Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 22 Mac 2010

Swimming Class

Salam semua, so how's your weekend?? Zaila punya biasa-biasa aje..hari Sabtu lepas Zaila ke PWTC untuk melawat booth Zaila & then g cari stok tudung baru. Hari ahad pula just stay kat rumah bermalas-malasan mengemas rumah je;)

Tapi ni Zaila nak share satu benda ni, actually Zaila tengah excited sangat ni sebab next month Zaila akan start belajar swimming!! hip hip horray!! mak sukeee jangan hangat-hangat tahi ayam sudahler

Actually hubbyler orang pertama yang suggestkan pada Zaila. Maklumler dia pun tahu yang orang rumah dia ni dah makin berisi kan so he need to do somethinglah kan..Kalau tak, makin kembang pula isterinya yang chomel ni;P jangan muntah ya so masa berkunjung ke BKGR haritu hubby ada ambil no. telefon cikgu renang yang mengajar kat situ. So Zaila dengan semangat wajanya actually kawan Zaila yang call menelefon no. tersebut tapi malangnya "no yang anda dail tiada dalam perkhidmatan" aperdaaa hubby niii..rupa-rupanya dia salah susun no. tu, seb baik dapat call Kelab golf tu so bolehlah Zaila contact cikgu tu..Bestnyer, senyum sampai ke telinga;)

So petang Sabtu yang lepas Zaila singgah sekejap di Bukit Kemuning Golf & Country Resort tu & sangatlah terasa excitednya nak belajar berenang..hehehehe..Janganlah gelakkan Zaila ya, walaupon Zaila ni dah tua besar panjang tapi still xreti berenang & lagi satu walaupon masa kecil duduk dekat ngan pantai & sungai, tapi tak pernah mandi kat sana tau!! budak baiklah katakan
so bila hubby Zaila suruh masuk kelas swimming ni, agak jakun excited jugaklah rasenya..hehehehe..Kalau dah pandai mesti boleh swim every week yolah tu
haaaa..rumah sape ada swimming pool?? Bolehlah Zaila singgah berenang nanti;P

Bayaran yang dikenakan adalah RM98 per month & kelas pula 4 kali seminggu. Zaila ingat nak ambil setiap sabtu pukul 6-7 petang, masa p tengok haritupon tak ramai yang swim kat situ so rasa macam best juga..Tak sabar ni..harap-harap biarlah sampai pandai;) Orang kata dengan berenang boleh menurunkan berat badan juga kan..tu yang Zaila suka tu, tak payah nak pergi gym segala..hahahahaaa..sungguh bersemangat betul;p

Tapi kan, Zaila ni mana ada swimming suit lagi..heheheee..semangat aje lebih kan?? Haritu dah survey kat Jusco, mak aih..mahalnya..sampai cecah RM300 satu..Naseb baiklah ada terjumpa kat internet yang harga tak sampai RM200 pon cuma nak kena beli saiz yang betul supaya tak ketat atau longgarlah kan..Naseb baik sekarang ni dah ada yang jenis muslimah punya so takderlah malu sangat nak tonjol benjolan lemak ni kan?? hehehehee

Best kan kalau rumah ada kolam renang;)

24 ulasan:

sisdee berkata...

wah besnya....kita ni zaila suke tgk org berenang tp kita takut air...ish..ish...tak tau le bila nak hilang fobia..

memang swimming leh kurus tau..klu maintain jek :)

mahal kan baju renang.....dah cam baju jalan2 heheheheh mungkin material dia yg baikkan...ish nsb mmg dah ada yg muslimah :D

honeylanz berkata...

zaila...pasni leh wat gaya kuak kupu²..has tau berenang..ms kt uni biasa masuk acara renang inter-faculty..dulu la..skrg segan ;)

~Eila @ Along~ berkata...

wahh zaila bestnya...nasib baik jauh..kalo tak dah join daa masuk kelas...
eila ni mmg takut air..ermm cam syok je kan leh berenang...
good luck zaila...
baju renang beli online..murah dan cantik..

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil berkata...

rindu laks masa duk kt kondo lama .. poolmmg depan mataa .. selamat berswimminggg .. nanti share citer ok ;-)

fabulous.farah berkata...

org tengah belajar sdiri..tengok video kat youtube..hehehe

:: vErde+hAzizi :: berkata...

owh goshhhh i am soooo lame in swimming...mmg tak reti langsung babe...
klo u campak i dalam laut or pool i tak kan teragak2 akan buat bodo n blup blup bluppp je ;)

N A N I E berkata...

Wah Zaila..ade aktiviti baru la pasnih..lepas Zaila dah mahir, boleh la ajar Haziq ngan Ameera lak pasneh..:)

mohdandmeriam berkata...

salam zaila..tahniah ya belajar swimming.. belajar biar sampai pandai..auntie takut air dalam ni hati2 zaila...

zailamohamad berkata...

Sisdee, Zaila ni kalo kira takut air juga tapi bila d tengok sendiri orang belajar berenang rase macam excited sangat nak belajar..hehehee

harap2 jangan hangat2 tahik kambing ah;)

zailamohamad berkata...

Has, insya allah kalau dah pandai nanti..
rumah has ada swimming pool kan..bestnya kalau boleh mandi pool hari-hari kan;)

zailamohamad berkata...

Eila, tuler Zaila pon ingat nak beli secara online je, tunggu dapat gaji bulan ni zasss nak beli terus..heheheee

zailamohamad berkata...

Di, tu yang best kalau dok kondo kan..senang nak mandi kolam
insya allah kalau berkesempatan

zailamohamad berkata...

Farah, pah tgk youtube bilo nak peraktis??
best juga kalu ada cikgu kat sebelah..kak ila takut tenggelam..kekhekehekhe

Lady of Leisure berkata...

kagum dengan zaila... sebab rajin nak blajar swim... dont worry zaila, tak susah sbnrnya apa yg penting bila dalam air kene relax baru zaila akan enjoy... :)
good luck zaila...

zailamohamad berkata...

Verde, you ni kelakar ah..i rase kalau ada orang campak u dalam laut pon, masa tu mesti reti dengan sendiri kan..hehehee

zailamohamad berkata...

Nanie, memang Zaila ingat nak suruh Haziq belajar berenang juga, dia tu lelah, orang kata swimming bagus untuk menguatkan paru2 diorang

zailamohamad berkata...

Untie, insya allah..kalau dah pandai bestnyaaaa

Wan berkata...

nnti apakata u uplod gambar muslimah swimming suit tu. teringin nak tgk.. zaila beli kat website mana?

zailamohamad berkata...

Lady, maklumler Zaila tak pernah swim, takut tenggelam je..
by the way, thanks for the info

zailamohamad berkata...

Wan, nanti Zaila upload ya..zaila tak beli lagi, haritu just survey2 je..ingat nak g rumah orang yg jual pakaian renang tu sebab kat situ boleh try, apa2 nanti zaila update k;)

mrs shaifull berkata...

bestnya, nak join gakkkk :)

eynda berkata...

Eynda pun tak reti berenang ..trauma dgn kisah lama :-(

Teruja tengok gambar rumah tu...cunnyaaaa....

ndeanaz D berkata...

Bestnyer dekat kat rumah.. nak number fon cikgunyer ade x?

nita berkata...

Best... nak nombor trainner

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^