati-hati dengan gambar sofa yang last sekali tu, bulan pose ni aku tak nasihatkan tengok*



kek raya : hehehe..yang nipon penting juga bila time nak buat open house kan, kenalah tahu kat mana nak tempah kek yang paling sedap atas muka bumi ni;P Teringin nak makan red velvet..Ada sape-sape nak sponsorkan tak??


baju raya : hehehe..yang ni memang takleh dilupakan, apalah gunanya raya tanpa baju raya kan??Biarlah walau sepasang, janji dapat pakai baju raya kan..Tahun ni banyak pula baju raya yang jenis kaften tu..Teringin juga nak pakai, tapi aku takut orang ingat aku mengandung je;P Teringat pula program Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata, rasanya masih belum terlambat untuk korang mendermakan sepasang baju raya untuk menggembirakan hati anak-anak yatim di luar sana. *Insha Allah*


Ada apa lagi yang tertinggal eh?? OOOowwwwHHh adaaa..Adaaa..satu lagi iaitu DUIT RAYA..hehehe yang ni kewajipan meh, sejak dah kahwin ni tiba giliran aku pula untuk bagi duit raya..Raya ni jemputlah datang ke rumah, boleh dapat duit raya;P *dengan syarat korang berumur 12 tahun ke bawah* Hehehehe

4 ulasan:

eynda berkata...

Langsir raya ~ pakai apa yg ada..jenuh tukar curtain rumah eynda tu...$$...$$ heheh...

Biskut raya ~ tempah jugak dgn yg kenali sebab dah tau sedap...

Lampu raya ~ hajat hati nak pasang pelita...tengok keadaan...

Sofa raya ~ guna apa yg ada...


Kek raya ~ kena ada kalau ada tetamu...kalau takde tetamu, tuan rumah perabih :-p


baju raya ~ dah siap beli sebelum puasa... beli time puasa nanti letih sebab eynda jenis cerewet...jenuh hubby & anak2 jadi mangsa buli keluar masuk kedai :-D


duit raya ~ hubby prepare hihi...eynda tukang masukkan dlm sampul je nanti :-D



Sekian...

FaRah Baharom berkata...

bestnye zaila tukar langsir. :)
mesti meriah raye kali nie. dgn sofa baru, lampu lip lap.

Unknown berkata...

bagus checklist ni...

yatie chomeyl berkata...

meme comey stail kaftan tu, mujor ore duk jepun. kalu dok di msia, meme beli doh wat rayo hehe

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^