Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 15 Disember 2011

Not So Wordless Wednesday

Assalamualaikum semua..lamanya aku menyepi..ada yang rindu tak?? konpem-konpemlah takde kan..hikhikhik

Actually aku ada je, masih hidup lagi even lepas g team building kat Dusun Eco Resort tu..Memang sakit badan sungguhlah buat segala aktiviti kat situ..Tapi aku bukan buats emuanya pon..Aku kan penakut:P
Gambar?? Nanti-nantilah nak pilih..kena tapis-tapis juga sebab yang pergi semuanya mak budak perempuan so kena pilih juga mana gambar yang elok:P

Aku rasa macam nak tulis dalam bentuk point *macam biasalah* senang sikit korang nak skodeng baca;)

1) Isnin lepas kan Selangor cuti, en suami sibuk nak pergi kerja juga so aku lah yang kena jaga anak-anak..tak kisahlah..cuma masa en suami nak pergi kerja, dia terlanggar anak kucing kami..depan mata aku lak tu..habis kena gilik ngan tayar kereta kami..kesian kat dia..sampai hari ni aku terbayang-bayang lagi keadaan kucing tu menghadapi maut;( Pagi tadi 2 ekor pula hilang...Aku memang sengaja tak kuncikan diorang dalam sangkar sebab kesian kat diorang nak bersempit-sempit dalam sangkar kecik..Herm..sekarang ni ada 3 ekor je..Tapi nanti aku up date balik mana yang ada..Pada sesiapa yang ada bagitahu nak ambil mereka sebagai kucing angkat, nanti aku update balik..rasanya dah boleh ambik kot sebab diorang pon dah makan makanan pejal..aku bagi makan Smart Heart juga..Nanti ya update & latest pic diorang!!

2) Kejadian sedih hari Isnin tak berakhir lagi bila time aku nak basuh pakaian aku yang aku bawa balik dari Dusun hari sebelum tu, rupanya en suami dah terbuang sekali ngan sampah kat dapur..Al kisahnya baju-baju kotor aku letak dalam satu plastik, dalam tu ada baju baru, seluar baru, inner, tudung, toileteries ngan selipar kesayangan aku..Habis kena buang ko -___- Sedih sangat bila bayangkan sebab baju & seluar baru tu aku beli semata-mata nak g Dusun Eco Resort so betullah bagai dikata, lepas je balik dari sana..terus diorang menghilang..Tak sempat nak pakai banyak kali..huhuhuhu Sampai sekarang terasa kesedihannya sebab seluar tu aku suka pakai & harga pon boleh tahan juga..Herm..redho jelah kan;(

3) Hari Selasa aku EL pula dek kerana anak-anak tak sihat..Demam secara jemaah..Herm, pelik..tapi malas nak fikir..Alhamdulillah, semalam dah ok..speaking of cuti, tak sabar nak tunggu cuti krismas pula..nak balik kampung..Kalau ikutkan hati, dan-dan ni juga nak balik..tapi apakan daya..by the way, Kak Na aku yang dok Labuan pun balik juga..tu yang rasa tak sabar nak jumpa;-) Kalau en suami tak nak balik, aku nekad nak balik naik flight *amboi flight aje, bas tak mau kooo*

4) Aku dah makan Garret..terima kasih pada en suami yang belikan..Dia cakap orang dah tak ramai macam selalu..tu yang dia berenti beli tu..Rasa?? boleh tahan juga manis & sedap..berbaloilah dengan harga yang errrrrr..mencekik darah sungguh:P

5) Hujung tahun ni biasalah tempat aku kerja ni akan bagi bonus tahunan..Masing-masing dok berangan tertanya-tanya berapa jumlah yang akan kami dapat..Herm..aku malas nak berharap sangat..syukur dengan apa yang orang bagi..cewah poyo je stetmen ni..cumanya tahun ni kalau boleh nak gunakan sebaik mungkin..Ada ke patut en suami suruh buat bayar hutang PTPTIPU -_____-' Potong mode berangan sungguh!!

6) Haritu masa g Dusun Eco Resort, ada slot motivasi dari sape ntah namanya *hahaha tulah asyik bercakap aje* ada bertanya apakah pencapaian tertinggi anda?? jawapan aku..konfermlah ada 3 orang anak..hahahaha sungguh tak memberangsangkan jawapan aku ni tapi Alhamdulillah..aku bangga dengan pencapaian aku sekarang ini..Tahun depan aku nak bersara dah..BERSARA dari apply keje kerajaan..hahahahaa..Tahun depan nak apply fully housewife plak:P

7) Aku tak bayar lagi yuran taska Haziq..hahahaha Tahun lepas masa anak baru nak masuk GA kemain eksaitednya aku g Open Day segala, tapi tahun depan since dah berjaya dapatkan tempat untuk morning session, rasa macam kemalasan tahap cipan melanda..Open Day this year aku tak pergi pon..Baju uniform pon tak beli lagi..Hehehe Tadi aku call GA nak chopkan kelas untuk Haziq, rupa-rupanya teacher Lili yang mengajar haziq dah jadi principal so tak pegang kelas lagi dah...Haisy..nak kena cari teacher lain yang garang-garang ni..baru anak aku takut & semangat sket nak belajar:P

8) Gemuknya aku sekarang ni -_______-

Oklah, mak emo..esok aku aktif balik..insya Allah;-)

3 ulasan:

Tie HT berkata...

banyak peristiwa yang berlaku yer zaila..

jemput join GA saya yer :)

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

padanler senyap sunyi..rangkuman 1 minggu ler ni.


bab gemok2 jgn sebut2..

ada yang meroyan 44hr..(aku ler tuh)!!

Zaila Mohamad berkata...

Tihara,

insya Allah, kalau ada masa ya!!

littlehumblelynn,

hahaha..samalah kita..emo manjang jek kalau pikir pasal berat badan *diet malas*

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^