Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 23 September 2011

Pinggan Raya

Matiklah aku kena bantai pasal asek cerita pasal raya aje:P

Kalau korang follow blog aku mesti dah tahu yang aku suka beli barang kat Pengkalan Kubor kan..Boleh refer entry ini, ini, dan ini, Asal balik kampung je, memang wajib akan singgah r kat sini memandangkan rumah MIL aku memang dekat ngan tempat ni (lebih kurang setengah jam or less dari rumah MIL aku)

Tiap kali balik memang aaadaaaaaaaaa aje list yang nak beli..Hahaha..yang aku kelakarnya, en suami pun sama naik juga kalau g sini..Dulu-dulu, memanglah dia tak bagi aku membazir beli pinggan mangkuk segala kat sini tapi tak lagi..Alasan paling kukuh aku bagi adalah sejak ada rumah sendiri & kami yang suka buat makan..Susah juga kalau takde periuk / bekas yang besar kan so memang target aku insha allah..kalau ada duit lebih, nak pelan-pelan beli..hehehe

Dulu aku suka beli baju-baju basahan untuk anak-anak tapi aku rasa beli kat Jusco pun lagi baik sebab kurang-kurang boleh kumpul JCard punya point so acara membeli baju dah dikurangkan dah..Tahun ni lebih pada acara membeli pinggan & toto aje:P

Oklah, kali ni aku beli pinggan Corelle bagi menggantikan pinggan lama di rumah aku (refer entry Kisah Wanita & Pinggan Mangkuk)..Alasan aku : pinggan lama dah LAMA pakai (hampir 6 tahun) & kali ni saje nak tukar pada hak ringan pula..orang kata jenama Corelle ni elok so aku pun sedikit sebanyak terpengaruhlah kan:P

So kami masuklah 2 kedai untuk survey harga..Rata-rata memang lebih kurang sama je..Set 4 biji pinggan harga dalam RM370 (bergantung pada pattern), ada orang cakap Langkawi lebih murah tapi dek kerana nak g sana pun aku tak tahu entah bila so aku beli kat kampung aku ajolah yo..hikhik..Ikutkan hati aku ni memang nak beli jenis set tapi seb baiklah Menteri Kewangan ada sekali & dia suggestkan aku suh beli bulk je iaitu beli sebijik-sebijik..Memanglah bila dikira balik harga sebijik pinggan pon dah mahal TAPI at least kami beli pinggan yang betul-betul kami nak pakai & bukannya beli pinggan yang tak boleh pakai contohnya kalau beli set ni konfem-konfemlah ada piring kuihlah, mangkuk keciklah yang aku rasa aku tak akan guna pun kat rumah..so nasib baik ada satu kedai boleh beli bulk so aku pun apa lagi....

Aku beli 5 biji pinggan nasi (actually nak 6 tapi kebetulan masa tu ada 5 je & dah minat sangat pattern ni..ambik jelah 5 dulu..next time leh tambah lagi) pada harga RM33/pc..Pastu aku beli pinggan lauk 3 pada harga RM29/pc & 1 pinggan besar (bujur) pada harga RM40..Total semua RM292 sahaja..*murah ke mahal korang judge sendirik*

Dan inilah koleksi aku yang terbaru;-


Pinggan lama masih simpan..bukan buang terus..tak baik membazir tau..


Herm, nanti ada alasan nak beli kabinet pinggan mangkuk pula..wakakakaka:P


Oklah, majulah pinggan untuk dapur..babaiiii

3 ulasan:

FaRah Baharom berkata...

zaila..ku jeles tengok pinggan mu. Hajat dihati nak beli correlle jugok blk raye hr tu..tengah dok survey2 pinggan, pale anak plak berlanggar pinggan. cancel correlle, luminarc aje yg smpat kebas.

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

ehhh..sama dgn my koleksi..cuma i nye empat segi ;)

Mag berkata...

beh correlle sebab ringan..huhu

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^