Memandangkan opis aku di Berjaya Park, so the nearest hospital panel adalah Columbia Asia Bukit Rimau nilah..Kalau nak jauh sket boleh pergi DEMC..Hospital ni masih baru lagi..Dalam setahun operasi & aku pon pernah datang sini masa Open Day Columbia Asia Bukit Rimau tahun lepas. So kira lawatan kedua r ni..Jom kita terjah!!
Masa kami datang ni dalam pukul 1 ptg, masih tak ramai orang..parking pon kosong aje
Geng Che Kiah ni memang suka bergambar..Nak g tengok orang sakit tapi masih lagi posing segala:P
lengang je time ni..Agaknya waktu rehat bagi diorang kot
Moh, kita terjah..Wad-wad adalah di tingkat 1 tuan-tuan fuan-fuan
Motif bergambar?? berkenan dengan frame gambar tu kot:P
Memula tu kecoh juga sebab member kami ni rupanya dah ditukarkan ke bilik single sebab kena kuarantin so before masuk bilik tu kenalah pakai mask dulu sebagai langkah berjaga-jaga kan
Dah namanya bukan keje tukang bedah, memasing tak reti nak pakai face mask tu..Aku lagilah, pakai terbalik..muahahahaaa..tu baru face mask, kalo benda lain tak tahulah:P
tuan empunya blog yang
Benda pertama yang aku tengok adalah makanan..nyam..nyam..tapi sian ah orang sakit tak lalu makan..Lagipon sian member aku tu, makan sikit muntah..baru terasa bersyukur di atas nikmat kesihatan yang Allah berikan;)
Dah jadi macam pegawai kesihatan dok check makananlah pula:P
Kami masuk ramai-ramai dalam bilik tu (actually tu bilik single so kira luaslah juga sebab boleh muatkan 10 orang tak termasuk pesakit) Tapi kan..korang jangan buat macam ni sebab nurse dah pesan, masuk sikit-sikit..tapi faham-fahamlah..kami kan keluar time lunch hour so semua nak cepat; masuk ramai-ramai jimat masa:P
Kat tepi tingkap ada pemandangan mengadap perumahan Bukit Rimau..Kalau nak ke lokasi hospital ni, dari KESAS ambil exit Bukit Rimau je lepas tu terus nampak hospital ni *depan Carrefour Bukit Rimau*
Sempatlah masuk terjah toilet..besarnyaaaaa toilet diaaaaaaa..memang selesa!!
Model tak bertauliah:P
Kat dalam kabinet ni ada peti keselamatan untuk pesakit simpan barangan berharga..
Herm, secara keseluruhan interior hospital ni memang superb..Agaknya hospital baru kan so serba serbi masih dalam keadaan yang baik..Cuma aku agak terkilan dengan servicenya yang weeellll..boleh dikatakan lembapsss r sikit..Al kisahnya, masa kami ada tu, member aku ni kencing berdarah so kami tekanlah ring bell yang ada dalam bilik tu..Tapi tunggu..tunggu sorang nurse pon tak datang..so aku keluarlah ke kaunter & masa tu ada 3 orang staff ada kat situ. So aku bagitahulah dekat one of the nurse that patient bilik sekian-sekian kencing berdarah..Nampak dia macam paniklah juga & terus call Dr..so aku masuk balik dalam bilik member aku..
Lama juga kitorang tunggu Dr yang bertugas datang..Adalah dalam setengah jam..Member aku siap buat lawak lagi yang Dr g semayang Jumaat (padahal yang rawat kawan aku ni sah-sah Dr non muslim)..Hikhikhik..Pepandai je diorang ni buat andaian:P
Tapi bila Dr check kawan aku, kami dah minta diri..Maklumlah masa tu dah lambat nak masuk opis..Tak sempat nak tanya feedback Dr apa yang berlaku sebenarnya..Tapi kan, aku rasa mungkin disebabkan hospital ni masih baru so diorang macam kekurangan kakitangan lagi..Wad pun sunyi je..Takde nampak nurse lalu lalang tolak pesakit ke apa *ala yang macam kita tengok dalam TV tu* Most of the patient kat situ semuanya chinese & indian..member aku sorang je Melayu yang meginap kat situ so agak tak syok sedikit..Seb baiklah dia dapat bilik single..Masa awal-awal tu dapat bilik yang sharing ngan chinese..Agak kekok r sikit sebab kawan aku kan pakai tudung so mesti nak jaga aurat dia kan..so agak susah sedikit di situ..
Apa-apa pon, moga Imah cepat sembuh...Terima kasih juga pada kompeni yang cover segala kos perubatan kami:P
1 ulasan:
sakit apa yer kawan tu?semoga beliau kembali sihat seperti sediakala..:)
Catat Ulasan