Monday, March 11, 2013

Wall Of Fame Eh Wall Of Frames!!

Assalamualaikum semua,

Lama sungguh tak berdeko-deko kat rumah ni. Al-maklumler sejak dah berhenti kerja ni sumber $$ tak berapa nak ada so terpaksalah melupakan sekejap minat aku untuk mendeko-deko rumah ni, tambah pula rumah ni rasa makin sempitlah sekarang ni=P Tak tahulah sebab dah makin ramai ahli atau rumah ni yang bersepah aje membuatkannya nampak sempit..kuikuikui

Actually dalam kepala ni dok berangan nak buat wall of frame..cewah..entah bilalah boleh terlaksana tu sebabnya makan banyak fulus juga nak buat, sebabnya; frame-frame yang lawa-lawa (bingkai tebal & kaca tebal) agak costly juga di Ikea tu, if im not mistaken dalam RM30 ke atas (depends on size) & kalau yang murah cepat rosak pula dikerjakan anak-anak aku T____T"

Jom layan angan-angan seorang surirumah terdesak


Best juga buat macam ni..Lagipon ada ruang kosong kat ruang tamu sekangkang kera aku ni..Nanti nak ajak en suami ke Ikea survey-survey dulu *ayat hint ni*


yang ni letak cermin banyak-banyak..kalau kat rumah aku ni tak bolehlah sebab Ashraf kan tengah melasak..kalau jatuh satu pecah retak seribu sama seperti hati mama:(


yang ni kreatif sebab dia buat macam pokok..boleh buat family tree:)


yang ni sesuai untuk bahagian corner..nice kan?


yang nipon cantik..gandingkan dengan meja sisi & lampu meja..


pelbagai warna & saiz digunakan..


yang ni jimat duit & boleh DIY..siap pakai sepit baju tu..kreatifler mat salleh ni..


yang ni pon cantik, susunan sama je


like like like suuuuuupeeer like


yang ni macam konpius, nak tengok tv ke tengok frame? kahkahkah


yang ni semua saiz sama, senang!!


ni mahu habis beratus-ratus (or even ribuan ringgit) kalau nak buat macam kat atas tu..errr korang tahu tak mana nak beli frame murah-murah??


yang ni pun cun habis kan?

Well, berangan memang best..especially bila kita stress dengan kerja kan? In my case; jaga anakler..the only thing that can make me happy is dreaming about my dream house;))

Oklah, aku nak share satu blog yang aku baru jumpa (kenapalah baru jumpa, memang rasa rugi sangat-sangat sebab baru tahu akan kewujudan blog ni) hihihi boleh klik sini untuk baca (ada di sidebar blog aku juga). what i like about her is her positivity in her writings & daily life. Serious lepas baca entry per entry makes me become very positive & appreciate love ones around us!! & she's a good home designer juga!! mulalah berangan nak jadi macam dia..HAHAHA

*nampak sangat aku ni suka berangan tau*

Oklah, bye!!

1 comment:

Wan Ros said...

Salam zaila, nk tanye zaila keje kat mna before berhenti ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015