My Lovely Followers

Cari Sesuatu Di Blog Ini? Taipkan Di sini

Loading...

Friday, September 28, 2012

Petua Anak Cerdik & Bijak

Assalamu'alaikum semua, salam pagi Jumaat yang penuh berkat..

Hari ni hujan di Kota Kemuning, memang best kalau tarik selimut & sambung tidur *macam Ashraf & Husna yang masih lena dibuai mimpi* tapi tak naklah, tidur selepas waktu subuh ni sebenarnya tak elok sangat untuk diamalkan. Kata orang tua boleh tutup "pintu rezeki"..Betul juga sebab yang dapat aku observe bila bangun agak lambat tu, kelam kabut nak sediakan breakfast, nak sidai kain baju, nak mandikan anak-anak. So masa adalah sedikit terbuang di situ sedangkan kalau aku "sacrifice" waktu tidur, aku boleh meneruskan aktiviti penjualan maya aku sambil-sambil search maklumat yang penting! *cewah*

Hari ini, subhanallah! Aku nak kongsikan beberapa petua yang diamalkan oleh Puan Lina Karim dalam mendidik anak-anak beliau yang sememangnya diketahui telah menghafal Juzuk Amma sejak berusia 3 tahun lagi. Alhamdulillah sejak mula menjual produk makanan sunnah ini, aku banyak juga buat homework & pembacaan secara online mengenai khasiat-khasiat makanan yang menjadi amalan Nabi kita S.A.W & Insya Allah aku juga sedang berusaha untuk beristiqomah untuk memberikan anak-anak aku makanan yang terbaik sejak mereka kecil lagi;) *baby dalam perut ni pon terlibat sama*

Antara faktor utama yang kita sebagai ibubapa patut titikberatkan adalah sumber makanan tersebut atau dalam erti kata lain HALAL..Bak kata Puan Lina Karim

Maka kita boleh simpulkan bahawa sumber makanan serta kehalalan makanan tersebut adalah sangat penting untuk penjagaan otak. Makanan yang tidak halal menggelapkan hati dan menumpulkan daya ingatan

Kalau nak anak bijak, pastikan sumber rezeki yang kita cari juga HALAL yaaaa..Macam aku pon, seorang peniaga online, kena berniaga dengan jujur juga, tak naklah main tipu-tipu cakap barang yang kita jual ni terbaik, kalau makan gerenti tak sakitlah apalah..Nanti orang beli makan/pakai tak jadi, dan-dan tu orang menyumpah seranah kat kita..Nau'zubillah!

Ok, aku sharekan resepi Kak Lina Karim dalam menyediakan makanan anak-anak beliau. Sumber dari blog Lina Karim; Pemakanan Dari Bayi

1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.

2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)

5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)

6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."

7) Buah Tin
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).

Sabda Rasulullah s.a.w.
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti

8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.

Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"

9) Air Surah Taha
Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan.

Badam, Kismis, Kurma dan Buah Tin di blender halus.

Tips : Habbatus Sauda dan Buah Tin di masukkan sedikit sahaja kerana jika terbanyak, ia akan menyebabkan 'funny taste'...tak sedap. Sukatannya, agak-agak saje. Boleh buat ikut suka tangan kita..

Kalau nak tahu lebih lanjut, kena baca blog Lina Karim..memang aku admire semangat & kesungguhan beliau untuk membesarkan anak-anak yang menghafal Al-Quran ni. Jom amalkan petua-petua beliau sebab even kalau anak kita tak jadi macam anak beliau pon tapi at least kita dapat melahirkan anak-anak yang bijak pandai seterusnya dapat menyumbang dalam ekonomi negara & mana tahu suatu masa anak-anak kita jadi doktor ke, cikgu ke pensyarah ke jurutera ke pendakwah macam Ustaz Don ke..sejuk perut ibu mengandung kan? kan?

Aku bukan nak berlagak bagus yaa..sekadar peringatan untuk diri sendiri juga..Kadang-kadang aku pon tak istiqomah dalam memberikan makanan sunnah ni kepada anak-anak. Lepas tu bengang bila anak tak ingat-ingat lagi surah. Macam Husna ni, dari dulu sampai sekarang Surah An Nas pon asyik lupaaa kalau lirik lagu raya Upin Ipin tu cepat aje tangkap..Adusss tertampar juga dengan situasi ni..Aku tak salahkan sape2 pon, salahkan diri sendiri yang terleka dalam mendidik anak-anak:(

Oklah, sebelum terlambat dalam mendidik anak-anak, boleh lagi kita berubah kan. Azam aku untuk lebih istiqomah dalam memberikan mereka makan kurma, kismis & minum air zam-zam..Jangan biarkan makanan syurga ini putus dari rumah kita ya..

Untuk mendapatkan bekalan kurma, air zam-zam, jus kurma, jus delima & pelbagai makanan sunnah, sudi-sudikan mendapatkannya dari aku. Penghantaran terus ke rumah.







Berminat untuk order;
Email : zailamohamad@yahoo.com (Tajuk : Makanan Sunnah)
Phone No : 012-3228651 (sms/whatsapp/viber)

Dapatkan pelbagai makanan sunnah di MKS Gedung Serbanika Online 
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

4 comments:

mummY daniSha said...

yes..tula makanan yg terbaik sebenarnya...tp ramai je yg masih nak ikut pemakanan barat hehee

zailamohamad said...

Mummy danisha,

betul tu..akak pon kadang2 terlupa yang betapa baiknya makanan seperti kurma untuk diberikan pada anak2..dulu setiap petang asyik bagi makan nuget aje, ni dah versatilekan sket pemakanan diorang:)

~masalifah~ aka Yong said...

Bila cek Omega 3 Shaklee dan bandingkan dengan Pristin, kdgn DHA dan EPA Shaklee lagi banyak. Hehe

Produk Omega 3 terbaik, dengan DHA dan EPA maksimum

Anonymous said...

produk shaklee made from amerika pernah satu masa dulu keluar newspaper.. ada problem dengan 'status'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isikan Borang Pesanan Di Sini

Nama :
Nombor Telefon :
Alamat Email / Facebook
Alamat Penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran
Pilih Pakej Yuran Kelas Asas Blog & Fanpage 1) RM150 percuma 1 ebook nota asas blog
2) RM180 percuma 3 ebook; nota asas blog, super wahm supermom, panduan bisnes butik online dan offline atau 101 idea bisnes makanan
3) RM200 percuma 4 ebook; nota asas blog, super wahm supermom, panduan bisnes butik online dan offline atau 101 idea bisnes makanan & 101 idea home based bisnes
Pakej Lain Yang Ditawarkan RM250 pakej asas blog, fanpage dan iklan Mudah.my
RM300 pakej asas blog penulisan dan fanpage

Put a website form like this on your site.

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^