Lagi cerita tertunggak..Sorrylah kalo bosan tapi nak buat camne, angin rajin untuk merapu masih belum meresap dalam jiwa ni..Takpolah, nipon merapu juga kan..Tak salah kan kalau nak merapu dalam blog sendirik..Sekadar untuk dijadikan kenangan aku & anak cucu aku di masa hadapan nanti (insha Allah)
Rentetan hari Ahad adalah hari tua aku, so keluarlah kami secara jemaah ke Jusco Bukit Tinggi..Memang dah plan awal-awal nak celebrate makan kek..sebab tulah aku tak bersungguh mana nak g rumah terbuka sebab rasa nak
spend quality time santai-santai ngan anak-anak & en suami..Hajat di hati untuk
mengepau en suami cari jam yang berkenan di hati tapi..sebelum tuuuuuu..perut harus diisi dulu, baru boleh buat pilihan dengan bijak:P
Oleh kerana anak-anak sibuk dok bising nak kek so kami masuklah Secret Recipe's sajork..order 2 slice choc indulgence kongsi 4 beranak..hikhikhik..Jangan haraplah aku nak beli sebijik kek:P

bersungguh anak dara aku makan kek

di usia 29 tahun; muka tembam, badan gemuk, anak 3..syukur Alhamdulillah:P

en suami tekak Melayu; nak kena makan nasi jugak so order Grill Black Pepper Chicken RM14

aku tekak ferasan omputih; makan spagethi bolognaise RM13.80

untuk anak-anak aku orderkan kid's fish & chip RM11.50 tapi diorang tak makan sangat pun, last-last aku jugak yang tukang perabis..Manalah aku tak tembam kan..dah jadik Majlis Bandaraya dah kekdahnya:P
Lepas makan teruskan aktiviti bebas..Mula-mula masuk butik-butik pakaian kat situ. Try sehelai dua p letak balik..BUkan apa, bencilah jadik gemuk ni..Pakai apa pon nampak tak cantik..Last-last aku emo..komplen bukan main tapi action tarak..apa daaa =___='
Lepas tu jalan-jalan terus sambar jam..Malas nak buang masa lama-lama kat situ..Petang tu terus balik rumah dengan hati gumbira..~lalalalalaaaa~
Ok, sekian!!
2 ulasan:
happy birthday zaila...senyum sokmo deh ;)
di usia 29 tahun; muka tembam, badan gemuk ---> yg penting sihat. isteri sihat, suami x susah hati kna slalu kluar duit utk kos perubatan & slalu kna tlg jaga ank sbb isteri x larat
Catat Ulasan