Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 6 Disember 2011

Ahkak Nak G Dusun Yo!!!

Bukan ke dusun doriyanlah yang..tapi ke Dusun Eco Resortlah yo!! *nak jadik rapper ke asek asek yo*

Selangor cuti 3 hari minggu ni sempena keputeraan DYMM Sultan Selangor which is fall on Sunday so best bila drag cuti sampai Isnin;) Dikesempatan itu, office aku ada anjurkan kursus ala-ala motivasi kepada semua staff wanita kat sini..Alah, tak ramai pon tapi dari awal-awal lagi kami disuruh tandatangan pada yang berminat nak pergi..Macam biasalah aku gedix melebih nak pergi juga *dasar tak sedar diri dah tua anak 3* tapi konfemlah tak boleh nak bawa laki & anak kan..Masa tu ahkak tak kira, best je rasa bila fikir sesekali dapat ke luar negara masuk hutan segala..ala-ala feel close to nature gitu..

Tapi makin dekat makin rasa macam tak nak pergi..huhuhuhu..First of all, of courselah sebab faktor usia kan *uhuk uhuk* Seingat aku, kali terakhir aku join benda-benda macam ni back when i was in UPM semester 1 yo!! Bayangkan betapa bertenaganya aku masa ni..Kalau tak silap masa tu kursus BTN (Biro TataNegara) buat kat Bukit Keluang Besut..dalam-dalam tak nak tapi terenjoy juga;-) Masa tu seronoklah sebab ramai kawan-kawan sebaya..Kalau sekarang..herm..boleh kira berapa orang yang sebaya ngan aku *uhuk uhuk* so aku rasa amatlah tak sesuai kalau aku nak panjat memanjat, berkayak segala T______T" Kalau set bujang konpemlah suka, siap cadangkan bermalam 2 malam kat situ..huhuhu

Aku cuba membayangkan yang aku akan enjoy this weekend but i guess i'm not..Seriously aku takde mood, malas nak fikir sebab aku rasa aku dah membazirkan 3 hari cuti doing the thing that i don't like it / enjoy it..Kalau kursus "Macamana nak shopping / Seharian di KLCC or whatsoever" mungkin aku boleh pertimbangkan lagi kot:P Tapi this kind of activity..herm...Malas nak cerita;(

Tambah sedih bila patutnya aku boleh luangkan cuti aku ni balik kampung jumpa mak ayah aku..Seriously macam dah lama sangat tak jumpa diorang *kali terakhir balik pon raya pose dulu* Herm...stupid me..Kalaulah aku tak gatal bagi nama masa tu;(



Naseb baiklah 2 hari 1 malam aje..Herm...

Moral of the story : Jangan gatal nak ikut orang..baik fikirkan diri sendiri & famili aje..bila dah WAJIB pergi, nak kansel pon takde guna..kenalah pergi sebab kompeni dah bagi komitmen bayarkan semua..Lepas ni kalau ada lagi..konpem aku tak nak..biarlah orang kata kera sumbang ke apa, aku dah tak layak nak sertai benda-benda macam ni...ahkak dah tua yo!!

7 ulasan:

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

mu bukan tua sangat ,cuma mu rasa better habis masa sama anak2 dr g menebeng aktiviti gitu..
cuba kalo boleh kelek anak2 belaka..sure mu rasa seronok nk pg

gt ler yang aku rasa dulu..dapat offer nun g jepun..masa tuh baru pantang bersalin auni..tp disebabkan aku sayang anak lebih..so aku reject offer kursus 3bulan kat sana..

tp aku x menyesal..sbb aku rasa itu aje pilihan terbaik buat masa tuh

enjoy the life ok..

xdelah tua sgt setakat nak berkayak bagai tuh...

ok :-)

Lily@MamaZaraZareef berkata...

kite dari anak dara dulu mmg tak suke aktivti mcm nih..banyak kali pergi tp sume sbb pihak u n fakulti 'paksa' pergi..huhu..ntah, tak suke sbb mmg jenis lembik kot tk reti nk aktiviti2 lasak nih..=p

Zaila Mohamad berkata...

littlehumblelynn,

tuler..nyesal sangat-sangat bagi nama..tapi apakan daya..pergi jelah..tapi tobat lepas ni baik aku buat hal aku sediri

Lily@MamaZaraZareef,

itulah, zaila pon bukan suka sangat..me pon sama lembik..tapi kalau bab2 soping..mak soka aje:P

Prettywrite berkata...

belum tua lagi lor kak..belum pergi lagi tu rasa macam tu..bila dah pergi kot2 seronok pulak kan who knows..hehe

Zaila Mohamad berkata...

Prettywrite,

tulah..tapi hati ni rasa tak suka je;(

DaZzlingLilLy berkata...

aku suka aktiviti macam ni..last pegi masa btn 2009..pastu takder dah..pssssstttt:rasanya kita tak tua lagi..hehehe

Zaila Mohamad berkata...

DaZzlingLilLy,

nape aku rasa macam dah tua noksss..meh ganti tempat aku:P

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^