Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 24 Oktober 2010

Hospital Columbia Asia Bukit Rimau kini telah dibuka

Sabtu yang lepas, Zaila & husband berkesempatan melawat ke hospital Columbia Asia Bukit Rimau yang baru dibuka di kawasan rumah kami. Zaila rasa inilah hospital yang terdekat dengan rumah (dalam 15 minit perjalanan) selain Selangor Medical Centre (SMC), SALAM, DEMC, Sentosa & tak ketinggalan juga Hospital Tuanku Ampuan Rahimah aka Hospital Klang. Since Columbia Asia ni adalah one of the panel hospital for our child's insurance so Zaila rasa kami patut singgah sekejap on their open day untuk survey-survey apa yang patut;) cakaplah nak survey labor room yang ada kat sini

Secara overall, memang tersangatlah cantik hospial ni *maklumlah masih baru lagi* & wad-wad yang ada semuanya pasti akan menjanjikan kepuasan untuk pelanggan mereka. Tapi Zaila rasa bila dah start beroperasi nanti, mesti akan fully occupied memandangkan kat area Kota Kemuning ni, ini sahaja hospital yang terdekat & tercantik servis tak tahu lagi camne & sekarang ni orang tak berkira sangat tentang kos yang perlu ditanggung melainkan keselesaan & juga layanan yang baik yang diharapkan oleh pesakit. Tapi bagi kami, kalau mahal sangat pon, tak logik juga kan so baik survey-survey dulu hospital mana yang berkenan di hati *in case kalau kompeni tak cover kos perubatan mereka*

So berikut ada beberapa gambar yang sempat Zaila snap sebelum bateri kamera Zaila kapussshhhh padam..hehehe;-

Actually hari tu kami pergi agak lewat juga sebab bangun lambat & bermalas-malasan di rumah so masa kami sampai tu, banyak goodies bag yang sudah habis, pastu makanan free pon dah takde, parking penuh & kami xsempat pon bertemu dengan maskot Upin & Ipin yang dijemput khas untuk menggembirakan kanak-kanak pada hari tersebut. Tapi it's ok sebab Zaila pon singgah sekejap sahaja sebab masa tu kami pon on the way nak ke Hospital Serdang bagi melawat adik ipar Zaila yang baru deliver baby kat situ. SO layan the all the piccas hokey;)

welcome to Columbia Asia;- kat bahagian kaunter pendaftaran

ini bilik yang ada twin bed

tv pon ada dua so takyah nak rebut-rebut;D

yang ni bilik nursery (ianya bersambung dengan labor room & juga NIUC)

yang ni ada 4 katil, bilik dia still nampak luas kan?
yang ni pula single bed punya bilik, toilet dia mak aih punyalah besaq!!

macam perasaan dok kat rumah sendiri pon ada;)

pakej yang ditawarkan

gambar-gambar menghiasi laluan *hospital baru, deko pon lawa*

sinilah labor room (tingkat satu) aka bilik meneran (tapi untuk bersalin normal sahaja, kalau Ceaser bilik operation kat bawah ya)

Zaila ada juga bertanyakan pakej bersalin kat sini tapi memandangkan hospital ni masih baru so tak ada harga yang ditetapkan *yang pasti sedialah duit dalam 3~4k untuk bersalin normal, kalau operate, wallahua'lam*

Herm, tak pasti lagi akan deliver di sini atau tidak memandangkan kat sini hanya ada 2 orang Gynae (sorang lelaki & sorang perempuan) & both are non-muslims so agak kureng sket *tolak satu markah* Tapi Zaila pon lambat lagi nak deliver so mana tahu nanti akan ada Gynae perempuan muslimah akan mengisi slot di hospital ni *hoping & praying*

MIL sempat check her blood pressure haritu;)

the man in white t-shirt yang bawa kitorang tour the hospital that day

owh, seb baik resultnya ok!!

kat sini ada check kandungan dalam darah secara percuma tapi masa Zaila datang ni kaunter dah nak tutup

ramainya orang sakit

harap-harap kos rawatan kat sini tidak mahallah ya

cafetaria

senarai doktor yang bertugas

Kami berada kat sana tak lama pon, sekadar survey-survey sahaja..Lepas je tengok keadaan dalam tu, kami ke Hospital Serdang pula. Asek ke hospital aje ya;-)

13 ulasan:

OneWan berkata...

nampak lawa gak hospital ni.. depan umah saya kat cheras nnti nak bukak gak columbia asia nih, tp lom ada dlm website lagi.. agaknya blum ada opening kot..hehehhe

Lee berkata...

Hello Zaila, nice blog you have.
That is a very unusual name for a hospital.
Minta ma'af bahasa saya sebelum Merdeka and have to comment in English.
It is a very nice hospital....
By the way, you got great looking kids.
Have a pleasant week, and keep a song in your heart. Lee.

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

cantiknyer hosp nieh zai .. al-maklum private kan ..mcm kita nieh dah tau2 c-sect mmg kena serah diri ke HTAR jer .. nak serah diri ke private dah berapa plk kan .. apa2 pun kita doakan zai & baby selamat ... bestnyer dpt baby pink lagi ... nak baby pink jugaaaaaa

Tanpa Nama berkata...

salam zaila..in bukan hospital yg depan JJ yg dekat bandar THO tu ke..sebab namanya serupa..

Zaila Mohamad berkata...

Wan, rasanya yang dekat Cheras pon dah buka sebab adik ipar Zaila cakap dah buat Open Day juga;)

Zaila Mohamad berkata...

Hi there Uncle Lee,
thanks & have a beautiful day too;-)

Zaila Mohamad berkata...

Di, tulah sal..kalau operate kat private xtahulah habis berapa kan, tapi kalau kompeni sponsor xpe r, kalau yang kompeni xsponsor..gulp, telan air liur juga..hehehee

Zaila Mohamad berkata...

Wsalam untie a'a rangkaian Columbia Asia dah ada banyak sekarang ni, kat Puchong ada, Shah Alam ada, kat bandar THO pon ada;)

maya amir berkata...

kat jb pun dah bukak columbia asia neh..kat area nusajaya.. bagus gak zaila share psl columbia asia neh.. boleh buat pilihan kan:)

Tie HT berkata...

zailanak bersalin kat hospital ni ye..ok, sbb abru lg..semua cantik dan kemas :)

Zaila Mohamad berkata...

maya, hahaha tupon sebab zaila g open day hospital ni, at least dapat juga tengok keadaan kat dalam hospital ni kan sebab bila dah beroperasi nanti, takut dah xberpeluang nak jengah lihat keadaan kt dalam tu;)

Zaila Mohamad berkata...

Tihara, masih survey2 lagi..nowadays kan ada banyak pilihan so tengok2 dulu, mana tahu kan..moga dipermudahkan segalanya;)

Tanpa Nama berkata...

hello, nice ur blog mizz...

actually columbia asia byk cwng dlm mlysia nie..yg pling lates nak di buka kat blakong,cheras...grand opening i x tau r plak biler...area selangor jer ader 3 hsptl..s.alam,bkt rimau n puchong..
hsptl bkt rimau..tmpt strategik larh jugak coz i pon dok kat area nie...plg x pon kne g smc...columbia asia hsptl..kira cam hospital komuniti..price kira bole thn r....:)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^