Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label Kemuning Greenville. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemuning Greenville. Papar semua catatan

Isnin, 2 Mac 2015

JJCM : D'Olive Nasi Arab

Assalamualaikum,

Kisah semalam jalan-jalan cari makan selepas solat maghrib di Masjid Negeri Shah Alam. Kebetulan mahu pergi ke bandaraya Anggerik, jadi singgah solat dahulu di masjid negeri. Anak-anak memang suka masuk masjid ni sebab ianya luas dan apa lagi boleh berlari-lari ler dalam masjid. Usai solat, macam biasa lah mencari sesuatu (bak kata Ashraf) untuk dimakan.

Kalau di bandar Shah Alam tu kami tak biasa (tak tahu) nak makan di mana jadi terpaksalah patah balik ke kawasan rumah. Mula-mula ingat nak makan di kedai Siam (sebenarnya kedai ini ada nama tapi aku dan e suami panggil kedai Siam sebab rata-rata pekerja dan tokei kedai berbangsa Siam & makanan mereka jual memang sedap!) tapi Masya Allah, ramainya manusia. Restoran Uncle Bob pun dipenuhi manusia juga. Jadi aku cakap dekat en suami agaknya sudah gaji ya sebab rata-rata yang ada di situ semua keluarga yang mempunyai anak-anak kecil.

Sebelah restoran Uncle Bob ada sebuah restoran nasi arab. Memang tak ada orang tapi nampaklah kelibat satu famili memasuki restoran ini. Kami pun teringin juga mencuba nasi arab jadi mohler kita masuk sini :)

Tak banyak menu makanan yang tersedia dan sudah tentulah antara tarikan di sini adalah menu nasi arabnya. Boleh rujuk gambar di bawah ini ya; kami diberi hidangan teh arab secara percuma setiap orang satu cawan kecil. Best juga rasanya seperti rasa teh yang dimasak bersama bunga cengkih (agaknya lah!)


Harga tidak mahal sangat jadi bolehlah bawa keluarga makan besar di sini sesekali ya. Antara menu yang kami order malam tadi adalah ayam masak briyani, D'olive lamb mandy, mee udang D'Olive dan roti arab.


Ini mee udang D'Olive. Rasanya biasa-biasa aje di tekak aku. Mungkin boleh perbaiki dengan menambah lagi kehadiran binatang laut yang lain seperti sotong atau kerang. Ada ketulan daging bakso dalam ni, rasa macam tak sesuai nak gandingkan bersama dengan mee udang. Eh! ke memang selalunya dihidang macam ni?


Ini adalah D'Olive lamb mandy. Aku suka nasinya. Memang sedap (pendek kata pencinta nasi arab seperti keluarga kami memang akan suka makan nasi arab walau di mana-mana pun). Aku cakap kat en suami kalau ada kursus nak belajar nasi arab pun aku sanggup masuk sebab cita-cita nak buka kedai nasi arab / kedai makan juga satu hari nanti (doa-doakanlah ya)


yang ini roti arab dimakan bersama omelet (daging yang dimasak dengan telur), sedaplah juga tapi rasanya aku boleh cuba buat sendiri resepi ni di rumah guna pita wraps :)

Apabila nak bayar, sekali dapat tahu yang pemilik kedai ini satu kejiranan dengan kami. Wah! lagi bagus apabila pemilik juga memberitahu yang mereka ini berasal mengambil tempahan. Jadi, aku kongsikan di sini kad perniagaan D'Olive / Amirul Catering. Eh nama dah macam nama anak sulung aku dah :)



Bagi sesiapa yang mahu mencuba nasi arab D'Olive boleh ke restoran mereka di Jalan Kebun, Shah Alam atau hubungi sahaja pemilik mereka untuk urusan tempahan catering. Sekarang ini sejak bangunan kedai-kedai baru dah naik dis ekitar rumah aku ni, banyak pula restoran-restoran baru buka. Bolehlah sesekali mencubanya kan? Bagi kami yang beranak ramai ni bukan selalu boleh makan besar. Maklumlah anak ramai ni poket pun banyak tiris juga. He he he Jadi bila en suami baru dapat gaji apalagi kita "pau" lah dulu :P

