Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 22 November 2012

Resepi Home Made Mushroom Soup Versi Zaila~Lalalala


Assalamualaikum,

Haritu bila aku upload gambar di atas di dalam akaun Instagram, ramai yang cakap aku rajin! Eh takderlah rajin mana tapi seriously sup cendawan ni memang senang sangat untuk dibuat. Kebetulan semua bahan ada & ada pembantu yang rajin nak tolong kupaskan kulit kentang, sekejap aje siapnya!

Resepi asal aku belajar dari kakak ipar aku semasa berada di rumahnya di Kuala Selangor yang lepas (Family gathering di Kuala Selangor, kita makan lagi & lagi), since baru balik dari Cameron Highland & ada bekalan cendawan butang yang segar, terus merajinkan diri buat mushroom soup ni. Anak-anak pon suka!! Oklah, macam biasa, bahan-bahan adalah main agak-agak sahaja sebab Masterchep tak main r ikut sukatan..memasak kena ikut naluri hati..barulah sedap=D

Bahan-bahan :

- cendawan butang (boleh pakai yang dalam tin / segar)
- beberapa biji ubi kentang (dibuang kulit & direbus sampai empuk)
- sebiji bawang Holland (bawang besar yang warna putih tu)
- serbuk lada hitam
- susu segar
- 1 kiub pati ayam (kalau rajin nak buat chicken stock sendiri pon boleh)
- garam & gula

Cara-Cara :

- kisarkan cendawan butang, ubi kentang yang dah direbus & bawang holland dengan susu segar
- masukkan ke dalam periuk
- campakkan kiub pati ayam & serbuk lada hitam
- masak sampai mendidih, tambahlah garam & gula secukup rasa
- kalau tak nak pekat sangat, boleh lebihkan susu segar, kentang tu berfungsi untuk pekatkan kuah
- bila dah mendidih, hidangkan dengan roti bakar / garlic bread

Happy nom nom nom..senang bukan?

Jangan lupa untuk hulurkan sumbangan kita bagi membantu umat Islam di Palestin dengan cara :

taip : PALESTIN 10 / 5 / 3 / 1 (<< NILAI RM )
hantar ke 39111

SUMBANGAN ANDA AMAT DI HARGAI.. SEMOGA ALLAH SWT MEMBALAS KEBAIKAN ANDA. INSYAALLAH.. AMIN..

*** Others :-

sumbangan melalui e-banking :-

Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95 

Jangan lupa juga untuk like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

3 ulasan:

NrlAidaHml berkata...

hooo..mmg senang la kak...nnti nk try la buat..hihi..thanks bg resepi ye..

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...

Br terbaca recipe ni..nk try gak la..mcm best je. Dulu pernah try buat sndiri. recipe lain sketla dpd yg ni. Tp rasa x jd time tu,x sdp tros x pernah try dah..:-P

Zaila Mohamad berkata...

MommyAida,

cuba jangan tak cuba

Lily,

kena selalu buat..trial & error omputih kata

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^