Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 22 September 2011

Hamper Raya

Waaaahhhh, selagi bulan Syawal tak habis, semua entry mesti ada ending perkataan "raya" kan?? Hikhikhik..Ada aku kesah:P

Ni aku nak cerita pasal hamper raya ni..Actually dapat dalam bulan puasa lagi tapi maklumlah aku kan feeling busy so banyak entry tertunggak..tapi nak cerita jugak..jangan bosan pula bila membacanya yaaaaaaaa!!

Tahun ni Alhamdulillah, adalah sikit dapat hamper raya tapi bukan aku punya r..en suami yang dapat tapi aku numpang samalah kan..Dapat hamper penuh ngan biskut raya, ada 4 balang semuanya..Pastu aku pula dapatlah hamper dari bos aku sikit-sikit..Actually hamper tu supplier yang bagi so dia suruhlah kami buka bahagi-bahagikan..Dapatlah sket-sket..Tapi yang aku paling suka adalah bekas-bekas hamper tu..Konpemlah awal-awal lagi aku yang rembatkan..Tapi yang lawa-lawa r, kalau setakat bakul jaring-jaring tu, takderlah aku nak ambik..Hikhikhik (gelak macam AnaSuzana dah kekdahnya)

bakul yang ni aku buat tempat letak koleksi majalah Impiana aku tapi belum tu test power letak 2 ekor kucing kembar dulu..hehehe..kucing-kucing aku ni dok main cakar-cakar kat bakul tu, test power cakaran agaknyaa..geram je aku nengoknya!! Seb baik tak terburai tali-tali tu..Susah kalau membela hantu raya kucing ni..Macam-macam boleh rosak kalau depa dah start mencakar-cakar=____='

yang ni plak bakul anyaman..aku buat letak sampah mainan anak-anak aku..

Pastu aku ada juga dapat hamper dari kompeni..hak ni memang tiap tahun aku dapat (selagi berkhidmat di sinilah kan) tapi tahun ni tak selebat tahun lepas r..Mula-mula meh nak tunjuk kad raya dulu..hikhikhik..tahun ni kaler kelabu koooo..tahun lepas kaler hijau..


dalam kad ni ada ucapan raya dari Director kami iaitu Dato' Zubaidi tapi tulah, tak susewei nak pos bagi mak ayah, karang diorang blur..sapo Dato' Z ni?? Hahahaha:P


dapat 2 bekas biskut raya & serunding daging..dia punya serunding daging ni memang terbaik ah..aku ratah makan macam tu aje, kalau tak silap aku..serunding ni ambil dari Kelantan juga so raya haji tahun ni aku nak balik carik..ada sapa-sapa nak tempah?? Helo-helo jelah kat aku ya;)


sampul raya pun ada..tahun ni dapat banyak sikit compare last year..so sape-sape yang dapat sampul macam ni, konpemlah dapat dari kami laki bini:P



akhir sekali, terimalah pose manja dari kucing aku si Lala..sekarang ni dah besor panjang dah dia sekor..ada cerita pasal dia tapi tunggulah next entry..hahaha:P


siapa nak hamper raya ni??:P *angkat keyboard*

2 ulasan:

mrs.spicy berkata...

ala...xdok kibod nak akat..haha

Anis Rosli berkata...

haha..samo la...tak dok keyboard nak angkat jugok ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^