Semalam pun kerajaan dah umumkan kenaikan harga minyak. Herm, bagi aku sebenarnya dah lali dengan berita naik turun ni, yang pasti kos sara hidup memang akan meningkat setiap tahun. Jadi, nak tak nak kena pandai berjimat atau cuba cari pendapatan sampingan selain makan gaji. Cuba buangkan keegoan sedikit yang mengatakan "aku tak reti berniaga". Sebenarnya bukan tak reti tapi lebih kepada malas nak susah-susahkan diri memikirkan masalah. Nah! cuba baca dulu ebook sulung aku iaitu "Surirumah Juga Boleh Berbisnes" dan ketahui cara-cara mudah untuk berniaga yang telah aku praktikkan selama hampir 6 tahun. Berminat? Boleh dapatkannya di sini :

Isi borang di sini : BORANG TEMPAHAN




Rabu, 3 Oktober 2012

Deko Bersama #Ikea

Assalamu'alaikum,

Tajuk bikin gempak je kan? Deko bersama #Ikea..Padahal beli karpet je pon dari Ikea..Tupon hak murah sekali..hikhik..

Rentetan Hujung Minggu Ke Ikea, tak sah kalau tak beli sesuatu untuk rumah kami ni..Alah, bukan barang yang mahal pon..saje gatal tangan capai tu capai ni..Ai, melayang juga RM200+ tapi sesekali..Apa salahnyaa kan?

Apa yang aku beli? meh tengok;-


karpet Ikea..GISLEV rug RM89 sajork..aku pasti rata-rata setiap rumah kawan-kawan aku mesti ada karpet ni sebab; dia bukan berbulu sangat so sesuailah dengan rumah aku yang ada anak kecil ni..


Standing Lamp ni pon beli di Ikea juga (RM69 kot) tapi rasa macam nak tukar letak standing lamp yang besar sedikit sebab nampak macam tak balance pula dengan ruang..ececece Tengoklah survey kat kedai-kedai lampu ke..Pastu meja tepi tu LACK side table beli di Ikea pada harga RM17.90 sahaja..Tengah promosi *tapi sekarang harga dah RM19.90 balik dah* Murah je kan..Bak kata en suami, sesuailah dengan rumah kami yang ada ramai kanak-kanak ribena ni:P

Pasu bunga atas meja tupon beli di Ikea juga..sebenarnya pasu bunga yang sebenar dah pecah dikerjakan Ashraf, nasib baiklah ada pasu bunga Ikea ni..so dah selamat tukar letak bunga..Owh! Throw (hamparan kain) atas sofa tu pon beli di Ikea (RM29 kot)..Aku suka letak atas sofa sebab biaserlah kalau sofa tak berapa nak mahal ni dia cepat panas so dengan menghamparkan kain tu at least selesalah juga time baring-baring atas tu..Setengah orang ingat tu selimut pon ada:P

Itu je pon barang-barang dari Ikea..takderlah beli yang mahal-mahal pown..Rumah aku ni sekejap je nampak kemasnya then bersepah manjang:P Oklah..itu sahaja segmen deko-deko bersama Mek La eh! bersama #Ikea yaaaa..Lenkali kita jumpa lagi:) Boleh juga baca entri lama aku di sini, sini & sini

Dapatkan pelbagai makanan sunnah di MKS Gedung Serbanika Online 
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Rabu, 12 September 2012

Penjagaan Anak Yang Ada Athma & Eczema


Assalamu'alaikum semua,

Hari ni dah masuk 2 hari anak bujang sulung aku tak g sekolah. Semuanya gara-gara tak sihat badan. Pada yang tak tahu, anak sulung aku ni memang pengidap athma sejak dari kecil lagi. Pernah 2 kali juga masuk wad & seorang pengidap eczema yang teruk juga. Tapi Alhamdulillah selepas mendapatkan rawatan dengan doktor pakar Dr.Amdan dari Klinik Adek (boleh refer entri ini & ini) & mengamalkan siri pantang yang agak ketat, athma Haziq & eczema dia sudah terkawal..cuma biasalah once in a blue moon mesti akan kena sedut gas. Tapi selalunya aku & en suami akan figured out apakah faktor-faktor yang akan menyumbang kepada sakit tu..hehehe Owh kali ni salah satu sebabnya adalah ais krim..Salahkan aku yang gatal p bagi dia makan ais krim..(Teringat pula masa Haziq masuk wad di Hospital Klang, hampir setiap hari ada je student medical yang datang sekumpulan buat study case..asyik kena soal je aku masa tu..memang tak boleh nak rehat langsung!) Tapi takpe, pengalaman memantangkan aku..Anak sakit pon sebahagian dari proses diorang nak membesar juga kan?

