Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 15 November 2011

Selamat Pengantin Baru Buat Fir & Badry

Ahad lepas aku ke Ampang untuk menghadirkan diri *cewah skemanya* ke kenduri best friend aku masa jaman sekolah menegah dulu..Buat yang tak tahu, lepas je PMR, aku pindah sekolah dari Kelantan ke Taman Kosas Ampang. Masa tu aku duduk dengan kakak aku & sekolah pon dekat SMK Taman Kosas yang mana kakak aku juga mengajar kat situ. Memang banyak kenangan manis, masam pahit sepanjang aku tinggal kat sana. Kenangan menjadi orang KL memang best:P

Masa awal-awal Form 4, aku macam takde kawan sangat sebab yelah nak sesuaikan diri dengan tempat baru cukup susah bagi aku. Tapi Alhamdulillah aku dapat geng dengan budak baru juga nama Shahida & Nik Sheryna..tapi masa form 5 kami terpisah dek kerana aku dapat masuk kelas 5 Arif & Shahida masuk kelas 5 Cekal kalau tak silap aku..Sheryna pula berhenti sekolah atas sebab-sebab tertentu yang aku harus rahsiakan..hahaha..rahsialah sangat:P

So bila aku masuk form 5, aku berkawan rapat dengan Fir, Saadah, Nadia, Aimi, Sharmeen & Maisarah..Nak pula kami pergi satu tempat tuition so most of the time aku akan hang out dengan Fir / Saadah..Lepas tu pula kami ni terpilih jadi pengawas sekolah..hahaha..jangan memain, ahkak pengawas youuuuuuuu..herm, masa ni memang seronok..maklumlah usia tengah meningkat remajalah katakan..hormon estrogen pon tengah banyak masa ni:P Ada anak kambinglah, suka dengan budak tulah, budak nilah, nangis depan kedai rotilah, *siapalah tu* gaduh dengan bapoklah:P pendek kata we all memang happy masa tu..belajar-belajar juga tapi at the same time menggedix jangan dilupa..hakhakhak *mati aku kalau en suami baca entri ni*

Bila lepas SPM aku balik kampung semula then sambung belajar kat matrikulasi pula. Aku sorang je dapat kat Dungun & they all semua g Melaka..sedih hokkay tapi we all always keep in touch with each other by writing a love letter..hahaha kidding!! just a stupid letter contains boyband punya lyrics..hahaha..aku ingat lagi masa tu femes dengan lagu "This I promise You" by N'Sync *betui ke idak ejaan ni* & aku ingat lagi Fir dedicate this song to me..herm..aku sampai siap beli kaset N'sync lagi ko..jangan memain ngan aku ni..peminat boyband tegar jugak ni:P

Bila dah habis zaman matrik, masuk pula zaman U..pon aku terpisah jauh dengan diorang..Fir dapat UKM, aku UPM, Saadah UKM tapi ambil cikgu so masing-masing dah bawa haluan masing-masing..Tapi aku selalu juga jumpa Fir sebab dia ada kereta so setiapkali duit PTPTN masuk ada masa, kami keluar sesama hang out together cerita ceriti pasal pakwe..hahaha poyo kan?? tapi i guess masa tu memang best, keluar tengok movie, makan-makan & then lepak kat bilik sambil layan fireworks *masa tu new year kot* Fir selalu juga tidur bilik aku sampaikan roomate aku konpem akan kenal dia..masa ni aku ngan dia macam kembar cuma of courselah dia lagi cantik & body mantap..whenever we go, confirm ada mata gatal nak ngorat dia..jeles aku tau:P

i guess i know her inside out..i know her bf, i know her secret, i know everything *ye ke??tipulah* tapi bila kami habis belajar, aku terus kahwin *gatai kan* & start from there, hubungan kami dah tak macam dulu..aku pon sibuk dengan dunia aku, uruskan laki, lepas tu dapat anak, dapat anak then dapat anak..owh my, aku macam mengabaikan best friend aku..my bad..rasa macam teruk sangat bila aku dah tak boleh catch up who is her latest bf *ceh, macam ramai*..what's the latest gossip bout her..but somehow, aku tahu jugalah dia kerja kat mana & we do still keep in touch cuma dah tak macam dulu lagi..even masa aku bersalinkan Husna, she come to my old house & last year dia datang rumah aku masa aku buat open house..

