Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 18 Oktober 2011

Mama, Haziq Nak iPad!!

Malam Ahad yang lepas, terkejut boboi aku bila anak jantan aku request nak iPad sebijik..Mak aih, bebudak sekarang ni..Ni gara-gara bila berjumpa dengan sepupu Haziq di rumah abang ipar aku yang kat Kuala Selangor tu..Lepas tu nak pula kawan baik dia si Ain tu dok bercerita pasal iPad, lagilah eksaited anak jantan aku nak iPad kan..Macam order keropok Moni gitu ya nak T____T"

Maaflah Haziq ya..bukan mama taknak beli..kalau kira mama sendiri pon dah lama meleleh ailio dok mengidamkan iPad mahupon gadget-gadget sewaktu dengannya cuma mungkin pada saat mama menaip entri ni, iPad tu bukan keutamaan kita lagi..Macamana nak tahu utama ke tak?? Kalau bila iPad ni boleh bertukar menjadi makanan ruji kita barulah mama beli:P

Tapi kan aku tahu anak aku ni..time nak je iya-iya memujuk aku & en suami tapi bila dah dapat nanti..malas nak cerita..Hahahaa..Kan aku ada cerita yang kami ni jenis malas nak beli mainan untuk anak..Bukan kedekut tapi dek mengenangkan nasib mainan-mainan tersebut..Alaaahaaaiii..Si Haziq ni, pernah en suami belikan dia patung Ultraman yang boleh bercakap tu..rege dalam RM50 jugaklah sebijik, kalau tak silap aku tahanlah beberapa bulan lepas tu dah hilang entah ke mana..Bila ditanya, kata Haziq dia bagi kat kawan dia di GA tu..ayaayayaa..Si Husna pula aku belikan patung Barbie cap ayam, nape cap ayam sebab harganya yang RM6 seketui maksudnya cap ayamlah tu kan..Beli sehari dah terbogel segala..Paling haru dalam masa sehari patah kaki segala..Hazab hokey..So kami putuskan no more toys for them!! duit mama pon selamat;P

So pasni kalau anak-anak aku datang rumah korang & main segala mainan anak korang..minta maaflah yaaaa..anak aku jakun tengok mainan:P

3 ulasan:

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil berkata...

ha..ha.. budak skrg oreder ipad cam order kfc ker ..lawak pun ada .. pandai dah budak2 kecik dgn gadget it skrg nih kan zaila ..

Ami berkata...

Biso abg haziq huhu dok maing doh xbox ke ps ke nok ipad lalu

littlehumblelynn berkata...

zaila

Samsung galaxy tab yang lyn punya ain/ auni main buat macam mainan dia aje

bdk2 skrg mmg advanced..dah x main anak patung kertas gaya kita dulu..huuhuu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^