Ok, aku nak share beberapa cara penjagaan aku (yang tak berapa nak strict sangat ni) dalam menjaga anak yang ada athma & eczema :

1) Pantang Makan : Seperti kata Dr. Amdan, Haziq ni dia alergik dengan produk tenusu so coklat, yogurt, susu, keju semua kami pantang. Bukan tak bagi makan langsung tapi dalam kuantiti yang sedikit. Kesian juga tengok muka kesian dia kan..Tapi selalunya lepas bagi makan, konpem akan keluar tanda kegatalan atau batuk-batuk..haisyyy susah kan?

2) Pantang ais : Demi anak, aku & en suami memang jarang sangat order minuman berais di kedai makan, kalau order pon segelas sahaja then ambil milo suam / teh o suam untuk dia..Kejam kan? Kalau g fast food pula tukar air berkarbonat dengan air milo, tupon pesan jangan minum dulu tunggu ais dah cair sedikit..sebabnya, kalau minum minuman berais, mulalah batuk-batuk tengah malam, tak tahan kalau meleret sampai nafas berbunyi (wheezel)..haaa time tu..jaga-jaga lah! Kat rumah aku ni pon jarang ada ais dalam peti & ais krim tu dah lama pantang tapi tuler..mama dia gatal p beli haritu..huhu

3) Bye-bye binatang berbulu : Kalau nak tahu, dulu aku kan ada bela kucing, dari Lida sampailah beranak pinak ke Kiki Lala ke cucu cicit yang tak dan nak bagi nama pon. Semuanya bermula bila Ashraf sakit mata & kami berkampung di DEMC dulu. Sayangkan anak, kenalah lepaskan binatang tersebut;( Kesihatan anak yang lebih utama..Alhamdulillah sejak bebas dari binatang berbulu, Haziq dah kurang gatal-gatal. Tapi kadang-kadang bila tengok gambar dalam album lama-lama teringat juga dekat mereka:( Insya Allah, bila anak-anak dah besar, bolehlah bela barang seekor dua..

4) Rumah bebas habuk : dulu ada juga letak karpet kat ruang tamu tapi faham-fahamlah karpet ni kan memerangkap habuk so memang cepat sangat Haziq gatal-gatal so ruang tamu aku dah bertukar pada tikar buluh je..Ikutkan hati nak biar macam tu je sebab anak kecik kan..Sekejap nak kena mop si Ashraf tumpahkan susulah apelah..so sementara anak kecil lagi, bersederhana saje dalam menghias rumah..hehe Melainkan mama diorang yang seorang yang rajin nak mop, vacuum rumah setiap hari:P

5) Bekalan ubat penuh peti : percaya atau tidak, satu tray dalam peti ais aku ni penuh standby dengan ubat anak-anak je..Tapi yang paling penting harus ada syrup ventolin keluaran GlaxoSmithKline (GSK) tu..kalau nampak batuk sket terus bagi Haziq makan ubat tu..Insya Allah pagi esok dah ok..Tapi kalau tahap teruk (nafas berbunyi macam wisel tu) terus ke klinik ambik nebulizer (macam gambar kat atas tu)..Owh ada satu tips penting juga sebelum membeli sebuah rumah, pastikan juga rumah kita dekat dengan kemudahan seperti klinik..case kecemasan senang nak bawa malam-malam..Tapi sekarang aku dah tak bagi inhaler / aerochamber dekat Haziq.

Setakat ini, itu saja langkah-langkah penjagaan yang kami amalkan semasa nak membesarkan si Amirul Haziq ni..memang penuh dengan larangan & pantang-larang sampaikan nampak juga dia macam stress & cuba curi-curi makan & selalunya memang akan kenalah..Contohnya kalau dia minum ais so malam tu dia batuk-batuk, apalagi en suami akan cakap "best batuk?? lainkali Amirul minumlah lagi yaa air batu tu" Takpon kalau dia batuk en suami siap ambik lagi air batu konon-konon nak bagi dia minum..Nampak dia macam serik..HAHA tapi pada masa tu jelah..bila dah sihat mulalah lupa balik:P

Aku percaya setiap ibubapa yang anak-anak mempunyai athma & eczema pasti akan ada cara mereka tersendiri dalam mencegah penyakit itu dari berlaku. Jom share kat sini apa langkah-langkah yang korang ambil kalau anak jatuh sakit?

