Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label columbia asia bukit rimau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label columbia asia bukit rimau. Papar semua catatan

Rabu, 16 November 2011

Rambling Wednesday

i just feel to rambling today..eventho today supposed to be wordless wednesday:P
but to make it better, letme just write in points *wah tetiba nak cakap omputih laks*

1) minggu ni badan aku terasa penat, sejak weekend lagi sebab agaknya tak pernah rehat..ada saje keja nak buat *eceh* sejak en suami outstation tidur tak pernah lena, lepastu bila dia dah balik pon tak lena juga sebab Ashraf memang jenis berjaga malam, that's why mata aku dah ada lingkaran hitam macam beruang panda T___T Pastu sekarang bila en suami ada selalu sampai rumah lambat, bila balik lambat selalu tak sempat nak buat semua benda, kadang-kadang tak sempat nak basuh baju, nak sidai baju, nak lipat baju, kemas dapur, sapu lantai, mop lantai, kemas bilik, pendek kata semua benda tak dan nak buat;(

2) Semalam Ashraf kena cirit birit, actually dari hari Ahad lagi, everytime lepas minum susu terus membuang & hari Isnin lepas aku dah bawa g jumpa doktor..doktor tanya ada tukar susu tak?? kami jawab tak then doktor tanya kat rumah ada kucing tak?? and kami jawab ada..herm, doktor cakap selalunya banyak berlaku kes macam ni, tambah2 at this stage Ashraf tengah belajar explore benda kan, apa-apa pon main masuk mulut so ada kucing ni macam tak hygenic sangat unless kita boleh pastikan rumah kita ni hari2 mop & vacuum..haisy..in that case, of courselah i have to choose my child than our cat kan..so nak kena buat something ni..starting last night aku memang dah tak bagi kucing2 aku masuk rumah..nak kurung kesian so aku just bagi diorang makan kat luar & hopefully hari ni aku sempat balik mop rumah dengan Dettol multi purpose cleaner tu

3) Pasal Ashraf lagi, malam tadi agak teruk juga cirit biritnya..aku memang tak bagi susu langsung (of courselah susu FM, kalau aku boleh bf dia konfem aku bagi) instead of that aku banyakkan bagi air masak & air garam..paling sedih bila montot comel & bebird dia dah kemerahan & luka sebab selalu sangat berak..aku sapukan krim & letak tepung kanji untuk bagi dia rasa selesa sket..tapi everytime poo poo mesti dia menangis..betapa sedihnya hati aku setiapkali tengok dia nangis, nak je aku yang tanggung semua kesakitan dia & malam tadi juga en suami g jumpa ejen insuran dia ambil kad (kami baru daftarkan prudential bulan lepas so medikal kad masih belum dapat lagi) & kami berjaga juga kalau-kalau makin teruk terus nak bawa dia ke hospital Columbia Asia tapi Alhamdulillah lepas makan ubat dia lena sampai ke pagi. Pagi ni aku tengok bontot Ashraf dah ok & aku dah bagi ubat kat pengasuh dia & tadi pon call tanya kondisi dia..Kalau nampak lembik aku suruh diorang inform cepat2 kat aku & aku akan terus bawa g hospital *harap-harap Ashraf ok dah harini*

4) hari Isnin lepas Haziq bagitahu yang teacher dia pesan suh bawa makanan ntok akwan-kawan hari rabu nanti..so semalam aku dah beli barang-barang sebab nak buat makaroni goreng tapi bila sampai rumah tengok kat dapur tomato puree takde *hampa* seb baik malam tadi en suami g beli kat 7E lepas jumpa ejen insuran tu so pagi tadi aku bangun awal semata-mata nak masak makaroni goreng ntok anak jantan bawa ke sekolah hari ni *rasa bangga* Harap-harap habislah kan walaupon makaroni goreng biasa je..takderlah sedap mana pon;P

5) hujung bulan ni aku plan nak cuti balik kampung sempena cuti Awal Muharam kan..kan jatuh hari Ahad so carry forward ke Isnin..lepastu aku plan nak ambil AL yang tak berapa nak ada ni, ingat nak balik sampai 1hb tp tulah..plan aje, kena adjust ngan schedule en suami..haisy..AL dia aku rasa tak pernah berusik sebabnya dia memang tak pernah cuti pon tahun ni..even kalau dapat MC pon dia masih lagi datang keje..sungguh dedicated en suami bila bab keje, weekend ni pon nak ke Kota Kinabalu pula untuk meeting..aku pula yang tolong berasa penat bagi pihak dia..aku tak fahamlah kenapa en suami tak pernah mengeluh bila banyak kerja..tapi baguslah, aku bersyukur juga dapat suami yang suka bekerja, kalau dapat laki yang mengharapkan kita je keje camno?? nanges nanti:P Owh, harap-harap en suami dapatlah cuti juga sebab kebetulan Kak Na aku dari Labuan akan balik kampung juga 30hb ni so aku harap aku dapatlah jumpa Kak Na & anak-anak before kami balik Shah Alam nanti *insya Allah*

