Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 21 November 2012

Saat-Saat Indah Bila Menjadi Seorang Ibu

Assalamualaikum,

Aku percaya ramai ibu-ibu di luar sana akan merasakan detik-detik terindah dalam hidup mereka adalah apabila menjadi seorang ibu. Rasa macam lengkap je hidup ini bila dapat melahirkan anak yang bakal mewarisi segala gen & of courselah seperti melihat refleksi diri kita semasa kecil:)

Bermula dari saat kelahiran, melihat mereka membesar..memang penuh dengan emosi. Sebolehnya kita ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita kan? Antara momen yang terindah dalam hidup aku apabila sejurus sahaja melahirkan setiap anak. Perasaan lega setelah menahan kesakitan yang berbeza-beza setiap anak adalah tidak terkata..

Selain itu peluang dapat menyusukan badan juga merupakan momen indah yang aku rasa setiap ibu akan menghargainya. Walaupon anak-anak aku tidak dapat menyusu badan secara eksklusif dek kerana beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, aku bersyukur sekurang-kurangnya semasa mereka masih bayi, bonding moment yang terjalin antara kami memang tak dapat dilafazkan dengan kata-kata:)

Semakin lama mereka akan makin membesar, betapa cepat masa berlalu. Masih lagi segar saat-saat berjaga malam membuat susu, menukar lampin & paling mencabar bila mereka jatuh sakit. Dalam 3 orang anak aku, Amirul Haziq yang paling banyak penyakit..hehe

Seawal dalam pantang lagi sudah masuk hospital kerana Jaundice, lepas tu siri keluar masuk hospital kerana athma. Alhamdulillah sepanjang membesarkan Haziq, pelbagai cabaran berjaya kami harungi. No wonderlah anak sulung memang manja dengan kami. Mungkin dari kecil sampai ke besar dia yang paling dekat dalam hati. Harapan kami untuk melihat dia berjaya & menjadi contooh yang terbaik buat adik-adik:)

Saat Haziq tamat sekolah tadika pon merupakan momen indah juga. Sejak umur 5 tahun lagi kami melepaskan dia pergi sekolah dengan menaiki van. Pelbagai kenangan pahit manis sepanjang persekolahannya. Akhirnya setelah 2 tahun bersekolah, kami berpeluang melihat Haziq menerima scrol pula. Momen yang indah apabila anda menjadi seorang ibu:)


Bersiap-siap sebelum menerima scroll..Budak-budak zaman sekarang dari kecil sudah dibiasakan memakai jubah graduasi..Semoga 17 tahun akan datang akan pakai lagi di puncak menara gading nanti..In Shaa Allah:)


Abang sulung harapan kami sekeluarga. Semaga membesar menjadi anak yang soleh, mendengar kata, hormatkan orang tua, sayangkan keluarga & berjaya dunia akhirat. Doa kami sentiasa mengiringi perjalanan hidup Haziq nanti..


Menerima scroll dengan pengasas Genius Aulad iaitu Puan Zaliza Alias:) Tak sangka aku boleh menangis bila menyaksikan momen ini. Dah besar pon anak sulung aku..Lepas ni akan mengharungi alam persekolahan, alam remaja, alam Universiti & seterusnya alam berumahtangga. Semoga Haziq sentiasa dilindungi Allah & mendapat kawan yang baik-baik belaka..In Shaa Allah:)

Jangan lupa untuk hulurkan sumbangan kita bagi membantu umat Islam di Palestin dengan cara :

taip : PALESTIN 10 / 5 / 3 / 1 (<< NILAI RM )
hantar ke 39111

SUMBANGAN ANDA AMAT DI HARGAI.. SEMOGA ALLAH SWT MEMBALAS KEBAIKAN ANDA. INSYAALLAH.. AMIN..

*** Others :-

sumbangan melalui e-banking :-

Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95 

Jangan lupa juga untuk like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

3 ulasan:

Eliss berkata...

memang momen terindah kan ms preggy tu, tapi cabaran membesarkan mereka tu, nak2 zaman skang ni.

sydia berkata...

a ahkan, saya pun rasa tak sangka anak saya dah besar masa tengok convocation dia.

Zaila Mohamad berkata...

Eliss Me,

sebab tu kena bagi didikan agama sedari kecil lagi..aku pon takut juga sebab tak tahu lagi diorang nanti macamana kan, dengan pengaruh teman sebaya lah, macam2..yang penting sebagai ibu kita kena sentiasa doakan mereka agar berjaya dunia akhirat kan:)

Sydia,

sekejap je masa berlalu:)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^