Yang penting, setiapkali anak sakit, cuba kenalpasti puncanya (trigger factor) & bolehlah elakkan di kemudian hari. Betul tak??


Rabu, 21 Mac 2012

Wordless Wednesday~happy birthday ASHRAF HARIZ!

Malas nak bercerita..enjoy the pictures!





































Thanks pada yang sudi datang memeriahkan majlis! Pada yang berminat untuk mendapatkan quotation set birthday party Angry Bird / belon helium / apa jua tema party anak anda, bolehlah contact Zaila di 012-3228651 atau email terus ke zailamohamad@yahoo.com

Bye!

Selasa, 27 September 2011

Terima Kasih

Alhamdulillah, akhirnya selamat juga majlis yang aku buat last minute & secara tak sengaja & tanpa planning yang betul..Semua main redah je..Al-kisahnya macam ni..memang ikutkan hati aku tak nak buat open house or lagi bagus kita cakap majlis kesyukuran Aidilfitri tapi dek kerana dah biasa buat (hampir tiap-tiap tahun buat menu yang sama iaitu nasi kerabu je) so ramailah mulut-mulut yang bertanya..Bukan setakat kawan-kawan, adik beradik pun sama..so aku pun bercadanglah untuk buat tapi kali ni nak limitkan undangan..ingat nak ajaklah member-member blogger & kawan-kawan aku yang tak pernah jejakkan kaki lagi ke rumah kami ni..Tapi biasalah kan, bila dah merancang tu, rasa macam tak elok je kalau tak ajak kawan-kawan seopis so daripada beberapa undangan terus bertambah-tambah..

Nak pula sekarang ni kita boleh create event dalam facebook, lagilah senang kita nak budget siapa yang datang & siapa yang tak boleh kan..Tapi biaserlah, kita hanya merancang..Allah yang menentukan..Ada ramai juga memeber-member yang awal-awal confirm nak datang tapi tak dapat datang dek kerana kesempitan masa..Takpe, aku faham sebab aku pun pernah alaminya..Maklumlah undangan memang banyak & sebolehnya kita nak pergi semua tapi nak kena tengok keadaan jugak kan..Mungkin ada hikmahnya juga sebab kalaulah semua yang aku invite tu datang, mahunya pecah bersempit-sempit dalam rumah aku yang sememangnya ehem ehem tak berapa nak luas tu:P & mungkin juga makanan tak cukup sebab masa malam tu adalah balance sikit-sikit & kalaulah semua datang..aku boleh imagine aku mesti kena tebalkan muka hidang teh O ngan biskut kering pada tetamu..huhuhu

So pada yang tak datang tu..takpe, moga lain waktu kita ketemu juga..Aku memang suka bila orang datang rumah ni & pasni kalau nak datang tu, set masa betul-betul & kita boraklah sampai pengsan:P
Pada yang datang, terima kasih yang tak terhingga..Aku tak tahu nak cakap apa sebab aku malu ngan korang-korang..sebab sampai satu masa tu orang ramai sangat sampai aku dah tak terlayan, naseb baiklah tetamu aku ni masing-masing pandai bawa diri..Hahaha..sorry sangat-sangat..Harap korang janganlah serik datang rumah aku ya;)

Oklah, aku nak cerita serba sikit pasal jamuan hari Sabtu lepas (24/09/2011)..Menu utama of courselah nasi kerabu diraja yang dimasak penuh kasih sayang;), then ada laksam pun dimasak dengan penuh kasih sayang *ayat tak boleh blah* spagetthi, pastu aku adalah tempah soto sket & air sarsi..pencuci mulut tak sempat nak sedia pun cuma adalah tembikai & koktail yang adik ipar aku buat..Sekali lagi mintak maaflah kalau ada yang terkurang k!!
Dalam invitation aku buat kat facebook tu aku tulis jamuan start pukul 2.30 petang sebab takut xsempat nak masak kan..tapi seawal pukul 11 pagi lagi dah ada yang datang..Alhamdulillah abang aku dari Pahang datang sekeluarga untuk jadi orang pertama yang merasmikan nasi kerabu aku..tapi diorang duduk sekejap sahaja & pukul 1230 dah gerak balik Bera sebab ada waris kakak ipar aku nak bertandang..Walau sekejap tapi cukup membuatkan hati aku gembira;-)