6) Bila anak sakit, dan-dan tu je aku rasa nak ambil cuti jaga anak..tapi kan mana mungkin sesenang itu..harini pula bos aku ke Labuan so nak tak nak aku kena datang kerja..Aku tak suka cuti bila bos outstation sebabnya nanti aku tak nak orang cakap "mentang-mentang bos tak ada terus tak mari keje"..Seriously aku tak suka!! Tapi kalau certain case macam emergency, aku rasa memang aku wajib cuti, kena keraskan hati jelah kan..harap-harap bos faham..by the way, ni dah hujung tahun..nak juga jaga reputasi sebab akhir-akhir tahun macam ni, bos pon akan start buat penilaian dah..haaa, kerap-kerap cuti kang nanti akan memberi effect kepada bonus & KPI..silap hb increament pon sama..so tak naklah macam tu kan:P

7) Aku rasa aku macam nak aktif balik dalam buat biz..sejak ada anak kecil ni, aku dah totally mengabaikan Mari Kelih Store..macam hidup segan mati tak mahu je..dahle lesen niaga tak sambung-sambung..adoiyyaaa..tapi aku akui, sejak tak buat biz, akaun Maybank aku tu sunyi sepi..takde nampak $$ bertambah pon..selalunya every month konpem akan nampak juga masyuknya:P so insya Allah, sabtu ni aku plan nak g cari stok baru, nak mulakan sket2 macam dulu..tak nak jual banyak-banyak sebab in the end banyak yang tak habis jual..so baik aku play safe jual sket-sket je..speaking of biz, aku kecewa jugalah ngan kadar poslaju yang makin mahal sekarang ni, kadang harga kita dah rendah tapi dek kerana kos pos yang tinggi so harga barangan jadi sama mahal dengan yang kat kedai tu;( so susah nak yakinkan customer untuk beli barang kita nanti..tapi takpe, aku ada banyak strategi nak buat ni..harap-harap, i will get on my biz track again!!

8) sekarang ni nak join bazaar on weekend pon susah..dengan sewa yang mahal & balik modal..kalau ada yang murah pon, tempat jauh sangat..macam susah juga nak pergi..aku suka juga join bazaar, especially ilove bazaar kat Subang Parade macam aku join dulu-dulu..tapi sekarang ni, diorang terlalu demand vendor & susah nak dapatkan slot..kalau ada pon, bolehke aku bagi komitmen macam dulu??huhuhuhu

9) Tinggal sebulan je lagi nak habis 2011 kan?? so far, apa pencapaian aku this year eh?? dapat Ashraf kot..hahaha..macam tahun-tahun yang lepaslah, hidup aku sama je..celik mata, keje, jaga anak, gaduh ngan anak..tu je..tapi Alhamdulillah, aku rasa aku bahagia..bahagia dengan cara aku..sejak ada anak 3 ni, rasa macam supersingamak lah pula!! so far, aku tak nak berhenti lagi sebabnya kalau nak berhenti pon..tunggulah anak-anak dah besar & biz aku berkembang maju *poyo je* & lagi satu, before aku berhenti pon, aku kenalah siapkan diri aku dulu..bukan senang nak jadi surirumahs epenuh masa ni, silap haribulan lagi penat dr bekerja *of course* & paling penting aku nak disiplinkan diri aku dulu..bukan senang nak hindarkan diri dari gangguan fb & blog..kalau berhenti jaga anak tapi lagho layan internet..mahu tunggang terbalik rumah aku!!

10) dah masuk 10 dah point aku..ntahapapapa kan?? apa-apa pon thanks kerana sudi membaca..tata~

Isnin, 24 Oktober 2011

Geng Che Kiah Ke Hospital Columbia Asia Bukit Rimau

Ini cerita Jumaat lepas, kejadian adalah di Hospital Columbia Asia Bukit Rimau. Aku ke sini bersama-sama dengan geng Che Kiah member-member opis aku untuk melawat teman sekerja yang dimasukkan wad kerana cacar air *memula ingatkan denggi berdarah tapi lepas tu Dr sahkan kena virus cacar*

