Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 24 September 2012

Terkejut Tengok Bil Elektrik!

Assalamu'alaikum,

Terkejut ahkak bila dapat surat cinta bil elektrik dari TNB hari ni..rasa nak pengsan pon ada!! RM200+ untuk penggunaan bulan ini..Waduhhh..nak jawab apalah dengan "Perdana Menteri" merangkap "Menteri Kewangan" dalam rumah ini..Rasanya takdelah membazir elektrik sangat tapi tulah..kena buat "post mortem" ni..hehe

Biaserlah, bila dah duduk rumah ni, aku perasan bil elektrik memang naik..tiap-tiap bulan naik..dulu dari RM70++ (masa ni kerja lagi so malam jelah ada kat rumah pon) then bila aku berhenti, bil mula naik ke RM100+ ni dah cecah RM200+ nak pengsan macam Opah dalam cerita Upin Ipin pon ada!!

Bukan kedekut tapi sebagai Home Manager aka "Timbalan Menteri Kewangan", aku yang akan kena menjawab pasni..uhuk uhuk Matiklah nak mencari jawapan yang meyakinkan @_____@ *ada cadangan tak uolss*


So nak tak nak, lepas ni kena jalankan "Operasi Save Electricity" demi menjaga kewangan keluarga..cewah! dah gaya mak menteri dah ahkak ni:P

Terjumpa pula 9 Tips to Save Electricity tadi..meh kita buat sesama ya!

Dan-dan tu terus insaf..p iron baju banyak-banyak (kalau tak sehari selai yoouuuuu) pastu tutup lampu/kipas kalau tak nak guna..Pasni memang kena hadkan waktu menonton anak-anak & kalau tak nak guna PC kena turn off dulu..

Bil elektrik rumah korang berapa sebulan?? Pernah tak alami situasi ini ya??

8 ulasan:

mrs adam berkata...

wah mahalnya.maybe sbb zaila duk umah dan psg air cond kot.saya duk umah bil elektrik rm30-50..kira budget dlm rm50 sebulan la,tapi selalu pon 30++..tapi saya tak pakai air cond.laptop,netbook mmg 24jam.hee

kasihredha berkata...

akak dah lama dah mgalami ni semua zaila...bukan pengsan mcm opah tu lagi...pengsan ternganga.
Kat tempat kerja lagi le..

AisNy berkata...

Bil elektrik rumah teman setakat nie tak sampai RM150 lagi. Normal operation elektrik dalam rumah anggaran dalam RM100 - RM120. Paling ketara yang dapat teman tengok ialah masa cuti raya hari tu. Tak ada orang kat rumah selama seminggu. So, bil elektrik dalam RM90 jer. So, yang menyumbang pada bil elektrik beratus nie kat rumah teman TV, kipas... sebab Tok Mama selalu tengok TV dan pasang kipas dari pagi sampai laa ke tengah malam...

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

kalau ada kt rumah manjang mmg bil naik .. kurangkan guna aircond .. iron baju sekali harung time malam .. tips tu ;-)

sisdee berkata...

zaila dorang tukar meter ke digital ke?
klu tukar mmg kenaikan dia lebih sikit..huhu

maya amir berkata...

banyak jugak tu.. ok..takpe..takpe..masih belum terlambat.. kite kurangkan apa yang patut kurang lps ni:)

Zaila Mohamad berkata...

mrs adam,

kita duduk rumah pon tak pasang air cond 24 jam pon..time nak tidur je baru pasang air cond..huhuhu

kak kasihredha

hahaha..kesian sampai terlopong..tutup mulut tu nanti masuk lalat:P

Izni,

kalau time raya bil api kat kg pula naik mendadak..hahaha

Diana,

thanks for the tips..memang kena amalkan tips tu pon demi menjaga kewangan negara..eh!

sisdee,

tak tahulah kak meter apa..yang pasti makin menaik grafnya:P

Maya,

aku nak tengok bil bulan depan macamana..harap2 turunlah kan:)

akuzle ayu berkata...

penah dengar dari kwn blogger lain kena bil mahal macam ini. sy pon ngah bedebo nunggu bil senirik psl tetiap mlm ekon on 4-5 jam...huhuhuhu.. tarif dier mmg dah naik. biasalaaa TNB..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^