Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 26 Mac 2013

Cuti Sekolah Sudah Bermula!

Assalamualaikum,

Cuti sekolah actually dah lama pon start, aku je baru terhegeh-hegeh nak update blog..al-maklumler haritu berukbeng Meksis sudah kehabisan data so kenalah tunggu 24hb baru Meksis reset balik data usage berukbeng aku ni..Selama ni tak pernah guna sampai habis tapi haritu anak-anak aku ambil buat layan youtube tengok Upin Ipin, sekejap je dah exceed limit..cet!! Bilalah nak pasang unifi ni wahai en suami hensem:P

Oklah, cuti sekolah ni kami tak ke mana-mana pon (lagi) cuma Sabtu Ahad busy ke shopping mall cari stress! HAHAHA mana tak stress, penat kejar anak aje T___T" Kami memang macam ni, kalau tak keluar rumah rasa nak keluar tapi kalau keluar penat! Nasib badanlah..sape suruh beranak ramai kan? standardlah tu:P

Sabtu kami ke Jusco & Ahad ke Sunway Pyramid, biaserlah ada orang baru dapat bonus so acara mengepaw secara berjema'ahlah kan..Merasalah pengalaman terkandas di parking rooftop Sunway Pyramid dek kerana tayar kereta bocor tercucuk paku..Alhamdulillah sekuriti Sunway Pyramid memang banyak membantu kami..Nantilah, aku cerita dalam entri lain..Mana tahu berguna sebagai panduan kalau-kalau berlaku kecemasan kat korang juga kan? Yang penting jangan panik:P

Jom layan gambar budak-budak comot kesayangan aku ni. Memanglah bikin mama naik angin sokmo tapi nak buat macamana, dah itu kerja diorang..huhuhu


Gambar di Jusco Bukit Tinggi..biaserlah sekarang Ashraf dah pandai meminta-minta kalau keluar. Nak-nak dekat depan casher ada display lolypops..huhu merasalah drama nak gula-gula kat situ..so mama tewas juga,  yang si kakak & abang pandai saje je tunjuk dekat adik supaya adik mengamuk so that diorang pon boleh paw juga


Lukisan Husna menggambarkan rumah Mok Na mereka di Labuan. Anak-anak aku memang rindukan Mok Na & sepupu mereka semua. Bersabarlah nak, cuti sekolah hujung tahun nanti Mok Na balik sini kita jumpa lagi ya nak..


Haritu Mok Na poskan hadiah sempena birthday Ashraf! Berpesta coklat lah anak-anak aku..Terima kasih Mok Na..lain kali hantarlah lagi:P


Minggu lepas en suami nak tebus kesalahan sebab selalu tinggalkan anak-anak so tiap malam kami keluar dinner kat luar:) Mama happy sebab tak payah masak tapi at the same time makan melantak tak hengat:P Kami makan nasi Arab, makan kat Uncle Bob, makan burger bakar which is indah khabar dari rupa!


Kesayanganku dunia akhirat..Insya Allah:))


Haziq si kurus kerempeng bawa balik hadiah pada hari Jumaat. Dapat no 4 dalam kelas katanya..Oklah tu..mama pun tak tahu bila ujian diadakan, alih-alih Haziq bawa balik hadiah..hehehe Nampak sangat mama dia tak ambil tahu pelajaran anak ya:P

Oklah, nak g kemas rumah. Kalau budak-budak ni ada rumah memang macam tonkang pecah & gege (riuh) sokmo. Kejap-kejap bergaduh, baik pastu gaduh balik. Husnalah memang bekeng (garang) terlampau..sikit-sikit nak ngaju (merajuk)..penat aku layan perangai diorang ni..huhu

Insya Allah weekend ni nak bercuti ke Gold Coast Morib, saje nak cuti-cuti Malaysia dekat ngan rumah saja so moh ke Moriblah kita..booking pun lambat so memang tak dapat bilik besar..lantakler janji dapat bercuti:)

Oklah tata! pada sesiapa yang email bertanyakan tips ke Vietnam, sorry ya tak terlayan aku..lagipun sekarang ni memang tak boleh ngadap pc lama sangat sebab si kecil tu mesti nangis nak nyusulah nak dukunglah nak beribalah..kalau time dia tidur pula time tulah aku nak masak, nak solat, nak mandi tapi selalunya sekejap je si kecil tu tidur sebab selalu terkejut dengan abang & kakak diorang..penat weh jadi surirumah terdesak ni..tetiba teringin nak keje balik..HAHAHA

bye!!

2 ulasan:

Nurhayati berkata...

biasala tu anak2 masih kecil.
esok dah besar senang dah
pastu kang rasa plak sunyi hehehe

enjoy ur holiday fren!

Zaila Mohamad berkata...

thanks Yati:)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^