Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 12 Jun 2012

Entry Makan Lagi!

Assalamu'alaikum,

Aku kan..berangan nak masuk Masterchef Musim kedua boleh?? HAHAHA Ok aku tipu..masak pon main campak-campak je & rasa pon syok sendiri main hentam, ada hati nak masuk pertandingan berprestij..Kena komen dek chef sket kan #sentap sorang-sorang plak..so baiklah masak untuk diri sendiri & anak-anak sajork:P

Lagi sesi ulang tayang gambar makanan..Acara masak memasak semasa adik aku ada di rumah. Memang cukup makanlah dia sorang. Sebelum balik dia timbang berat badan & ternyata naik 2 kg..Syabas adikku syabas!


sayur kailan goreng ikan masin versi campak..Adik aku siap cakap "mung ni dok reti siang (potong) sayur ni kecik-kecik ko eh??" Aperlah adik aku ni..nilah masak versi Masterchef pemalas tahu!!


Request daripada en suami nak makan sambal udang petai..terbaekkk ah pernah aku masak *sendiri puji nampak* #adahakukesah?

Lepas tu kan gigih buat masakan western jugak, sebab adik aku datang tak lama so semua menu belasah buat..Kalau nak tahu pepagi bangun buat roasted chicken sebab tengahari dah plan nak makan nasi..Haisyyy manalah awang tu tak gemok..datang sini makan bagai raja!

Menu yang tak sempat disnap adalah spaghetti bolognaise daging burger sebab daging kisar dah habis so aku pakai daging burger..Masterchef lah sangat kan..main belasah je masaknya! Pastu kari kepala ikan merah yang tersangatlah sedap! Sedap sampai takdan nak tunjuk bahan bukti..hewhewhew #adahakukesah?

Oklah..itu sahaja gambarnya..tak sabar nak tunggu bulan puasa nanti..Insya Allah, moga diberikan kekuatan untuk sediakan home made menu je sepanjang berbuka nanti..eh!

Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^