Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 20 September 2011

Pengalaman Pertama Terbang Dengan Air Asia

Entry seorang yang jakun okeh!!!

Yolah, aku ni manalah pernah merasa lagi naik kapaltorbang..First time aku naik pun masa Form 1 kalau tak silap aku, masa tu abang aku belanja p KL naik MAS airline..Pastu masa 2009 sekali lagi masa g Phuket..Huhuhuhu..Aku ni takde tahi lalat kat kaki so tak pernah berpeluang jalan jauh macam orang lain..Eh tapi bersyukur apa..Bukan senang juga kalau selalu kena travel kan?? Hehehee..so lain orang lain caranya, lain padang lain belalangnya:P

So minggu lepas, aku berpeluanglah merasa terbang dengan AirAsia iaitu syarikat penerbangan tambang murah yang terbaik di dunia *kata merekalah kan* Itupun sebab ada urusan kerja di Kelantan..kalau jauh-jauh macam Labuan, mampos aku tak nak g..Hahaha memilih sungguh!!

Aku beli tiket pun secara online & pakai duit sendiri dulu sebab masa aku dapat "Arahan dari bos" tu dah hari Ahad & kalau hari bekerja sempatlah suruh ejen kompeni kami yang bookingkan tapi ni dah last minute sangat since nak fly hari Isnin so nak tak nak kena buat sendiri jugak..Buka website MAS & AirAsia compare harga & tengok waktu penerbangan..

Kalau naik MAS pergi & balik dalam RM500++ & Air Asia pula hanya RM310++ so konpemlah aku akan ambik yang paling murah kan (kalau bukan pakai duit aku nak je ambik MAS tapi takperlah, nak jugak merasa naik Air Asia kan)

Pada yang booking sendiri secara online, kalau boleh tak payahlah nak ambil semua tawaran yang diorang offer kat dalam website tu contohnya macam pilih tempat duduk ke, bayaran untuk luggage ke, check in di kaunter ke hape sebab semua tu akan dikenakan bayaran so nanti harga tiket korang akan jadi mahal pula & silap haribulan lagi mahal dari MAS:P

Nanti aku cerita macamana nak self check in di kiosk LCCT next entry yaaa..kali ni saje nak tayang gambar kat Airport Pengkalan Chepa (ape dah nama penuhnya lupa dah) masa dah nak balik KL haritu..Naseb baiklah aku sempat check in before boarding time sebab salah aku juga tak expect yang kerja aku ni akan ambil masa yang lama..Huhuhu Konon nak g sehari jelah kan so aku ambil flight petang dalam pukul 5.10 gitu..TAK tahu pula yang rupanya aku kena g Kota Bahru pula then gerak ke Pasir Puteh & bila dah settle kat situ baru boleh balik..Huhuhu..kecut perut jugaklah sebab bukannya dekat jarak satu-satu tempat tu & dahler jalan tak macam KL ada banyak highway..so haritu tawakal jelah g keje..Kalau takdan aku plan nak ambil tiket bas balik Shah Alam malam tu juga..huhuhu

Tapi Alhamdulillah, sempat juga aku check in dalam pukul 3.30 petang & masa tu lapar toksah cakap ah sebab dari pagi bawak ke petang aku kerja dek taknak tertinggal kapal punya fasal..Pas je check in, p bantai makan KFC dulu before boarding..hehehe


gambar kat ruang menunggu, dalam ni ada kedai jual buku, jajan-jajan & ada juga kedai makan tapi semua hak jenis segera aje..masa tu ramainya manusia & mat saleh pun ada juga..tapi aku control macho jalan sorang diri:P
sebelum flight aku, MAS hak berlepas dulu tapi macam delayed sket sebab ada yang lambat..Kalau MAS ni diorang tunggu juga kalau kita terlambat sket kan, kalau Air Asia..babailah jawabnya:P so rancanglah perjalanan dengan betul..hehehe
Kalau Air Asia nak kena menapak sket untuk naik plane..biaserlah, anak tiri di Airport situ:P
tu pelancung dari Jepun, seksi koooooo..kusss semangat aku nengok mereka..ingat orang negeri Serambi Mekah ni biaser ke tengok minah-minah seksa seksi macam ni ke:P
mula-mula aku gayat gak naik tangga ni LOL tu baru tangga, belum betul-betul dalam plane lagi..hahaha..
dua-dua flight aku dapat duduk tepi tingkap & subhanallah..berpeluang melihat ciptaan Yang Maha Esa..masa g KB tu flight smooth je tapi on the way balik KL ada flight turbulance sket, masa tu nampak r kapal terbang langgar awan-awan (macam kepul asap hitam) & rasa bergegar..Hahahaa..Aku tak tahu nak peluk sape masa tu so aku pegang kerusi kuat-kuat & seb baiklah tepi seat aku tu kosong..tapi tepi seat kosong tu ada young & handsome chinese guy..Hehehe..dia pandang aku, aku sengih je kat dia *agaknya dia cakap, kalut sungguh akak ni*
suka pramugari dalam flight ni, cantik-cantik nooooo...tak berkelip aku tengok especially during diorang bagi instruction tu..Mulalah koyal naperlah aku tak jadik pramugari dulu *berangan terus tak leh blah* Masa flight KL-KB pramugara semua muka bersih-bersih, kalah muka aku yang berkarat ni:P


Masa booking awal-awal lagi aku request nasi lemak combo RM12 tapi tak makan pun sebab kejap sangat rasanya..Tak dan nak tidur pun so aku tapau jelah bawa balik rumah kongsi makan dengan anak-anak & bapak anak:P *berkat tak*


Apa-apa pun, aku memang enjoy terbang dengan Air Asia *ini adalah iklan tak berbayar, i really hope that Datuk Tony Fernandez akan bayar aku in the future* hahaha koyal tak sudah:P
kerana;-


keadaan flight agak selesa jugalah..kerusi pun leather tak macam MAS g Phuket pon lapik kerusi fabrik lagi..HAhahaa..Kalau jauh-jauh aku tak tahulah kan..


Nak check in pun senang sebab ada kiosk & mobile check in in case kita tak sempat berada di airport on time..Check-in dari rumah pon boleh tapi make sure printkan kertas bukti sebagai boarding pass kita nanti..


Makanan pun boleh tahan mahal sedap, even aku bawak balik makan kat rumah..hehehe Kalau atas plane lagilah sedap sebab masih panas kan..


& yang paling penting..harganya yang murah & service pun ok..


Oklah, sekian testimoni dari saya:P

5 ulasan:

Nurhayati berkata...

lama tak naik kapal terbang.
last naik gi company trip kat kuching last year dgn mas :)

beb, harus enTony bagi tiket free pas ni.

Unknown berkata...

good info

DaZzlingLilLy berkata...

ai pun baru skali je penah merasa naik Airasia nih..mmg jakun jugak mula2 naik sila mintak selimut ko..malu sehhh..haha

yatie chomeyl berkata...

biasonyo cabin crew air asia x lawa sgt, tp bedok sekilo dan skirt pendek yg seksi dan ketat, sbb tu napok lawa kot huhuhuhu

Azmiezas berkata...

suka nasi lemak kat dlm AA..hehehe

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^