Lepas tu aku ke Seksyen 10 Shah Alam sekejap untuk ambil tempahan soto tu..Sampai je rumah kelam kabut kemas rumah, keluarkan meja & kerusi segala pastu terkejut boboi bila member blogger Lynn datang..Hehehe..sorry ye Lynn kalau masa ko datang tu aku kelam kabut sket..kejap sudu takdelah, kejap itu takdelah, ini takdelah..kalau aku pakai catering takyah nak pening-pening kan:P by the way, nanti sms kat aku address rumah ko ya, aku nak kurierkan cekak musang rambut anak dara ko tu..Seb baik en suami perasan..kalau tak, aku takut anak-anak aku patahkan aje..huhuhuhu

 Herm, masa Lynn ada aku memang tak teringat langsung nak ambil gambar..bila balik baru teringat..herm..memang macam ni bila blogger bertemu blogger *bunyi cengkerik* Oklah, jom layan gambar yang sempat aku & Haziq ambik on that day..Sorry kalau gambar tak clear..al maklumler aku ni memang tak pandai nak ambil gambar yang fokus betul-betul..harus beli dslr ni *eceh*


ni suasana selepas Lynn dah balik..geng-geng opis aku ni

dari kiri Azan (biras aku), Jamal si pemalu kucing (adik ipar suami pada Azan) & Mokla (adik ipar bongsu)

Entah angin apa ntah Haziq tu pakai baju melayu pakai cap..rappers Malaya kot:P masa ni keluarga ipar aku dari Kuala Selangor datang..penuh 1 rumah;)
Ashraf bam-bam yang kena export ke nurseri..mama minta maaf sangat-sangat ya babab..bukan apa, kalau Ashraf ada aku tak boleh konsentrat buat kerja so senang hantar dia duduk di bawah jagaan pengasuh konpem tido cukup perut kenyang;)

masa ni geng-geng pengasuh taska datang..memang penuh satu rumah..tengoklah HUsna duduk ngan cikgu dia
kat atas tilam biru tu adalah pusat latihan baby..hahaha sebab ramai juga baby-baby yang datang..nampak tak blogger Farah tu?? make gapo tu?? rupa-rupanya haritu ada siri jejak kasihan lah plok..suami pada farah ni berjumpa dengan budak sekolah dia dulu yang merupakan isteri pada budak opis aku..Hai..kecik kan dunia ni??
masa ni penuh dengan tetamu..geng yang duduk tengah-tengah tu adalah kawan aku zaman matrikulasi kat Dungun dulu..adalah hampir 5~6 tahun tak jumpa..datang jauh dari Triang Pahang tu..hehehe takderlah..memang dia tinggal di Triang tapi kebetulan minggu tu dia mai berjalan-jalan carik pasal ke rumah adik dia di Bukit Naga so aku jemputlah semua sekali mari rumah aku *tu fasallah penuh rumah aku tu*
 Thanks ya McNor sudi datang & sorry kalau aku tak sempat nak layan mung..dahlah tak dan pun nak pegang baby mung..huhuhu..apolah aku ni;( takpolah..next time kalu mari Shah Alam ni, singgahlah lagi ya..

Pastu ada sore lagi member aku masa zaman matrik datang..pun terpaksa bawa diri sorang-sorang sebab aku takdan nak layan..my bad..herm..memang rasa ralat sangat..takpelah Nuar *macamlah dia baca blog aku* next time ya:P

ni pula bibik adik ipar aku yang memang terbaik ah!! memang rajin bab-bab mengukus laksam..habis dia terus top up..terbaik dari ladang..ada sape-sape nak pinjam??hahaha

yang bagusnya, walaupun masing-masing saling tak mengenali tapi boleh berbual mesra..boleh mengeratkan tali silaturrahim lagi..dok gitu??

