How's your weekend so far? Confirm hari ni macam lemau sikit kan nak kerja? Surirumah
Tapi tak bolehlah kan sebab Haziq & Husna sekolah. Nasib baik pagi tadi terjaga sendiri sebab handset aku tak berkukukss, kelam kabut siapkan Haziq..Alhamdulillah siap sebelum van datang ambil..hehehe
Oklah, jom ceriakan hari ni dengan gambar-gambar kat bawah ni; malam kejadian adalah pada malam Sabtu yang lepas. It's a last minute punya plan, aku pon tak tahu yang en suami bersetuju untuk jadi tuan rumah bagi acara bbq adik beradiknya. Memang they all suka berjumpa & you know what, tak sah kalau everytime gathering takde acara makan-makan kan? *sigh* no wonderlah my body weight tak turun-turun dah, makin naik ada *double sigh*;(
Acara berlaku depan rumah. Siap berkipas bagai..Habis asap satu rumah youuuu..even rumah jiran pon terkena tempias juga..ya ampunnnn..maafkan kami, maafkan kami, maafkan kami!! *nyanyi macam dalam cerita Pendekar Bujang Lapok*
Adik ipar aku dari Kelantan datang so dia lah yang mencadangkan to have bbq night together. Al maklumler, sesekali datang so here we go, persediaan last minute..Nasib baik Econsave dekat & semua bekalan beli kat situ aje. He brought us some tandoori paste which is local made from Kelantan, lupa pula nak snap gambar kalau tak boleh kongsi..It is truly delicious!! juicy even perap sekejap sahaja..Nanti balik kampung kena cari paste tu:)
Tengoklah muka-muka yang tengah syok makan tu #kalaumakmertualalubelakangponmestitakpersan! We had pari, chicken wing, ikan, sosej, bihun goreng, mashed potato & coleslaw!! Merapu aje menu kan? Tapi habis juga..dasar pemakan semua orang ni:P
Aku lupa pula nama ikan kat atas tu tapi rasanya sedap sangat. Tambah pula masih segar..kepak ayam tu nampak macam tak masak kan? Mana taknya, masa awal-awal tu api kuat tu yang rentung di luar tapi masih habis juga..dasar karniborrr:P
Tengoklah muka-muka gembira tu..Walaupun hampir setiap minggu berjumpa tapi setiapkali jumpa pon adaa aje benda yang nak dibualkan. Hampir pukul 12 malam kami baru tutup pintu..Alhamdulillah makanan licin & tak sangka ramai juga yang datang malam tu. Gambar kat atas adalah abang ipar & kakak ipar yang datang dari Kuala Selangor. Walaupun sampai agak lewat juga tapi masih sempat menjamah makanan yang ada. Kak Mar bawakan kek buah kukus yang sedap tapi sayang budak-budak tak suka sangat tapi bagi kita-kita orang tua eh dewasa, seakan mengimbas kenangan lama pula. Kalau raya mesti akan ada kek buah kukus kan? Agaknya dulu takde oven so senang buat kek guna pengukus aje:P
Apa-apa pon, memang best bbq malam tu. Kalau tak tahu, famili belah en suami memang selalu buat gathering & we always love to have bbq. En suami memang telah diberikan mandat menjadi tukang bakar..bukan tukang bakar batu api tu tapi the man who set up all those bbq things. Hermm, lepas ni aku rasa kena invest beli tempat bbq yang jenis stand & mahal sikit sebab memang kami selalu guna. Lepas ni pon nak buat gathering lagi cuma masih belum tentukan tempatnya!
Oklah, happy working guys:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan