Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 19 September 2011

Sesi Beraya Di Rumah Kawan-Kawan

Best kan cuti 3 hari?? Rasa macam malas je nak keje *bukan hari-hari malas ke*

Aku cuti 3 haritu memang penuh dengan undangan rumah terbuka. Memang syok menetap di KL ni..dah jadik macam budaya pulak,a sal musim raya je mesti akan ada rumah terbuka..Tapi bukan satu kewajipan pon kan..bergantung pada budget r, kalau ada sikit buatlah sikit..kalau ada banyak, buatlah sederhana (jangan melebih, nanti riak pula) & kalau takde langsung pun takpe..yang penting tujuan utama rumah terbuka tu tercapai iaitu untuk mengeratkan silaturrahim..Eceh, dah jadi macam kuliah Isninlah pula aku ni:P

Oklah, aku takde ambil banyak gambar pun masa g rumah kawan-kawan..Nama je blogger tapi memanglah aku tak layak digelar blogger tegar..Baik bagi gelaran blogger pemalu sudah!! Bukan apa, segan ah nak keluarkan kamera snap-snap gambar..Hehehehe..Aku ada juga suruh Haziq ambilkan gambar *gunakan anak untuk cover malu* tapi faham-fahamlah Haziq tu..ambik gambar entahapehape..Pastu kalau aku suruh tangkap gambar aku ngan member, malu-malu kucinglah plak dia tu..

Aku start hari Jumaat dululah ya..Pagi-pagi tu aku takde g mana pun..Just duduk rumah kemas rumah..Aku siap panggil cleaner bersihkan rumah aku lagi..Patutlah anak-anak aku selalu batuk, rupanya dalam bilik tu dah berkepam dah habuk aku simpan..Hehehe..Lepas je siap kemas rumah, baru berkunjung ke rumah yang first iaitu rumah Farah, member blogger..Tapi tak rasa malu sangat sebab Farah ni oghe Klate & kebetulan husben dia pun kawan pada junior aku..so macam berkain-kaitlah plop;)

Lepas tu kami ke rumah kawan (tapi dah tahap bos) seopis aku..Makan memang tak berhenti tapi hak paling banyak aku taram adalah air batu..Malam tu sakit badan..padan muka aku!!

Mehlah layan gambar yang tak seberapa tu;P




Gambar pagi Jumaat..duduk main secara jemaah sementara mama & acik kemas rumah;)




ni kat rumah Farah..pinjam headband Maryam:P




Baby Boy ke Baby Gurl ni??

Lepas tu kami terus beraya di rumah kawan en suami (merangkap bos juga) di area Seksyen 24..Menu adalah nasi tomato & keropok lekor Ganung..terangkat ah!! Tapi hak paling banyak aku belasah adalah air batu..Balik malam tu habis sengal-sengal satu badan..Padan muka aku:P



Jepun tu actually one of the bos kat kompeni aku keje jugak..Bersungguh dia datang naik teksi sebab nak merasa kemeriahan rumah terbuka kat sini..LAst-last time balik, kami yang kena hantar T_____T' *patut aku claim ni*




gambar takde motif tapi suka tengok muka anak jantanku ni;)




Ok, hari Sabtu pula aku ada 5 undangan semuanya..Kalau ikutkan hati semua nak penuhi sebab maklumlah time raya nilah kan kita nak kenal-kenal rumah member..Bukan selalu diorang akan ajak p rumah kan so memang aku pulun habisan jugak ah beraya haritu cuma sempat g 4 buah je, 1 tempat tu memang surenderlah tak g sebab anak-anak masing-masing dah buat perangai..Yerlah, mesti Ashraf pelik celik mata je duduk dalam kereta, celik mata je rumah orang tak kenal:P




Seb baik ada makanan untuk dikunyah..nyam nyam:P




Amboi bekengnya (garang) abang HAziq tu




Kami keluar rumah pun agak lewat, memula ke kedai letrik survey kipas..isy cerita kipas next entry tapi tak beli pon then terus shoot ke Putrajaya beraya di rumah kawan masa UPM dulu..tak lain tak bukan rumah Pn Najwa kita (gelemer juga nama dia di blog aku ni)..Tahun lepas aku g majlis kahwin dia kat Ampang Hilir..tuptup tahun ni belum mengandung buat rumah terbuka lah pula:P



satu-satunya gambar yang diambil di rumah Najwa



Lepas tu terus ke Puchong rumah member aku masa kat matrikulasi Dungun dulu..Walaupun baru je g buat lawatan muhibah ke rumahnya before puasa dulu tapi rasa tak sah kalau orang ajak kita tak singgah (sebab dah dalam laluan yang sama kan)..



Pastu ke Shah Alam Seksyen U12, ape ntah nama taman tu..Kali ni rumah member (merangkap bos juga) pada en suami..Aku tulis "merangkap bos" tu sebab nak highlightkan yang mereka ni sebenarnya dah berumur semua..kan aku tulis "member" sahaja kan bunyi macam best fren aje kan..Hahahaha..



Malam tu last di rumah junior aku di Aman Perdana..MAsa tu dah maghrib dah, Ashraf dalam kereta asyik menangis tak berhenti..sampai-sampai je kat rumah Ija, aku terus minta izin masuk toilet mandikan dia..Rupa-rupanya dia rimas..maklumlah dah sehari berjalan kan..lepas tu boleh main-main dengan jayanya:P



Oklah, tu aje nak dikongsikan..Ahad tu since it's my birthday..aku tak keluar mana-mana pun walau ada 3 undangan juga..Minta maaf banyak-banyak sebab tak boleh nak hadirkan diri sebab rasa keletihan yang amat & terpaksa menyetelkan segala baju sekolah, kerja kami anak beranak..Kan nanti over plak beraya sampai tak ingat nak basuh baju sekolah anak:P



Buat semua, makan-makan juga tapi solat jangan ditinggalkan..Kalau boleh berenti kat surau stesen minyak untuk solat dulu & pada yang buat rumah terbuka tu kena juga berhati-hati dengan tetamu yang datang..Bukan apa, bila kita dah buat rumah terbuka ni so segala pintu akan terbuka & kalau boleh simpan segala barang berharga elok-elok..Tak naklah ada berlaku kejadian yang tak diingini nanti kan..



Oklah..selamat KEMBALI bekerja semua;)

2 ulasan:

Mag berkata...

thanks mari kak ila..sori lah..tok terlaye. huhu

amalina berkata...

wargh, najwa dah makin..err..'sihat' ;p

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^