Tapi aku rasa aku dah kehilangan dia..bukan sebab dia tak nak aku tapi aku yang banyak mengabaikan dia..title aku sebagai her bff rasanya dah tak layak dah untuk aku pegang..sebabnya, aku dah tak boleh selalu bersama dia, selalu berhubung dengan dia..aku busy dengan dunia aku & i guess dia pon tak berani nak ganggu aku sebab risau aku tak boleh bantu dia kan..serious i feel like i'm losing her;(

So bila dapat tahu dia nak kahwin, of courselah aku happy sebab at least dia sudah bertemu dengan cinta sejati dia tapi at the same time aku sedih sebab tak sangka dia dah nak kahwin..aku dah lost track dengan kehidupan dia..aku sibuk dengan kehidupan aku..even bukan dia lah tapi semua kawan-kawan masa dulu pon aku dah tak ambik tahu..the only best friend yang aku adalah en suami..serious!! bila korang kahwin, u all mesti admit that your husband will be best friend korang..betui tak??

Isy, panjang betul intro entri ni kan??

Senang cerita aku nak cakap, aku rindukan saat-saat berkongsi bantal dengan dia, kongsi nasi..kongsi egg tart..hahaha..i miss you Fir;( harap-harap lepas ni we still can see each other, harap lepas ni pon janganlah terus membisu..

ok enough bab-bab feeling tu, rasa macam lesbian lak aku nak sedih segala kan:P so nak cerita haritu masa nak g kenduri Fir ni, memacam dugaanlah..dahler anak-anak aku tak sihat, dengan Ashraf cirit birit & Husna pula muntah-muntah..sampai rasa give-up tak nak pergi sebab fikirkan kalau pergi pon we'll end up memalukan diri dengan anak-anak yang buat perangai..Masa tu aku berdoa moga Allah pertemukan aku dengan kawan baik aku ni, maklumlah hampir setahun *setahun jepon bukannya seploh duaploh tahun* aku tak jumpa dia, lebih-lebih lagi bila aku tahu tentang HIJRAH dia..of courselah i'm eager to see her kan!!!

Alhamdulillah, Allah ketemukan juga aku dengan Fir..lega bila Fir peluk aku..huhuhu..tengok, orang pompuan memang suka kena peluk kan:P dari yang nak marah terus rasa sejuk..sempat juga jumpa kawan yang dah hampir 11 tahun tak jumpa!!!
Photobucket
selamat pengantin baru buat Fir & Badry, semoga bahagia selalu & cepat-cepat lahirkan zuriat yang comel..kata nak anak 5 orang=) Korang nampak tak baju Husna ada tompok tu?? actually Husna muntah lepas aku suapkan nasi kat dia..sabar jelah, seb baik duduk kat hujung-hujung so takde orang nampak:P
Photobucket
Aku, Fir & Saadah..Saadah ni dah pon selamat jadi cikgu & sekarang tengah buat master kat U mana ntah..asyik lupa je nak tanya & kalau sempat, nak g terjah rumah dia kat Kajang sana..konpem cantik!!
Photobucket
i miss u guys..rindu masa zaman sekolah dulu..Saadah ni peminat fanatik Backstreet Boy, siap beli majalah yang ada gambar BSB buat simpanan..herm, sekarang ni minat retis K-pop kah??
Photobucket
ini pula Maisarah & Sharmeen..2 orang nilah yang hampir 11 tahun aku xjumpa..huhuhuhu rindu weh kat korang..Anak Maisarah memang comel..macam mama dia yang masih maintain gitu bodynyaaaa..jeles aku hoccay!! errr, nak wat menantu boleh:P

Apa-apa pon, aku bersyukur sebab dapat juga pergi ke majlis Fir ni walau pada mulanya bermacam-macam dugaan yang datang melanda..biaserlah ko, benda baik konpem setan akan hasut kita, nak laga-lagakan sama-sama kita..pasal apa tu?? biarlah rahsia..apa-apa pon, lega best friend aku dah selamat menjadi isteri orang pada tanggal 11/11/11..cantik nombor tu, may you always be the first in your husband's heart;)
Photobucket
dapat door gift yang comel..anak-anak aku sukalah sebab ada gula-gula kan..bila lagi nak makan coklat kalo bukan haritu..nak harapkan mama beli, memang beranganlah kan:P

Moga persahabatan kami akan mekar terjalin seperti dulu..insya Allah;)

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^