Memandangkan opis aku di Berjaya Park, so the nearest hospital panel adalah Columbia Asia Bukit Rimau nilah..Kalau nak jauh sket boleh pergi DEMC..Hospital ni masih baru lagi..Dalam setahun operasi & aku pon pernah datang sini masa Open Day Columbia Asia Bukit Rimau tahun lepas. So kira lawatan kedua r ni..Jom kita terjah!!
Photobucket
Masa kami datang ni dalam pukul 1 ptg, masih tak ramai orang..parking pon kosong aje
Photobucket
Geng Che Kiah ni memang suka bergambar..Nak g tengok orang sakit tapi masih lagi posing segala:P
Photobucket
lengang je time ni..Agaknya waktu rehat bagi diorang kot
Photobucket
Moh, kita terjah..Wad-wad adalah di tingkat 1 tuan-tuan fuan-fuan
Photobucket
Motif bergambar?? berkenan dengan frame gambar tu kot:P
Photobucket
Memula tu kecoh juga sebab member kami ni rupanya dah ditukarkan ke bilik single sebab kena kuarantin so before masuk bilik tu kenalah pakai mask dulu sebagai langkah berjaga-jaga kan
Photobucket
Dah namanya bukan keje tukang bedah, memasing tak reti nak pakai face mask tu..Aku lagilah, pakai terbalik..muahahahaaa..tu baru face mask, kalo benda lain tak tahulah:P
Photobucket
tuan empunya blog yang gemuk koyal nak jadi doktor *tulah, masa kecik-kecik tak nak belajar pandai-pandai*
Photobucket
Benda pertama yang aku tengok adalah makanan..nyam..nyam..tapi sian ah orang sakit tak lalu makan..Lagipon sian member aku tu, makan sikit muntah..baru terasa bersyukur di atas nikmat kesihatan yang Allah berikan;)
Photobucket
Dah jadi macam pegawai kesihatan dok check makananlah pula:P
Photobucket
Kami masuk ramai-ramai dalam bilik tu (actually tu bilik single so kira luaslah juga sebab boleh muatkan 10 orang tak termasuk pesakit) Tapi kan..korang jangan buat macam ni sebab nurse dah pesan, masuk sikit-sikit..tapi faham-fahamlah..kami kan keluar time lunch hour so semua nak cepat; masuk ramai-ramai jimat masa:P
Photobucket
Kat tepi tingkap ada pemandangan mengadap perumahan Bukit Rimau..Kalau nak ke lokasi hospital ni, dari KESAS ambil exit Bukit Rimau je lepas tu terus nampak hospital ni *depan Carrefour Bukit Rimau*
Photobucket

Sempatlah masuk terjah toilet..besarnyaaaaa toilet diaaaaaaa..memang selesa!!
Photobucket
Model tak bertauliah:P
Photobucket
Kat dalam kabinet ni ada peti keselamatan untuk pesakit simpan barangan berharga..

Herm, secara keseluruhan interior hospital ni memang superb..Agaknya hospital baru kan so serba serbi masih dalam keadaan yang baik..Cuma aku agak terkilan dengan servicenya yang weeellll..boleh dikatakan lembapsss r sikit..Al kisahnya, masa kami ada tu, member aku ni kencing berdarah so kami tekanlah ring bell yang ada dalam bilik tu..Tapi tunggu..tunggu sorang nurse pon tak datang..so aku keluarlah ke kaunter & masa tu ada 3 orang staff ada kat situ. So aku bagitahulah dekat one of the nurse that patient bilik sekian-sekian kencing berdarah..Nampak dia macam paniklah juga & terus call Dr..so aku masuk balik dalam bilik member aku..

Lama juga kitorang tunggu Dr yang bertugas datang..Adalah dalam setengah jam..Member aku siap buat lawak lagi yang Dr g semayang Jumaat (padahal yang rawat kawan aku ni sah-sah Dr non muslim)..Hikhikhik..Pepandai je diorang ni buat andaian:P

Tapi bila Dr check kawan aku, kami dah minta diri..Maklumlah masa tu dah lambat nak masuk opis..Tak sempat nak tanya feedback Dr apa yang berlaku sebenarnya..Tapi kan, aku rasa mungkin disebabkan hospital ni masih baru so diorang macam kekurangan kakitangan lagi..Wad pun sunyi je..Takde nampak nurse lalu lalang tolak pesakit ke apa *ala yang macam kita tengok dalam TV tu* Most of the patient kat situ semuanya chinese & indian..member aku sorang je Melayu yang meginap kat situ so agak tak syok sedikit..Seb baiklah dia dapat bilik single..Masa awal-awal tu dapat bilik yang sharing ngan chinese..Agak kekok r sikit sebab kawan aku kan pakai tudung so mesti nak jaga aurat dia kan..so agak susah sedikit di situ..

Apa-apa pon, moga Imah cepat sembuh...Terima kasih juga pada kompeni yang cover segala kos perubatan kami:P

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^