Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 21 November 2012

Genius Aulad Little Ihtifal & Showcase 2012

Assalamualaikum,

Sabtu yang lepas kami ke Putrajaya bagi menghadiri konvokesyen Haziq. Nasi baiklah majlis bermula pukul 2 petang sebab badan masih penat dek petang Jumaat tu baru je balik dari bercuti di Cameron Highland. Kalau bukan disebabkan Little Ihtifal ni, harus aku duduk lama sikit di sana..hehehe Tapi apakan daya, nak juga tengok anak bujang scroll ijazah kan:P

Majlis diadakan di Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya..Rasanya semua cawangan sekitar Lembah Klang memang akan buat di sini cuma tarikh & masa adalah berbeza-beza mengikut tempat. Macam haritu adalah dari cawangan Kota Kemuning & USJ. Pada mummy-mummy blogger yang terperasankan aku #makbuyongkepenatan Minta maaflah sebab haritu muka tak mesra alam..Badan ni masih penat lagi gara-gara bercuti last minute..Hehehe

Mula-mula majlis bermula dengan bacaan surah dari adik Lukman Hakim dari GAKK. Sejuk perut ibu mengandung bila anak dapat baca surah depan beratus penonton..Kalau Haziq aku takberapa harap sangat..dia tu becok di rumah je tapi kalau depan orang pemalu habes!

Selepas bacaan surah, terus sambung dengan penganugerahan scroll *cewah ayat mama dia* Alhamdulillah kelas anak aku antara yang pertama dipanggil..Boleh tengok gambar di entri ini (Saat-saat indah bila menjadi seorang ibu) & kemudian diteruskan dengan showcase bertemakan When I Grow Up

Kelas Haziq bertemakan Restaurant, no wonderlah haritu dia balik bercerita yang dia akan menjadi seorang chef..Di sini aku abadikan gambar-gambar persembahan Haziq bersama dengan pelajar kelas 5 Andalus & 5  Kaheerah. Ada banyak lagi tema yang lain tapi f curselah aku fokus pada anak aku je..Tak koser nak ambil semua..Penat tangan nak rekod video & ambil gambar ni:P







Haziq si pemalu..Nampak sangat dia tak enjoy buat persembahan..Muka sikit punya masam..hai anak saperlah ni:P


Lepas tu selalu tengok kawan sebelah..Aku dah pesan suruh masak betul-betul tapi apakan daya..tu je yang termampu dia buat..Sah-sah tak boleh jadi pelakon bila besar nanti..Jadi engineer macam papa lah ya:)


Lepas tu suka duduk diam macam #blurtaktahunakbuatapaapa Kelakar betul bila aku tengok persembahan dia..Well, of course i'm still proud of him..Bukan selalu dapat perform macam ni..


Agaknya dia tengah fikir "Manalah mama & papa ni??" Kebetulan aku datang lambat so merasalah duduk tempat paling atas..Ni aku turun ke bawah & duduk atas tangga je semata-mata nak rakam gambar anak..


Masak jangan tak masak Haziq..mama kan dah ajar cara masak kat rumah tadi nak oi...



Nasib baik Haziq kena duduk je dalam restoran tu..Patutlah cikgu bagi dia jadi Masterchep, tak banyak aksi kena buat..HAHAHA




Masa ni semua dah keluar..Owh tema lagu adalah I am a Muslim by Cat Steven tu..Hari-hari Haziq dok hafal lagu tu..sampai aku pon dah boleh nyanyi..



Awat pandang tepi tu nak oi?? hihihi




Memang dasar pemalu anak Mede ni:P


Lain pula dengan si kecil Ashraf Hariz ni..sikit pon tak reti duduk diam..Nasib baik ada kakak Husna tolong jagakan..Mama memang tak laratlah nak kejar ko dik..

Apa-apa pon, memang best persembahan dari pelajar-pelajar GAKK & GAUSJ..Tak sangka anak sekecil itu boleh keluar membuat persembahan di hadapan ratusan (ke ribuan) penonton. Semga semangat berani yang diterapkan dari kecil lagi ni bawa ke besarlah ya..Mama & papa dulu memang paling takut bila nak buat presentation..Itupon depan classmate yang tak sampai 50 orang pon..so bravo anakku Amirul Haziq..Besar nanti jadi orang yang berjaya!! Tahun lepas Haziq buat konset pertama di sini & tahun ni di Putrajaya pula..Syabas buat tenaga pengajar Genius Aulad yang bersusah payah menjayakan showcase ini:)

Jangan lupa untuk hulurkan sumbangan kita bagi membantu umat Islam di Palestin dengan cara :

taip : PALESTIN 10 / 5 / 3 / 1 (<< NILAI RM )
hantar ke 39111

SUMBANGAN ANDA AMAT DI HARGAI.. SEMOGA ALLAH SWT MEMBALAS KEBAIKAN ANDA. INSYAALLAH.. AMIN..

*** Others :-

sumbangan melalui e-banking :-

Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95 

Jangan lupa juga untuk like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

2 ulasan:

Nieda berkata...

Tadika Aulad IBUND0 -kak pah ke?

Zaila Mohamad berkata...

Nieda

tak faham??

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^