Thanks ya Farah mari rumah kak ila..masuk ni dah 2 kali dia datang..first mari tengok baby Ashraf dulu..tengoklah Ashraf tu..nak ngorat kakak Maryam kali:P

gambar ni Haziq yang ambik..Husna tertidur tengah-tengah ruang tamu & Aishah (anak Jamal) tengah makan cawan plastik..tolong!! takde sape-sape perasan ko?? hahahaa

ni pula sepupu aku merangkap teman sepermainan aku untuk cari ikan sepilar di zaman hingusan dulu..datang pun dah petang & siap bawak awek tuuuuu..Kak Na, lepas ni buleh menantulah MokSu Peah kito:P Haziq memang kamceng ngan sepupu aku ni sebab masa en suami outstation ke Vietnam dulu aku selalu juga ajak dia tidur kat rumah buat teman aku anak-beranak

lewat petang jiran sebelah taman merangkap blogger Iswatie datang berkunjung..hehehe thanks ya Watie..sanggup singgah rumah aku..sorrylah kalau hujung-hujung tu makanan dah tak semengah..soto tu makan ngan kuah sejuk dah..takde sape nak tolong panaskan..

ada jugak orang nak dekat mung ya?? hahahaha *gelak jahat*

ni pula jiran sebelah rumah aku MR & Mrs Shanker..hak paling bestnya wife dia ni asal orang Kelantan..duduk pula kat Tumpat..memang orang kampung en suami ah;)

kembar lain tahun..comel kan?? adik & abang sedondon pakai baju jersi Kelate

Actually ada banyak lagi gambar tapi aku tak upload semua..ramai lagi yang tak masuk..Apa-apa pun, aku bersyukur sebab dapat jumpa ramai member-member lama & baru..walaupun aku tak terlayan, harap dimaafkan ya..janganlah serik datang rumah aku lagi..

Buat blogger Lynn & famili, abang Rahman (kontraktor rumah aku), Imah, Kuyah, Leney, Kak Shidah & famili, Yana, Kak Yati, MIT & famili, Kimi & Normah, Zubairi & Ani, Ija & suami, Farah & famili, McNor & adik-adik sefamili, Nuar, Shikin & famili, Kak Nora & famili, Cikgu-cikgu taska Haziq, Murni & famili, blogger Watie & famili, Mat Anih & awek, jiran-jiran aku (sorry tak dapat ajak jiran row belakang merangkap blogger kak Onie..harap next time leh jemput semua sekali..huhuhu) Ti & famili..dan tak lupa juga abang aku Abang Lan yang datang jauh dari Bera, abang ipar aku Abang SIr dari Kuala Selangor, biras aku Kak Rah yang datang jauh dari Kajang siap bawa ke Secret Recipe's Choc Fudge sebijik lagi, thanks sebab walaupun abang ipar aku outstation tapi sanggup datang bersama anak-anak ke rumah kami di Shah Alam ni, terima kasih juga pada adik ipar aku Jamal sekeluarga sebab jadi helper & runner aku..terpaksa ke Econsave & kedai biasa semata-mata nak cari sudu garfu..hahaha..pastu terima kasih juga buat abang ipar aku Abang Yie & famili & tak lupa juga adik-adik ipar aku Kak Zura & Mokla yang banyak membantu aku dalam memastikan makanan sentiasa ada..hanya Allah yang dapat balas jasa baik kalian..Buat teman-teman yang tak dapat menghadirkan diri..it's ok..mungkin lain waktu kita boleh berjumpa lagi..insha Allah..

Owh, tak lupa juga pada Kak Yus sekeluarga & Zaidi & famili yang datang bertandang keesokannya..terima kasih sebab sampai juga ke teratak kami..maklumlah kalau bukan time raya bila lagi nak berjumpa kan..hari biasa mesti akan sibuk bekerja;) Sorry juga sebab hidang mana yang ada sahaja..no more nasi kerabu no more laksam..SOLD OUT:p

Tahun depan tak nak buat dah:P

Oklah..nanti aku nak share tips-tips untuk menganjurkan majlis rumah terbuka sendirian berhad (maksudnya semua kita yang buat sendiri) tapi esok-esoklah ya..letih doh menaip ni:P

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^