Haritu en suami balik dari meeting di KLCC bagitahu kat aku "mama nak tahu dop..abang lalu kat satu kedai ni..panje gilo ore beratur..abang pun jenguklah nak tahu gapo dio kan..rupo-ruponya ore jual popcorn jah" *aku malas nak translate ke bahasa melayu baku so sila fahamkan sendiri:P*
Aku dengan berlagaknya jawab "aaa..tahu..Garret popcorn lah tu..meme sohor tapi mahal supo bedil"
Terkejut en suami bila aku cakap aku tahu..Pastu aku siap pesan suh dia belikan lagi..Yerlah kan, nak juga merasa makan popcorn mahal:P *tapi dia buat tak layan, malas nak beratur katanya* cesssssss!!!!
Aku cukup salute dengan orang yang cipta popcorn ni..letak seluar dalam ke masa gaul popcorn ni sampai ramai yang tergila-gilakan popcorn ni:P
Lagi satu pengaruh bila baca blog ialah tentang kesedapan Tutti Frutti ni..Ramai blogger tersohor dok review pasal TF ni..herm..no wonderlah diorang dibayar bila buat sesuatu iklan kan..Sebabnya memang AKAN ada manusia yang terpengaruh *aku lah tu* untuk mencuba
Tapi aku masih belum berkesempatan untuk mencuba..Dekat area rumah aku ni ada cawangan Kota Kemuning tapi faham-fahamlah..kalau pergi ngan anak-anak..mahu bengkok kepala lutut papa diorang nak membayarnya nanti:P
Aku tahu jenama Daiso ni pon bila bertandang ke rumah Kak Kasihredha..aku suka tengok presentation makanan yang kak Kasihredha buat..selalunya mangkuk / sudu / mug mesti comel-comel..Aku siap tanya lagi beli kat mana & kak Kasihredha jawab beli di Daiso;-)
Malam tadi kami ke Jusco Bukit Tinggi (again) sebab nak beli kelengkapan aku untuk ke Dusun Eco Resort, pastu eksaitednya aku bila nampak Daiso dah ada kat situ..Level 2 kalau tak silap aku, sebelah ngan kedai jual barang RM5 tu *eloklah depa compete each other* Nantilah kalau ke sana nak singgah masuk;-)
rainbow cake
Yang ni selalu tengok kat blog-blog yang baru je buat birthday party anak-anak..Macam menarik je kan..Sampaikan meleleh air liur aku ni...Ada sesiapa boleh bagi contact no. orang yang ambil tempahan kek ni tak?? Rasa macam nak buat birthday party aje untuk Haziq this month..Kalau duit *uhuk*uhuk* bonus masuk, bolehlah spare sket untuk buat birthday party..tapi nak buat yang biasa-biasa je memandangkan Haziq selalu request bila nak buat "hepide" untuk dia..Budak-budak sekarang kan..memacam!! Tapi tengoklah..kalau ada budget bolehlah buat;-)
pavlova
Ni lagi satu..bikin perut ahkak lapor aje..tengok gambar sini sana orang cakaps edap..adussss..meruntun jiwa nak cuba..Ingat nak try kat Serai, Empire tapi masih tutuplah pulak dek kerana Empire meletup haritu..Kalau tak, haruslah en suami yang jadi magsa aku..ngeh ngeh ngeh..Pening dia dengan karenah bini yang cepat terpengaruh ni..
Naseb baiklah aku tak terpengaruh sangat dengan SALE-SALE yang ada ni:P
5 ulasan:
DAISO- x pernah masuk
TF- X pernah masuk jugak tp pernah mkn kawan belanja
PAVLOVA- x pernah rasa..
Kek rainbow- banyak tgk dlm blog--tp back to normal..suka coklat lebih
pendek kata rasanya yang plg teruja sjk berblogging adalah tpt TRAVEL..
sbb mmg kaki jalan punya!!
pavlova tu tengok kt blog mak hanis jalika ..nampak sedap sangat :)
betullaaa beb.. psl blog sume org leh tau tempat makan best, kek pelbagai rupe & rasa..kalau dulu, kek sponge tu jah.. skang memacam yg timbul mcm cendawan lps ujan.. dan kerana blog gak, aku mengenali dirimu yg sentiasa mendoakan kesihatan aku..thanks beb..tetibe aku syahdu boleh???:)
betullah kak..yna pun macam tu lah jugak..terpengaruh betul dengan review blogger2 ni..nak2 yang tutti frutti tu lah..haha..tapi sampai sekarang tak dapat merasa lagi..huu..
salam..
ini num fon member yg amik tempahan pelbagai jnis kek..013-2588230 @ facabook.com/Fazlinil Irma Mohamed Aki
Catat Ulasan