Waktu temujanji kami antara pukul 2~2.30 petang tapi faham-fahamlah aku, pukul 2 tu baru terhegeh-hegeh nak bersiap & sampai sana pun dah pukul berapa dah..Ashraf plak tido so en suami suh aku naik ngan Haziq & Husna saje sebab selalunya kejap je amik report card ni..Bila aku naik ke tingkat atas tempat Haziq belajar, rupanya aku adalah orang ke 3 so nak kena tunggu sekejap..sambil-sambil tu ambil gambar Haziq ngan Husna dulu:-
ni kawasan membaca rasanya..terletak kat tengah-tengah classroom
Haziq ni walaupon dia belajar kat sini hari-hari tapi still malu lagi nak main kat sini, nak kena aku temankan jugak..haisssyyy..jangan kat sekolah nanti mama kena masuk belajar sekali temankan Haziq sudah:P
comel kalau ada bilik aktiviti macam ni untuk anak-anak kan??
kerusi-kerusi tu disusun kat luar supaya mak bapak boleh duduk kat luar bilik darjah sementara menunggu turn untuk berjumpa teacher..alahai, kecik molek sungguh kerusi tu:P
Amboi Haziq, jeling kat mama ke??:P Si Husna ni excited pula belek-belek buku..padahal tak pandai baca pon..hahaha
tahun depan anak dara aku ni dah masuk 4 tahun tapi tak nak hantar masuk sini lagi..sebabnya boleh botak kepala aku ngan en suami nak membayar 2 yuran..dahle takde diskaun..bayangkan Haziq sorang pon habis dalam RM323 untuk yuran & van, kalau tambah Husna seorang lagi..isy isy isy..tak boleh..tunggu Husna umur 5 tahunlah yaaaaaa;)
so far Haziq dah boleh baca dah buku Peter & Jane / Adam & Dina pun dah laju..cuma adalah few words yang dia lupa..biaserlah, nak kena selalu ajak dia baca buku dengan kita..Kalau tak asah, memang cepat lupa..asyik dok ingat watak kartun aje:P
Mama dia sebok nak numpang gelemer sama:P
owh, ni gambar bila aku duduk atas kerusi comel depan kelas Haziq
nilah kelas Haziq, 5 Zheng He..yang 6 Istanbul tu kelas pagi..pon teacher Lili juga yang handle
ni apa yang teacher Lili tuliskan;-
"Amirul Haziq is making a steady progress this year. It has been a pleasure to have Amirul in my class. He si very working hard boy and should have much success ahead. Insya Allah"
Op koslah teacher kena tulis hak baik-baik aje kan, kalo tak..mak sentap hoccay!!
ok, masa untuk pulang..haritu juga teacher Lili bagi semua buku latihan yang dah Haziq buat sepanjang semester kedua..Insha Allah tahun depan Haziq masuk sekolah pagi dah..tapi masih tak buat keputusan lagi samaada nak kekal dengan teacher Lili atau tidak..Kalau tanya Haziq dia cakap nak je..hehehe..
Bagi aku, Haziq memang nampak ada peningkatan sejak dia bersekolah kat sini..teacher Lili pon akui, kalau dulu masa awal-awal bersekolah, teacher Lili cakap Haziq terlalu bergantung kepada kawannya Aiman & Ain tapi sekarang ni dah boleh berdikari sendiri dah..Kalau Aiman tak ada pon takpe..hehehe kalau macam ni tahun depan bolehlah duduk kelas asing-asing kan Haziq??:P
1 ulasan:
eh macam klinik pulak skulnya..hehe..comel kusi2 tuh..
Catat Ulasan