Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 23 November 2012

Diari Seorang WAHM, SAHM, SOHO~Kenapa Penting Ada SOHO Sendiri?

Assalamualaikum,

Salam Jumaat yang barakah:) Hari ini aku nak berkongsikan gambar mini office aku sebagai seorang WAHM. Nak dikatakan Small Office Home Office pon macam tak layak lagi. Sekadar tempat untuk aku luangkan masa menumpukan perhatian kepada "kerja" aku tanpa ada sebarang gangguan lain iaitu TV, kerja rumah & of courselah tak boleh lari dari gangguan anak-anak:P

Kenapa perlunya ada ruang SOHO ini? Bagi aku memudahkan kerja aku juga sebab di sini aku boleh himpunkan semua benda berkaitan dengan kerja aku. Kalau dulu agak tidak teratur di mana selalu tertinggal order, tapi kali ini semakin ada peningkatan:)


Tapi masih banyak yang perlu diperbaiki lagi. Buat masa sekarang, aku wujudkan satu rak buku untuk simpanan buku koleksi peribadi & kenalah berkongsi dengan buku anak-anak. Salah satu cara untuk menarik minat mereka membaca & melakukan aktiviti bersama dengan kita juga. Sambil kita bekerja, sambil-sambil pantau anak-anak melakukan aktiviti seperti menulis, membaca & mewarna!


Di satu sudut yang lain, ada tersedia katil untuk anak-anak bermain. Sebenarnya inilah bilik Haziq & Ashraf, mama hanya menumpang satu sudut dalam bilik ini untuk dijadikan sebagai office..Serampang dua mata lah ni; sambil menyelam sambil minum air..Tengah penat-penat bekerja, bleh rebah belakang tidur sekejap:P


Hak ni peneman setia mama dia bekerja..Pantang aku bangun terus dia yang konker kerusi..Tersengih je bila nampak muka dia di dalam komputer tu


Inilah SOHO aku..barulah sohor kata oghe Klate..Sampai 2 monitor guna tapi skrin yang sama juga..Nantilah suruh en suami adjust buat skrin lain-lain..Aku bab-bab IT ni membongoks sikit. Nak pasang monitor pon terkial-kial..Alhamdulillah Allah bagi kelebihan bleh berniaga online sikit-sikit..Ada juga kerjaan aku nak buat di rumah ni:P LOL

Ok, pada bakal-bakal SAHM/WAHM, pastikan anda mempunyai SOHO kerana :

1) Memudahkan kerja korang juga di mana stok jualan, buku catatan, komputer peribadi, mesin pencetak, telefon berada di satu tempat. Senang untuk membuat list barangan yang sudah terjual mahupon masih ada di dalam stok anda!

2) Pastikan ada ruang juga untuk anak-anak bermain atau melakukan aktiviti yang mereka suka. Ini boleh mengelakkan dari anak-anak terasa terabai atau melakukan sesuatu yang kita tidak tahu seperti menonton TV secara berlebihan atau bermain game dari pagi ke petang!

3) Tetapkan jadual untuk masuk office. Kalau waktu bekerja di pejabat adalah 8 pagi hingga 5 petang, waktu bekerja kita adalah lebih fleksibel iaitu boleh dimulakan pada pukul 10 pagi atau 12 tengahari atau bila-bila masa sahaja. Tapi pastikan semua kerja rumah telah disiapkan iaitu menyediakan sarapan, membasuh pakaian & mengemas rumah supaya rumah anda masih dalam keadaan terkawal. Seeloknya, ambil masa ketika anak-anak sudah tidur jika tidak mahu kerja anda diganggu oleh anak-anak.

4) Sesuaikan pejabat anda dengan keperluan anda. Sebolehnya hias mengikut citarasa anda supaya dapat menimbulkan mood semasa bekerja:)

5) Perkara asas yang diperlukan untuk membentuk sebuah SOHO adalah sebuah komputer peribadi, rangkaian internet, telefon bimbit atau telefon talian tetap, mesin pencetak, mesin faks (sekiranya perlu) & juga fail-fail untuk menyimpan rekod jual beli.

6) Pastikan juga rumah dalam keadaan selamat bila kita berada di dalam office..hehehe

Itu sahaja perkongsian dari aku..Kalau ada apa-apa yang terlintas nanti akan aku kongsikan dalam next entri..Thanks for reading it!

Jangan lupa untuk hulurkan sumbangan kita bagi membantu umat Islam di Palestin dengan cara :

taip : PALESTIN 10 / 5 / 3 / 1 (<< NILAI RM )
hantar ke 39111

SUMBANGAN ANDA AMAT DI HARGAI.. SEMOGA ALLAH SWT MEMBALAS KEBAIKAN ANDA. INSYAALLAH.. AMIN..

*** Others :-

sumbangan melalui e-banking :-

Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95 

Jangan lupa juga untuk like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

4 ulasan:

maya amir berkata...

caiyokkk beb caiyokkk!!!:)

AisNy berkata...

mmm... teman nak join business boleh...

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

ohh...baru tau apa itu SOHO :)

Zaila Mohamad berkata...

Maya,

eh samalah ngan ko pon

Izni,

meh meh meh:P

Has,

hihihi Zaila pon baru tahu juga lepas berenti keje r

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^