Bagi aku yang tak baca novel Ombak Rindu ni tapi aku tahulah serba sedikit jalan ceritanya (sebab dengar & baca review orang lain kan) so aku boleh katakan cerita ni BOLEHlah untuk dilayan..Hahaha..Kalau bintang pula aku bagi 3 bintang dari 5, 1 bintang untuk Bang Aaron yang hensem lagi macho, 1 bintang untuk lokasi yang cantik & 1 bintang untuk scene-scene lawak yang banyak menghidupkan cerita *poyo je bagi bintang ikut suka hati*
Honestly kalau cerita ni panjang macam Nora Elena dulu, aku rasa aku akan lebih menghayati watak Izah & Haris tu..Ni tak sempat nak feeling ah sebab kejap sangat..Kejap marah, kejap bergaduh kejap menangis kejap gembira kejap kejam..tengok-tengok bangla yang jaga pintu wayang dah buka pintu menandakan cerita dah habis & kami kena keluar:P Ada orang cakap kena bawa tisu banyak-banyak sebab sedih kan tapi seriously aku tertanya-tanya part mana yang sedih tu?? Haisyyyyy..memang aku tak menghayati watak & jalan cerita kot..dok ralit tengok muka Aaron yang hensem tu jek:P
Oklah, ni aku letakkan few pics yang ada dalam cerita Ombak Rindu ni..
-pic removed-
Scene macam ni awal-awal cerita lagi dah ada..Maklumlah si Izah ni kan kena jual ke tokei kelab malam, siap kena paksa minum arak lagi..Asal scene kelab malam je ada pompuan dok menari macam mabuk..hehehe Awal-awal memang scene berkemban je aje..Si Izah ni lepas kahwin ngan Haris ni p sidai kain pon berkemban..Saje je nak pancing Haris yaaaaaaa:P Of courselah Izah (Maya Karin) sungguh seksi *pada mata aku* even berkain batik pun nampak seksi, manalah si Haris tu tak terliur:P
Part ni pula bila Izah lepas kena sepak terajang ngan Haris..Maklumlah Haris tu ingatkan si Izah ni dah mengandung..teruk juga Izah tu kena..seb baiklah si Izah ni baik..kena buat macam tu pasrah je kan..Kalau aku, mahu aku report kat polis dah *yelah tu*
Cantik si Maya Karin ni bertudung but somehow ada few scenes yang macam tak kena..Agaknya diorang memang sengaja tak betulkan kot sebab nak suruh nampak si Izah ni gadis kampung yang kolot (tak pandai bergaya)..
Scene ni pon romantik juga tapi yang kelakarnya tetiba kat belakang diorang ni (tak tahulah ada yang perasan ke tak tapi be me yang mata tak fokus kat diorang tapi dok tengok scenery keliling diorang) ada amoi pakai seluar pendek kaler pink..Hahahahaha serious mencacatkan scene & feel nak romantika gitu..kelakar pon ada!! Agaknya pengarah filem ni tak perasan kot *alah kalo perasan pon takkanlah nak shoot balik kan*
Watak-watak lain yang menarik minat aku adalah watak Mama Haris (Azizah Mahzan) ya ampun, memang kenalah ngan dia kalau bawa watik datin tak sedar diri ni, dengan pakai seksi menunjukkan lurah dendam tu pastu make up yang super melampau..Ada satu scene bila dia g halau si Izah masa hujan lebat kilat dentum dentam tu, sebijik dah macam hantu!! Putih melopak!! Serious scary koooooo:P
Isy, banyak betul komen aku ya..semuanya tak membina langsung..mampos kena kutuk ngan die hard Ombak Rindu karang:P Apa-apa pon, korang g jelah tengok sendiri & nilaikan apa kekurangan & kelebihan cerita ni..Aku cakap banyak pon tak guna sebab bukannya selalu pon aku tengok movie T____T"
p/s : suka plat nombor keta Haris AAR15..kelas gituuuuuu;)
7 ulasan:
Pergi nonton malam tadi.
harap2 ada kat astro fisrt :p nak tgk jugakkk.
review terbaikla kak..tersengih baca..hehe..baca review org jerlah nak pergi tengok tak ada panggung pun sini..heee..tapi kalau buat drama rasa lagi better kan..macam akak kata Nora Elena lah..but part seksi2 no need lah rasanya..
tak tau nape.. mcm takde rasa nak tgk ombak rindu ni.. orang sibuk canang citer sana sini huhu..
Sian aku x pi tgk pun. Twilight pun x. Time twilight laki outstation. Time ombak ni lak aku lak outstation 2 weeks.grrrrr
AziE,
camne??best tak??
e.l.i.s.s.m.i.e,
aku tak pernah langgan Astro First *kedekut*
Prettywrite,
bagus juga takde wayang..save duit..hehehe
Nurhayati,
alah, ko kan dah nonton wayang free dari Nuffnang:P
iswatie "colours of life",
alah aku g tengok pon bukan ngan laki aku:P ko g aje nanti..sempat lagi..takpon amik pakej Astro First aje..hehehe leh tengok reramai;P
Catat Ulasan