Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 6 November 2012

Family Gathering Di Kuala Selangor, Kita Makan Lagi & Lagi!

Assalamu'alaikum,

Minggu ni lambat sket update blog..Semalam seharian berehat di rumah..Hehe Ingat orang keje je ke ada Monday Blues..surirumah eh silap Home Manager pon sama tau:P Agaknya penat mendobi & kemas rumah, habis kudrat kat situ je..So hari ni kita recharge balik & bolehlah update aktiviti weekend yang lepas!

Aktiviti kami minggu lepas adalah ke Kuala Selangor..Ada family gathering belah keluarga en suami..Yerlah kan, famili en suami besar, pastu ramai adik beradik yang ada sekitar KL & Selangor sebab tu selalu aje ada pertemuan..Belah aku memang tak ramai pastu semua bertaburan merata Malaysia..susah nak jumpa kalau bukan time cuti sekolah:P

Of course yang paling happy adalah anak-anak..Sebab boleh jumpa sepupu sepapat diorang..Mak bapak happy juga sebab dapat makan & makan..Family gathering ni saja-saja je buat rentetan dari hai raya korban haritu. Abang Sir & keluarga tak balik ke kampung haritu so ada banyak sangat dapat daging korban..So kesemua adik beradik bersetuju untuk berkampung di Baiti Al Manar Kuala Selangor untuk berkumpul adik beradik bagi mengeratkan silaturrahim..cewah!


Inilah Baiti Al Manar, rumah Abang Sir (abang ke 2 en suami)..Amboi siap ada banner Ahlan Wasahlan lagi tuuuu

Kami sampai petang Sabtu, sebelum tu abang sulung dari Kajang, Kak Ni (kakak ke 4) dari Karak, abang Yi (abang ke 5) dari Kinrara & adik ipar aku sudahpon check in & sudahpon bergotong royong siapkan menu pada hari tersebut..Macam-macam ada; gulai daging, sup daging, daging goreng..masak lemak siput sedut & macam-macam lagi..Semuanya hasil tangan kakak-kakak ipar aku yang gorjes tu (you know who you are)


nak kata gulai kawah tak boleh sebab masak dalam periuk tapi memang terbaekkkkkk!!

Tapi menu yang super duper terbaik adalah ketupat sotong!! Nasib baik mak buyong sempat merasa tau..Kalau tak #kempunansss


Aku tak tahu yang ketupat ni kena catu, sekor sotong untuk sorang..Seb baik aku ambil 4 sahaja so untuk famili Mdae, habis bini dia kebas sorang-sorang..HAHAHA *buruk perangai*


Memang tak puas makan ketupat sotong..Kalau nak makan banyak-banyak silalah buat sendiri yaaaaa

Malam tu ada acara bbq pulaa..Tak tahulah berapa banyak kepak & peha ayam yang tuan rumah perap tapi memang marbeles..Kami ni tukang makan sajork..Errrr naseb baik en suami & Haziq jadi tukang peringat api & tukang kipas..hehehe


kibah jange dok kibah..bersungguh!


all the foodss..nyum..nyum..sempatlah merasa sikit-sikit sorang!


sebahagian dari famili yang berkumpul di luar rumah..prinsipnya; siapa cepat dia dapat..kalau anak-anak yang mak bapak diorang tak ambil makanan *akulah tewww* maka berputih matalah anak-anak korang..HAHAHA takderlah, dapatlah budak-budak ni makan sikit-sikit sorang..


Ashraf tukang tunggu..sekejap main kat luar sekejap masuk dalam rumah..penat nak mengejor dio sorang T__T


Haziq kalau dah berjumpa dengan geng, dah boleh bawa diri dah..nak-nak kalau dapat henset Mokra dia..leka main game je..


hak dewasa pula berniaga sesama sendiri..HAHAHA Malam tu ada jualan jubah murah-murah..eh bukan aku yaaa..adik ipar aku yang suatu ketika dulu pemalu nak berniaga sekarang sudah menjadi peniaga tegar merangkap pengedar AS Beauty di area Cheras..Siapa nak, calling-calling yaaaaa


Bila dah makan banyak, haruslah buang segala kalori mori dengan bersenam di atas mesin treadmill ni tapi aku tengok anak-anak je yang dok konker..mak bapak dok sibuk tambah kalori jek..HAHAHA


kepak ayam mabeles...


malam tu hujan turun sekejap..tapi aktiviti makan-makan berjalan macam biasa..


habis kepak ayam sambung bakar udang, keropok lekor pon bakar juga...idea sapelah tu yaa??

Lepas kekenyangan, ada yang pulang ke rumah masing-masing & ada yang bermalam..Kami memang bawa baju siap-siap & bermalam di sana..Tidur bilik pon berair-cond, parking free, penginapan terbaik di Kuala Selangor..mana nak cari:P

Bangun keesokan paginya..tuan rumah hidang nasi ambeng makanan orang Jawa pula..Merasalah pertama kali makan nasi ambeng..Rasanya agak manis & bolehlah kami telan..tapi kalau makan ngan sambal belacan/budu baru kena dengan selera oghe Klate..HAHAHA


Lepas tu tuan rumah..errr anak dara tuan rumah to be exact..buat pula mushroom soup untuk dicicah dengan roti..Pandai anak dara Abang Sir masak..Sampai licin satu periuk budak-budak ni makan


ni aku yang buat, bakar roti dengan bawang putih..jadilah garlic bread..first batch hangit sedikit..2nd batch baru ok tapi semua licin kena ngapppsss


dapat resepi mushroom soup dari Kak Mar..bolehlah pasni cuba buat di rumah pula..anak-anak memang sukakan mushroom soup ni

Lepas dah kenyang masing-masing buat hal sendiri..Ashraf leka dengan dunia dia sendiri;-


mamat ni pantang kalau orang nak ambil gambar mesti buat muka macam ni...kurang hensem tu nak oi:P

Pastu suka sangat main dengan kucing..semua anak-anak aku & anak-anak buah jenis sukakan kucing..Aiiii menurun perangai saperlah tu kan?? :P


Kami bertolak balik ke Shah Alam dalam pukul 3 petang..Sebelum tu singgah di pasar Kuala Selangor beli bekalan ikan-ikan segar..Memang geram-geram dengan segala binatang laut yang ada..Lain kali kalau datang sini konpem kena singgah pasar beli stok makanan mentah!

Oklah..itu sahaja laporan aktiviti hari minggu kami..Pasni gathering di Janda Baik pula..seronok berkumpul adik beradik ni..paling seronok bila dapat makan-makan..HAHAHA

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^