Alhamdulillah hari ni pagi-pagi lagi dah hujan, bestnya kalau boleh tarik selimut sambung tidur tapi apakan daya, kanak-kanak ribena sudah berzikir nak makan nasi lemak pagi ni:)
Sambil-sambil tu nak cerita kisah kami sekeluarga hari Ahad yang lepas..Biasalah kalau hujung minggu tak sah kalau tak pelepas angin anak-anak, tambah pula tengah cuti sekolah ni so pagi-pagi lagi en suami mengajak ke KLCC. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, sukalah mama dia walaupun tahu pengalaman yang lepas-lepas konpem stress dengan perangai anak-anak..hehehe
Tapi pagi tu ada orang datang tengok paip rumah kami yang bocor so nak tak nak kenalah tunggu lepas dia balik. Lepas bersiap segala dah keluar rumah tengok jam dah dekat pukul 12 tengahari dah..malaslah pula nak g jauh-jauh so ke Sunway Pyramidlah kita sebab dekat ngan rumah. Actually en suami nak ajak temankan beli buku so aku teringatlah yang dekat Sunway Pyramid ada MPH tapi rupanya bila sampai kat sana dah takde, dah tukar dengan kedai deko rumah..what happen eh pada MPH??
Tapi sebelum tu tak sah kalau tak jalan-jalan bakar kalori kan? sempat bergambar dengan replika gajah ni
Anak-anak pencetus huru-hara;) dah tahu memang diorang akan happy melampau kalau datang sini. Ashraf sekejap duduk dalam stroller sekejap berjalan sekejap berlari. Memang letihlah nak kejar dia sorang..huhu
Haziq ni nama je anak sulung tapi dia yang paling manja paling penakut dalam anak-anak aku..biaserlah kan, anak laki ni lambat sikit nak capai tahap matang tu so merasalah mama dia menyinga sokmo
T__T"
Baby Azzam Haneef ni muncung macam boleh ikat:)
Lepas habis tawaf Parkson, Harvey Norman, cari MPH pastu kami masuk Popular Bookstore. Tak sangka ramai pula manusia dalam tu, penangan baucer buku 1Malaysia kot. Lama jugalah bertapa dalam tu temankan en suami mencar buku. Macam biasalah aku & anak-anak pon mesti akan paw bahagian masing-masing..HAHAHA sesekali datang angin nak membaca, kalau tak mana ada masa nak buka buku pon, asyik busy kelek anak aje:P
Duduk dalam tu punyalah lama sampaikan anak-anak buat perangai, si Ashraf guling-guling atas lantai, si Husna & Haziq nangis lapar, baby pula takmo dah tidur, nak berdukunglah pula, sudahler mama haritu pakai heels, merasalah ko sakit badan kerana nak bergaya:P Tak sedar diri berat badan tu dah bertambah masih nak pakai heels..HAHAHA Nasib baik takde amukan mak singa kat situ..kena steady steady..control macholah khatekhammmmmm..
Pas bayar tu cepat-cepat nak balik, cakap kat anak makan kat rumah aje sebab masa tu malas nak layan diorang kat kedai makan, pastu konpem nak kena solat Zohor dulu so baiklah balik cepat-cepat duduk diam-diam kat rumah kan..tapi nak dijadikan cerita, sampai je kat parking terkedu en suami bila tengok tayar kereta belakang pancitssss..huhuhu paniklah sekejap, mujur masa tu tak bayar lagi tiket parking..so kami semua masuk dalam kereta, buka air-cond & en suami turun balik ke bahagian customer service Sunway Pyramid untuk minta tolong telefonkan bengkel kereta tapi sedih sebab hari cuti manalah buka kan. Tapi staff customer service janji akan hantar sekuriti untuk tolong kami.
Alhamdulillah, walaupun terpaksa menunggu one of sekuriti tu bawa tayar kami g tampal, anak-anak tak buat perangai dalam kereta sebab Ashraf tertidur kepenatan, Alhamdulillah juga sebab tak hujan sebab masa tu kami parking dekat roof top..ko bayangkan tingkat atas sekali kalau nak drive turun dengan tayar pancit memang nangis r..Sudahler tayar spare dalam kereta pon takde angin, memang dugaan betul!! Alhamdulillah dengan pertolongan Allah dapat juga balik rumah solat kat rumah tapi moral disebalik kejadian ini solatlah dulu sebelum balik sebab kalau jadi apa-apa at least tak payah nak rushing nak balik solat..hehehe
Apa-apa pon bersyukur sebab sekuriti Sunway Pyramid yang semuanya orang Melayu banyak menolong. Rupa-rupanya tayar kereta kami terkena paku dalam Sunway Pyramid juga tapi tak kisahlah kerana tayar dah selamat tampal dah pon. Kalaulah bocor tengah-tengah jalan & time jem, takke naye so memang bersyukur sangat-sangat walaupun pada awalnya macam nak nangis..HAHAHA biaserlah haku, drama je lebih..nasib baik en suami cool je..
Oklah, itu sahaja kenangan tayar pancitss..tataaaaa!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan