Assalamualaikum,
Tahun 2012 akan melabuhkan tirainya dalam beberapa jam sahaja lagi..Tahun depan bermulalah lembaran baru lagi buat aku & keluarga..Alhamdulillah sepanjang tahun 2012 ada banyak kenangan manis yang tercatat dalam diari hidup aku. Yang pahit pon ada tappi adat kehidupan, tidak semuanya manis belaka..Apa-apa pon cuba sentiasa berfikiran positif & menganggap dugaan yang mendatang sekadar rencah kehidupan agar kita lebih bersyukur & menghargai hidup ini:)
Tahun depan menyaksikan anak sulung aku mula bersekolah. Bukan sekolah main-main dah tapi sekolah yang akan mennetukan hala tuju hidup Haziq. Anak baru seorang nak masuk sekolah tapi ibu dia dok menggelabah fikirkan macamana anak sulung ini akan survive dengan alam persekolahan yang cukup baru baginya. Tambahan pula Haziq sudah jauh terpisah dengan kawan-kawan seangkatan dengannya semasa di Genius Aulad dulu. Mampukah Haziq mencari kawan baru?? Mampukah Haziq berdikari tanpa bantuan teman baiknya?? Semoga Allah sentiasa melindungi anak sulung aku nanti..In Shaa Allah
Alhamdulillah segala persiapan sekolah Haziq sudah tersedia. Walaupon mama sedang membuyong tapi masih larat lagi untuk ke shopping mall membeli persiapan yang diperlukan. Terima kasih buat teman-teman di facebook yang banyak memberi nasihat & tips untuk membeli keperluan sekolah..Pengalaman pertama anak bersekolah memang mengujakan!!
Baju sekolah Haziq ni aku beli 3 helai dulu. Nasib baik baju boleh dibeli di sekolah..Seluar pula aku beli 2 helai dulu..Kalau tak cukup, boleh beli di mana-mana aje memandangkan seluar sekolah Haziq sama aje dengan sekolah kebangsaan
Lencana & tanda nama pon mama dah iron siap-siap..sudah jahit pon..Nasib baiklah 3 pasang baju saja..Kalau 5 pasang..harus mama hantar tailor yang jahitkan:P *tengoklah hasil keras tangan mama kamu tu, memang takde bakat dalam menjahit..senget benget aje*
Beg sekolah beli di Econsave sahaja sebab mama sudah tak larat nak pergi pasaraya..Alhamdulillah Haziq memang tak demand sangat, kebetulan ada pula beg jenama Swan gambar Ultraman semestinya watak kesukaan si empunya beg; harga pon murah, menepati ciri-ciri beg yang diinginkan..terus sahaja kami belikan untuk Haziq, Husna pon dapat beg juga semestinya kaler pink untuk ke sekolah Genius Aulad nanti
Buku teks pon sudah siap dibalut..Sakit belakang aku balut buku anak..Aku dulu-dulu mana ada mak nak tolong balutkan..tapi tak kisahlah, zaman sekarang ni kalau tak balut buku sekolah anak rasa macam kejam pula:P Lagipon semua buku teks adalah dibeli sendiri so kenalah jaga elok-elok supaya nanti Husna pula boleh guna:)
Aku dah siap asingkan dah buku-buku mengikut kegunaan nanti. Semoga Haziq akan lebih mendisiplinkan diri..Lepas ni tak bleh dah bagi adik-adik main buku, koyak buku..Jenuhlah mama & papa nak ganti baru..
Husna pon akan mula bersekolah esok, Nasib baiklah ada kakak opis lama aku sudi sedekahkan baju uniform Genius Aulad so bolehlah gilir-gilir pakai..cuma tudung putih je masih belum dibeli..
Bila bercerita tentang persiapan sekolah anak ni memang menyesakkan dada. Tak kisahlah anak sekolah di bandar ke di luar bandar ke, persiapan memang kena buat..baju sekolah kurang-kurang nak kena 3 pasang, kasut nak kena 2 pasang, beg, stationery, yuran van, bla bla bla..hermmm..kos hidup semakin meningkat kan sekarang ni..
Oklah, pada ibubapa semua..bersabarlah dalam membesarkan anak-anak..Semoga anak-anak kita akan menjadi anak-anak yang soleh/solehah & berguna kepada keluarga, agama & negara..Lepas ni tak boleh dah nak suka-suka cuti balik kampung..pasni kena ikut jadual cuti persekolahanlah..huhuhu
Jangan lupa juga untuk like page kedai-kedai aku di bawah:
Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
2 ulasan:
Semangat ibu
AziE,
hahaha..ye ke? mama yang lebih kan:P
Catat Ulasan