Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 26 Mac 2012

Jom Amalkan Doa Untuk Dapatkan Anak Yang Soleh!

Assalamu'alaikum,

Bila baca suratkhabar sekarang ni, Masya Allah..takutnya aku bila baca berita-berita seperti gejala sosial di kalangan remaja yang semakin menjadi-jadi tu. Budak-budak remaja sekarang ni makin cerdik bab menipu..Bersalinkan anak luar nikah then pura-pura berjumpa bayi yang dibuang depan rumahlah (refer entri ini daripada Ana Suzana punya blog), lari ikut teman lelakilah, salah pilih kawan, merokok, memberontak, bohsia, bohjan..Subhanallah! Mengucap panjang..Betapa mencabarnya dalam mendidik anak di akhir zaman ini.

“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisiNya pahala yang besar” (Surah al-Anfal, ayat 27-28)

So di sini, aku nak kongsikan beberapa doa yang boleh kita amalkan bagi mendapat anak-anak yang soleh/solehah.

Sumber pertama dari sini (http://www.islamituindah.my)

10 langkah praktik untuk melahirkan anak soleh

  1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah
  2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain
  3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita?
  4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;
  5. Selalu membaca al-Quran di rumah
  6. Membiasakan solat-solat sunat di rumah
  7. Hidupkan budaya memberi salam
  8. Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
  9. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau
  10. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita
  11. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
  12. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
  13. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
  14. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita
Sumber kedua dari ohislam.com

Tapi kat situ kena download doa-doa tersebut so aku kongsi ayat-ayat daripada surah Al-Quran yang bagus untuk diamalkan oleh ibubapa sekalian:)

1) Doa memohon rahmat (Ali-Imran : 8-9)

2) Doa memohon zuriat yang baik (Ali-Imran : 38)

3) Doa anak kerjakan solat (Ibrahim : 40-41)

4) Doa anak taat kepada Allah (Al-Baqarah : 128)

5) Doa diberi zuriat yang menyejukkan mata memandang (Al-Furqan : 74)

6) Doa anak pandai belajar (Al-Anbiya' : 79)

7) Doa anak lembut hati (Al-Anbiya' : 69 / Al-Hasyr : 22-24)

8) Doa anak rajin sekolah (Taha : 1-5)

Sumber ketiga aku ambil dari blog Kak Sham (kebetulan bercerita tentang doa melembutkan hati anak-anak)


Tafsirnya:

“Allah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”

petua yang mana menggalakkan kita membaca "Ya Rahman, Ya Rahim" setiap kali menyediakan makanan dan minuman untuk seisi keluarga. Bukankah maksud dua perkataan tersebut adalah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ini akan membentuk rasa kasih sayang di dalam diri dan jiwa ahli keluarga kita. Insya'Allah, jika diamalkan, nescaya kita akan mendapat hasilnya.


1.Selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2.Banyak bersabar dan yang utama,jangan cepat melenting jika anak melakukan sesuatu yang di luar dugaan.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.

3.Banyakkan berdoa kepada Allah dan minta dilembutkan hati anak-anak.

4.Bila bangun pagi,peluk anak sebanyak tiga kali,usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati(bergantung pada niat kita untuk di anak).

5.Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,"Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya)."Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

6.Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran,baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 daripada surah as-Syura bermaksud"Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya;Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki,dan Dialah Yang Maha Kuat,Lagi Maha Kuasa"Sebaik-baiknya dibaca selepas Subuh,baca pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

7.Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:"Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya."
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir'Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman'berulang-ulang.Semua ini Insya-Allah adalah da pelembut hati.Begitu juga,Surah Toha ayat 1hingga 8,surah ar-reahman ayat 1 hingga 4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

8.Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik,amalkan ayat 38 daripada Surah Ali Imran iaitu doa Nabi Zakaria yang bermaksud,"Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya,katanya:Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik;sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima)doa permohonan."

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan.Sebaik-baiknya setiap malam ketika anak dalam keadaan baru hendak tidur,ketika ini otak mereka sedang berehat dan lebih cepat mendengar kata.

10.Selepas solat lima waktu,amalkan doa daripada ayat 74 daripada Surah al-Furqan yang bermaksud,"Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata:Wahai Tuhan kami,berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu)bertakwa."
Amalkan juga ayat 40 daripada Surah Ibrahim yang bermaksud,"Wahai Tuhanku!Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang,dan zurait keturunanku.Wahai Tuhan kami,perkenankan doaku."
Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak.Doa itu senjata ornag mukmin.
Aku rasa itu sahaja yang boleh aku kongsikan..Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari perkongsian ini.
Semoga kita menjadi ibubapa yang sentiasa mendoakan anak-anak kita walau di mana mereka berada & semoga anak-anak kita akan menjadi anak-anak yang soleh & solehah & melahirkan zuriat yang baik juga..Amin..

3 ulasan:

mummY daniSha berkata...

seyes..takut ngan dunia zaman sekarang kan?insyaallah nak amalkan yg zaila bg ni..thanks for sharing!

juanhanie berkata...

salam boleh x tuliskan surah al anfal ayat 17 dlm bahasa rumi coz sy mualaf x brp pandai la tq.

Tanpa Nama berkata...

Dh trlmbat..ank sy dh bsar rmaja.dh x gne klu nk slow talk ke.pe yg sy tau sy ggal mndidik ank2.yg slebih nya hnya bserah pd Allah swt.

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^