Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 27 Mac 2013

Persiapan Raya Tahun 2013

Assalamualaikum,

Korang dah start hantar kain untuk baju raya dah ke? Well uols after 8 tahun kahwin, raya tahun ni baru merasa nak tempah baju sepapan untuk kami sekeluarga. Itupon sebab en suami dah belikan kain untuk baju melayu & kain untuk aku & Husna. Kaler kelabu bunga besar-besar gittewww..jangan ada yang tertukar aku dengan kain langsir sudahler=D

Tapi thanks yang, susah-susah aje belikan di Dubai haritu, even aku tak ada mention pon (sebab tak tahu kat situ pusat segala kain ela)..HAHAHA


so tahun ni tema kelabu lagi ya adik kakak..tahun lepas pon dah kelabu:)


aku akan pastikan tiada langsir berwarna kelabu tahun ni sebab takut tertukar dengan kami..HAHAHA by the way, langsir ni dari Ikea, bukan nak beli pon cuma berkenan pula tengok corak ni, metchingler dengan sofa & kaler rumah ai dan juga baju raya ai


tahun ni juga tahun beraya pakai jubah gelemer..terus mentamak ambil dua terus..HAHAHA dapat pula metching pashmina..sukalah aku! Tak yah pening-pening nak cari baju raya lagi dah:P

Mesti setengah tukang jahit yang fofular mesti dah tak nak terima tempahan dah kan? so nak kena cepat-cepat hantar ni, dari minggu lepas lagi asyik bertangguh..hermmm..harap-harap dapat tukang jahit yang pandai jahit baju, jangan tahu nak buat untung sajork..aku sebenarnya lebih suka beli yang siap sebab kat sini aku macam tak serasi sangat dengan tukang jahit yang pernah aku hantar jahit baju..sekali pakai dah terkoyak jahitan..sakit hati aje, sudahlah upah mahal..kalau hantar jahit kat kampung pula lambatler boleh pakai..huhuhu so paling senang beli je:)

Tapi harap-harap tahun ni dapat settlekan awal-awal baju raya ni..bestnya kalau semua pakai sama gitteww, bolehlah ajak en suami g studio ambil gambar famili sekeluarga..wah wah wah..belum apa-apa lagi dah start berangan! HAHA

Oklah, korang tema apa tahun ni? baju raya nak jahit fesyen apa? peplumkah? orang gemuk macam aku ni redho jelah pakai baju kurung sahaja, tak boleh nak berfesyen sangat nanti kalau bukan tertukar dengan langsir takut tertukar dengan balut nangka..kahkahkah..kalau nak harap kurus tu macam jauh sekali so baiklah sedar diri awal-awal lagi kita tempah baju kurung gittewww kan? kan?

Panjang pula aku merapu ya..thanks uols sudi membaca..tataaaaaa! Owh sekadar berkongsi;-

tahun pertama kahwin : warna tema biru (masa ni aku mengandungkan Haziq)
tahun kedua : warna tema hijau pucuk pisang (masa ni ada Haziq sorang je)
tahun ketiga : warna tema merah hati (ada 2 orang anak dah; Haziq & Husna)
tahun keempat : warna tema pink lembut (masih lagi beranak 2)
tahun kelima : warna tema pink terang (masa ni mengandungkan Ashraf)
tahun keenam : warna tema purple (masa ni dah ada anak 3 dah)
tahun ketujuh : warna tema kelabu (tengah mengandungkan Azzam Haneef)
tahun kelapan : insya Allah kelabu lagi (kali ni dah beranak 4)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah:)

P/S : pose pon tak lagi dah kecoh pasal baju raya..HAHAHA dasaaarrrrrrrrr

8 ulasan:

Unknown berkata...

wahh..bestnya tengok akak dah start prepare baju raya....
terus berangan nak berhijau pucuk pisang tahun nie..*masuk ke dengan kulit ku yang "putieh melepak nie"

syalinda johari berkata...

cantiknyaaa baju raya tahun ni..cotton kaa..

kami ni tak beli la kainn..kena cepat2 neh, nnt tailor tanak amek dah..

ziana berkata...

Ishhh advance sungguh..Saya langsung tak fikir lagi.. Tapi ok la jugak at least tak yah kelam kabut.. Dubaii lagi kan!!!. Ya ampun puasa pun belum ganti abis..

Zaila Mohamad berkata...

Nabila zaremi,

boleh je..akak pon xberapa nak putih mana tapi pakai je..hahaha

syalinda johari,

kain sutera tu..kena cepat2 beli sebab nanti takdan nak tempah..hihi

Tanpa Nama berkata...

amboi awainyaaaaa

ermayum

Nurhayati berkata...

fuyoooo awalnya.
aku xleh tempah awal sbb misi tuk kuruskan badan blom tercapai. bagi kempis sket baru tempah hahahaa bila la agaknya tu kan.

amalina berkata...

Kagum Zaila igt tema warna baju raya dari 1st year kawin smpai skrg.

lilieyz berkata...

Wah dah start prepare ke. Saya puasa pun tak qada lagi. Adeh

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^