Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 25 November 2012

Genius Aulad Report Card Day 2012

Assalamualaikum,

Pagi tadi kami ke Genius Aulad untuk mengambil report card anak bujang kami tu..Alhamdulillah setelah 2 tahun menimba ilmu di sini, kali ini adalah kali terakhir dah Haziq menjejakkan kaki di Genius Aulad Kota Kemuning ni..Lepas ni, bermulalah alam persekolahan sebenar Amirul Haziq..Tak tahulah macamana nanti..Nak masuk tandas di rumah pon masih berteman lagi, kalau di sekolah macamanalah nanti T_____T"

Sepatutnya slot Haziq pukul 8.15 pagi tapi biaserlah anak-anak aku ni, dahlah malam tu tido lambat, bangun pon ambik masa nak mandi & bersiap, lepas tu kena pergi breakfast dulu, kalau tak mama dia menyinga nanti:P

So last-last pukul 11 pagi juga sampai di GA..Nasib baiklah masa ni ramai dah mak bapak yang dah datang..Errr kalau ada pon kena tunggu diorang siap juga..Mana boleh potong Q sesuka hati maaaa


Ni bapak ke anak yang berdebar-debar nak jumpa teacher ni??


Ini gambar kenangan Haziq bersama dengan Teacher Mariam, cikgu kelas 6 Madeenah..Macam biasalah, teacher cakap Haziq ni pendiam tapi pandai..Eh! nasib baik teacher ada puji juga...Haziq memang pendiam kalau dalam kelas tapi kalau di rumah..Ya Allah..boleh tahan juga banyak cakap, suka bagi arahan & suka marah adik-adik...Sebijik macam perangai bapak dia Eh!

Dari segi pembelajaran, banyak juga yang masih kena improve..tapi tak sempat dah sebab tahun depan dah masuk sekolah lain sudah..cuma aku berpuas hati juga dengan perkembangan Haziq..Walaupon tak segenius mana tapi Alhamdulillah ada juga perubahan dari tahun ke tahun:)

Selain dari mengambil report card anak bujang, agenda kami juga adalah mendaftarkan anak dara ni di sini juga..Al-maklumlah dulu abang dia pun start berseklah seawal 5 tahun so kenalah adil & saksama kan..Tahun depan Husna genap 5 tahun kenalah bersekolah di sini. Kalau duduk rumah dengan mama pon bukannya boleh belajar dengan mama..Al-maklumler mama ko ni jenis tak sabar sikit dalam mendidik anak-anak..hehe


Nampak gaya Husna macam suka je sekolah kat sini..Mek Tok sorang ni mudah mesra sket & lebih berdikari jika dibandingkan dengan abangnya..Tahun depan pon mungkin kami akan ambil khidmat van Uncle Amir juga untuk ambil & hantar Husna ke sekolah. Semoga dipermudahkan segalanya..Aminn


Ramai juga ibu bapa yang datang bawa anak-anak kecil tadi. Rata-rata memang memberi sokongan kepada aktiviti sekolah & cikgu-cikgu. Macam nilah kan mak bapak zaman milenium, semuanya nak yang terbaik untuk anak-anak.

Bagi aku bagus juga pendidikan awal untuk kanak-kanak ni. Kami memilih GA (lagi) untuk Husna sebab kami sukakan cara pembelajaran di sini yang tidak membebankan pelajar. Memang jarang sangat Haziq bawa balik kerja rumah yang berlambak-lambak ke rumah, kalau ada pon disebabkan Haziq yang tak datang ke sekolah. Lepas tu aku suka juga cara diorang handle kanak-kanak yang bermasalah seperti ada sekali tu Haziq tetiba menangis tak nak g sekolah sebab nak cuti tapi aku paksa juga dia naik van..Bila balik rumah macam biasa aku tanya Haziq buat apa di sekolah..dengan selambanya dia cakap Haziq tidur sebab teacher suruh tidur..Nak marah pon ada, tapi bila difikirkan ada rasionalnya teacher suruh macam tu sebabnya biasalah budak kan, ada hari diorang moody so teacher tak marah sebaliknya cari penyelesaian pada masalah tersebut iaitu tidur:P Bila cukup tidur barulah diorang tak meragam ye tak??

Eh macam banyak bagi pujian pula..Actually ada juga yang aku tak puas hati dengan GA ni..Tak lain tak bukan tang yuran yang rasanya al mahal sesangat..Hihihi Kalau boleh maintainkan bawah RM200 kan bagus:P Lagi satu kalau buat aktiviti tu, tak yahlah buat jauh-jauh, mak tak larat deknon nak bangun awal-awal pagi nak bersiap hantar anak-anak:P Oklah..konpem-konpem korang cakap ni masalah aku kan..Hihihi saje je nak bagitahu..manalah tahu kot-kot ada orang yang menyokong stetmen aku ni:P

Oklah, makin melalut pula aku ni..Terpulang kepada ibubapa nak hantar anak-anak sekolah di mana. Yang penting biarlah bersesuaian dengan kewangan keluarga & selamat untuk persekitaran anak-anak kita.

Tata!

Jangan lupa untuk hulurkan sumbangan kita bagi membantu umat Islam di Palestin dengan cara :

taip : PALESTIN 10 / 5 / 3 / 1 (<< NILAI RM )
hantar ke 39111

SUMBANGAN ANDA AMAT DI HARGAI.. SEMOGA ALLAH SWT MEMBALAS KEBAIKAN ANDA. INSYAALLAH.. AMIN..

*** Others :-

sumbangan melalui e-banking :-

Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95 

Jangan lupa juga untuk like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

5 ulasan:

maya amir berkata...

oooo..haziq sama umur dgn airell ye beb.. thn dpn darjah 1:)

Tanpa Nama berkata...

Review skit pasal my son dekat GA dulu. Dari segi pembelajaran smua OK..esp bab2 agama & islamic things.. But, w/pun ianya gunakn English medium, tapi rasaya budak2 tu tak speaking sangat english..ini semua sebab environment sesama kawan & guru gunakan bahasa Melayu..so lemah skit bab tu...

NrlAidaHml berkata...

Abang dah nak masuk darjah 1..kakak Husna dah nak masuk tadika dah..Aida pon nanti plan nak hantar ank ke GA area sini time aqil 5tahun nnti..sbb GA ni yang terbaik kot tuk learning process yang islamic skit..heheh..tang yuran mmg mahal kan..tapi,terpaksa accept tuk ank2 kan kak Zaila..

Zaila Mohamad berkata...

Maya,

A'a..tahun depan darjah satu tapi xleh berdikari lagi..isy, camnolah nak sekolah nanti..huhuhu

Anom,

A'a..itulah kelemahan bila hantar ke sekolah yang semuanya orang Melayu, tapi kami pon tak tekankan sangat English sebab kami kat rumah pon speaking Klate je..yang penting GA ni islamik sebab kalau nak didik anak-anak, biarlah dari kecil lagi:)

MommyAida,

ituler..demi anak-anak..pejamkan mata sahaja:P

mummY daniSha berkata...

taun depan danisha ke GA lg rasanya..memang ada sikit2 yg x puas hati tp mana ada yg perfect kan...=)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^