Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 8 Mac 2013

Mari Bersyukur


Assalamualaikum,

Salam Jumaat semua! Jom list out senarai mari bersyukur dengan apa yang kita ada. Even small thing bagi kita tapi mungkin bagi orang lain besar nikmatnya. Jangan selalu bandingkan diri kita dengan orang yang lebih dari kita sebab nanti selalulah asyik rasa tak cukup dengan apa yang Allah bagi TAPI bandingkan diri kita ni dengan orang-orang yang kurang bernasib baik di luar sana so masa tu kita akan rasa betapa bersyukurnya kita:)

1) Syukur sangat-sangat boleh bangun pagi dalam keadaan suami & anak-anak berada di sebelah aku.

2) Syukur sangat-sangat tak payah nak rushing siapkan anak-anak untuk keluar bekerja.

3) Syukur sangat-sangat anak-anak aku Amirul Haziq & Ameera Husna senang bangun pagi & bersiap nak ke sekolah tanpa perlu ada drama pujuk memujuk

4) Syukur sangat-sangat kat rumah ada internet:)

5) Syukur sangat-sangat aku duduk dalam rumah sendiri, walaupun selalu stress dapur kecil, rumah bersepah, lampu toilet rosak, daun kering banyak depan rumah;P

6) Syukur sangat-sangat en suami rajin bekerja

7) Syukur sangat-sangat mak ayah sihat kat kampung. Walaupun tak boleh balik selalu jenguk tapi aku selalu berdoa semoga mereka diberikan kesihatan & umur yang panjang

Syukur sangat-sangat dengan nikmat Allah berikan pada aku. Buat semua, jom list outkan senarai syukur kita hari ini:)

Selamat berhari minggu semua..Hari ni adik ipar aku nak berkumpul kat rumah untuk BBQ. Bestnya! TATA!

1 ulasan:

mummY daniSha berkata...

syukur sebab masih ada mak.syukur sebab dapat suami yg baik dan memahami..syukr dpt anak yg sempurna...3 org ni buat mas sgt2 bersyukur kak=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^